Sudah terang lagi bersuluh. UMNO telah tidak ada calon yang lebih baik di Bagan Pinang selain calon kitar semulanya, Mohd Isa Samad. Itulah calon terbaik yang UMNO ada. Jikalau di Permatang Pasir, keburukan calon UMNO berjaya diselongkar oleh pihak lawan dan kawan sebaik sahaja calon itu dicalonkan. Dan kali ini calon UMNO Bagan Pinang telah diperkatakan keburukannya lebih awal lagi. Tun Madey telah menempelak dan mengherdik UMNO sekiranya Mohd Isa Samad dijadikan juga calon UMNO. Menurut Tun Madey, kemenangan Mohd Isa Samad nanti hanya akan menyusahkan UMNO dalam PRU 13. Maksudnya, antara punca kekalahan UMNO pada PRU 13 nanti ialah kerana UMNO mencalonkan Mohd Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang.
Kebiasaannya UMNO adalah parti yang berjaya menyembunyikan salah laku pemimpin-pemimpin utamanya. UMNO seboleh mungkin akan menafikan penyelewengan kuasa oleh pimpinan tertingginya. Tetapi dalam kes rasuah Mohd Isa Samad, UMNO tidak terdaya untuk menyembunyikannya. UMNO pasrah terhadap nasib yang menimpa Mohd Isa Samad. Pimpinan UMNO yang lain amat berterima kasih kepada Mohd Isa Samad kerana begitu sabar untuk tidak mendedahkan perilaku mereka yang lebih buruk daripadanya. Mohd Isa Samad sedar bahawa beliau tidak cukup tinggi untuk menatap wajah Altantuya dan Altantuya juga tidak pernah terperasan akan batang tubuh Mohd Isa Samad ...
Tun Madey telah mengingatkan UMNO akan bahana yang bakal melanda UMNO 1Malaysia sekiranya UMNO tidak mengenengahkan calon-calon mudanya di setiap PRK. Pengundi muda akan berpersepsi bahawa UMNO tidak memerlukan sokongan orang muda. UMNO hanya mahu memenangi hati orang-orang tua yang entah hidup atau mati menjelang PRU 13 nanti. UMNO hanya parti untuk orang tua. UMNO sedang meniti jalan ke Muzium Negara. UMNO telah tidak lagi relevan kepada rakyat 1Malaysianya. UMNO sedang mengira hari akan baki kuasanya sebelum menerima nasib yang sama seperti rakan tuanya LDP di Jepun.
Tidak mustahil kemungkinan Tun Madey sekali lagi akan mengumumkan keluar daripada UMNO setelah nasihatnya tidak dipedulikan oleh anak didiknya sendiri. Tun Madey tidak sampai hati melihat pengundi UMNO Bagan Pinang dihina dengan memaksa mereka mengundi Mohd Isa Samad. Tun Madey akan gembira jikalau pengundi UMNO tidak mengundi calon UMNO untuk PRK ini. Kemenangan hanya akan melalaikan UMNO. Kemenangan UMNO di Bagan Pinang akan menambahkan lagi kusut masai UMNO Negeri Sembilan.
Biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya ..
Salam...
ReplyDeleteApa nak buat itu lah calon "terbaik" yang mereka ada...yang lain2 tak cukup sifat yg perlu diwarisi...
tengok je 62% Melayu2 kat bagan pinang
ReplyDelete