Wednesday, September 16, 2009

16 September 2009?

Seminggu lagi nak raye. Dalam tempoh seminggu ni isteri teman tentu menambahkan kesibukannye. Teman pulak kena buat2 sibuk. Kalo idak memacam dimintak dan disuruhnye. Inipun dia udah mule nyebut. Sawang yang bergayut udah lama tak cuci. Bilah2 kipas udah tebai abuknye. Rumput keliling rumah udah panjang. Kalo ikut teman, teman nak racun jer. Tapi isteri teman suruh trim jer. Mampuih tak boleh baring cuti2 bulan pose ni.

Dalam politik siasah di Malaysiapun begitu. Politik Malaysia dijangka sibuk dalam minggu ini. Pelbagai perkhabaran yang dibawa angin sedang bertiup, kekadang sepoi, kekadang menggusarkan. Seperti kata Khairi, pokok takkan goyang tanpa ada beruk yang menggoncangnya. Sejauhmana kebenarannye, bersamaler kita tunggu dan lalui sebelum kita menyambut hari raye.

1. Dikhabarkan sembilan atau sepuluh ADUN UMNO di Ganu akan menyertai PKR dan membentuk kerajaan bersama PAS pada 16 September 2009. Perkhabaran ini dipandang serius kerana difahamkan yang sembilan ADUN UMNO itu telah berjumpa DSAI.

2. Di Selangor pula dikhabarkan beberapa ADUN PAS akan membentuk kerajaan baru bersama UMNO. Pada 16 September 2009, MB Selangor yang baru YAB Dr. Hassan Ali akan mengadap untuk memaklumkan majoriti bilangan ADUN yang menyokongnya menjadi MB. Dan seterusnya memohon perkenan istana untuk mengambilalih kerajaan daripada MB Khalid.

3. MIC yang didakwa bersih oleh Samy akan semakin bercelaru kerana Timbalan Presiden Palanivel tidak mendapat sokongan 50% perwakilan MIC. Lebih 60% perwakilan tidak mengundi Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden. Subramaniam dijangka mengikut langkah politik Dr. Chua Jui Meng. Ini bermakna hampir separuh ahli MIC akan meninggalkan MIC.

4. MCA masih terus berkecamuk. Sama ada kecamuk ini merupakan helah yang disengajakan atau tidak, ia tetap memudaratkan kuasa UMNO. PM 1Malaysia tidak mahu mencampuri urusan dalaman MCA. PM 1Malaysiapun pening dengan permainan MCA ini.

5. PKFZ dan Inkues Teoh menambahkan lagi kesengsaraan politik UMNO. Rakyat mula sedar bahawa SPRM adalah agensi kuatkuasa kerajaan untuk menghalalkan tindakan haram jadah UMNO. Sehingga ke hari ini, watak2 UMNO dalam PKFZ dan Inkues Teoh masih berjaya disembunyikan.

6. Kemelut Perak telah memperlihatkan dengan jelas bahawa mahkamah sentiasa dan akan terus melindungi UMNO. Segala tindak tanduk UMNO adalah benar. Keputusan Speaker Sivakumar menggantung tujuh ADUN UMNO telah diputuskan tidak sah oleh mahkamah. Speaker Sivakumar telah mengingatkan mahkamah bahawa menurut Artikel 72, kuasa speaker berkaitan urusan DUN adalah tidak boleh dicabar di mahkamah. Dan yang terbaru Speaker Sivakumar memohon mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan Ganesan merampas kerusi speaker adalah tidak sah. Mahkamah membuat keputusan bahawa menurut Artikel 72, mahkamah tiada kuasa untuk mendengar dan membicarakan segala urusan DUN. Masalah DUN mesi diselesaikan di peringkat DUN. Pelik.

7. Atau mungkin pada 16 September 2009, sempena Hari Malaysia, Tiong di Sarawak akan mengumumkan 30 AP Sabah dan Sarawak tidak lagi mewakili BN. Mereka adalah AP Bebas yang menyokong DSAI.

8. Kome boleh baca tapi jangan percaya. Nak percaya, tunggu PRU 13.

1 comment:

  1. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Dango Mamamat sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat apa jua keterlanjuran.
    Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

    Yang Ikhlas
    Mat Amin
    KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

    ReplyDelete