Anak ayam anak itik
anak emas anak tiri
UMNO sedang diherdik digetik
1Malaysia menyumpah benci.
Sudah lapan kali PRK di Malaysia. Tidak sekalipun UMNO menang. Yang menang di Batang Ai tu bukannya UMNO. UMNO tak wujud di Sarawak. Berdasarkan hakikat ini, UMNO bukanlah boleh ditakrifkan sebagai parti besar walaupun UMNO mendakwa mempunyai keahlian lebih tiga juta. UMNO masih gagal mengembangkan sayapnya di Sarawak berbanding rakan musuhnya PAS, PKR dan DAP.
Tujuh kali UMNO bertanding, tujuh kali UMNO kecundang (DUN Penantipun dikira kerana UMNO sengaja tidak bertanding). Lebih perit apabila UMNO kalah di kawasan miliknya Kuala Terengganu. Setiap kali UMNO bertanding, setiap kali itu jugalah UMNO menjanjikan status anak emas untuk kawasan yang terlibat dengan PRK. Tetapi UMNO tetap juga kecundang. UMNO gagal dan terus lumpuh di Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Dan selepas ini, UMNO akan diuji lagi di PRK Bagan Pinang, NS. UMNO lega kerana ada hampir 5000 undi pos di DUN berkenaan. Tetapi harus diingat, kuasa Allah siapa yang tahu. Sekiranya PR meletakkan calon pesara tentera yang disenangi oleh pengundi tentera, UMNO akan menghadapi masalah yang besar. Ada kemungkinan UMNO terpaksa menjanjikan pula status anak intan berlian di Bagan Pinang!
Kemenangan di PRK Bagan Pinang seolah-olah terhidang untuk UMNO. Wanita UMNO mula mendesak supaya wanita diberi peluang menjadi calon. Najib anak Isa dan Isa anak Samad juga mahu bertanding. Lobi melobi begini tidak berlaku di Permatang Pasir tempohari. Awal-awal lagi Datuk Jalil, Ketua UMNO Permatang Pauh menarik diri untuk dicalonkan. Pening PM 1Malaysia. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Di tolak kehendak wanitanya, bermakna akan hilanglah sedikit sebanyak tenaga kerja dan undi wanita untuk UMNO. Jikalau dipinggirkan kehendak Isa, dendam kesumat Isa kepada UMNO yang menendangnya daripada kerusi Naib Presiden UMNO tidak akan berakhir.
PR juga tidak sabar untuk bertanding di PRK Bagan Pinang. Peluang dan ruang untuk menafikan kemenangan UMNO begitu terbuka. Walaupun secara kasarnya UMNO dijangka menang mudah berdasarkan majoriti yang besar pada PRU 13 lalu, UMNO tetap resah gelisah. Pergolakan poltik UMNO NS dan kemesraan Ahli Parlimen Teluk Kemang akan mempengaruhi pola undi pada PRK ini. Tan Sri Kamarul Baharin diberitakan telah berjaya menyesuaikan diri sebagai pemimpin politik berkualiti di Bagan Pinang. Tentera dan keluarga tentera yang berjumlah hampir 5000 telahpun mengenali YB Tan Sri Kamarul Baharin secara dekat.
Belumpun sempat UMNO mengorak senyum kemenangan di Bagan Pinang, terdengar pula dua ADUN UMNO di Pulau Pinang mahu mengosongkan kerusi. Kelam kabut pimpinan UMNO 1Malaysia memujuk mereka supaya jangan kosongkan kerusi. Kedua-dua ADUN ini kecewa kerana mereka bukan anak emas kepada UMNO. Mereka dilayan seperti anak tiri. Kerana terlalu sayangkan pengundi mereka, mereka harus berbuat sesuatu untuk membolehkan rakyat di DUN mereka dilayan sebagai anak emas. Dengan lain perkataan, demi masa depan UMNO dan pengundinya, mereka sanggup lakukan pengorbanan...
Teman di dango milang berapa hari lagi nak raye, tetapi PM 1Malaysia milang berapa hari lagi dia nak hilang kuasa ... kesian ...
No comments:
Post a Comment