Tuesday, September 29, 2009

Mohd Isa Samad .. calon kitar semula

Sudah terang lagi bersuluh. UMNO telah tidak ada calon yang lebih baik di Bagan Pinang selain calon kitar semulanya, Mohd Isa Samad. Itulah calon terbaik yang UMNO ada. Jikalau di Permatang Pasir, keburukan calon UMNO berjaya diselongkar oleh pihak lawan dan kawan sebaik sahaja calon itu dicalonkan. Dan kali ini calon UMNO Bagan Pinang telah diperkatakan keburukannya lebih awal lagi. Tun Madey telah menempelak dan mengherdik UMNO sekiranya Mohd Isa Samad dijadikan juga calon UMNO. Menurut Tun Madey, kemenangan Mohd Isa Samad nanti hanya akan menyusahkan UMNO dalam PRU 13. Maksudnya, antara punca kekalahan UMNO pada PRU 13 nanti ialah kerana UMNO mencalonkan Mohd Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang.

Kebiasaannya UMNO adalah parti yang berjaya menyembunyikan salah laku pemimpin-pemimpin utamanya. UMNO seboleh mungkin akan menafikan penyelewengan kuasa oleh pimpinan tertingginya. Tetapi dalam kes rasuah Mohd Isa Samad, UMNO tidak terdaya untuk menyembunyikannya. UMNO pasrah terhadap nasib yang menimpa Mohd Isa Samad. Pimpinan UMNO yang lain amat berterima kasih kepada Mohd Isa Samad kerana begitu sabar untuk tidak mendedahkan perilaku mereka yang lebih buruk daripadanya. Mohd Isa Samad sedar bahawa beliau tidak cukup tinggi untuk menatap wajah Altantuya dan Altantuya juga tidak pernah terperasan akan batang tubuh Mohd Isa Samad ...

Tun Madey telah mengingatkan UMNO akan bahana yang bakal melanda UMNO 1Malaysia sekiranya UMNO tidak mengenengahkan calon-calon mudanya di setiap PRK. Pengundi muda akan berpersepsi bahawa UMNO tidak memerlukan sokongan orang muda. UMNO hanya mahu memenangi hati orang-orang tua yang entah hidup atau mati menjelang PRU 13 nanti. UMNO hanya parti untuk orang tua. UMNO sedang meniti jalan ke Muzium Negara. UMNO telah tidak lagi relevan kepada rakyat 1Malaysianya. UMNO sedang mengira hari akan baki kuasanya sebelum menerima nasib yang sama seperti rakan tuanya LDP di Jepun.

Tidak mustahil kemungkinan Tun Madey sekali lagi akan mengumumkan keluar daripada UMNO setelah nasihatnya tidak dipedulikan oleh anak didiknya sendiri. Tun Madey tidak sampai hati melihat pengundi UMNO Bagan Pinang dihina dengan memaksa mereka mengundi Mohd Isa Samad. Tun Madey akan gembira jikalau pengundi UMNO tidak mengundi calon UMNO untuk PRK ini. Kemenangan hanya akan melalaikan UMNO. Kemenangan UMNO di Bagan Pinang akan menambahkan lagi kusut masai UMNO Negeri Sembilan.

Biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya ..



Monday, September 28, 2009

PRK di 28 DUN Perak?

MB DPulau sudah mula menyebut tentang Sidang DUN Perak yang akan diadakan sebelum 7 November 2009, iaitu tidak melepasi tempoh enam bulan selepas 7 Mei 2009. Menurutnya, Sidang DUN ini akan mengikut kebiasaan iaitu mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak. Semua ADUN PR Perak telah memaklumkan tidak akan hadir pada Sidang DUN tajaan UMNO ini. MB DPulau secara spontan menjawab, pedulikan ADUN PR ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau, beliau begitu gelisah dengan ketidakhadiran 28 ADUN PR ke Sidang DUN Perak nanti. Bagi ADUN PR, kehadiran mereka ke dewan hanya akan mengesahkan kedudukan Ganesan sebagai speaker. Bermakna permainan MB DPulau supaya ADUN PR mengiktiraf Ganesan telah lebih awal dihidu oleh PR.

Secara mudahnya, UMNO boleh berbuat apa sahaja di dalam dewan sidang kerana tidak diganggu oleh ADUN PR. UMNO boleh meluluskan apa sahaja bajet negeri tanpa dibangkang oleh ADUN PR. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan mereka walaupun mengikut kebiasaan dengan perkenan istana adalah tidak sah kerana menggunakan khidmat Speaker Ganesan yang entah dari mana asal usulnya.

Perak akan terus tenggelam dalam persada ekonomi Malaysia kerana kehuru-haraan politiknya. Tidak ada pelabur yang sudi melabur di Perak. Pegawai-pegawai kanan kerajaan di Perak tidak lagi seberani dahulu meluluskan perbelanjaan kewangan negeri tanpa mengikut prosedur yang betul dan sah. Sudah tentu pegawai-pegawai ini tidak sanggup berhadapan dengan inkuiri siasatan seperti SELCAT di Selangor.

Sememangnya 28 ADUN PR yang tidak hadir ke Sidang DUN Perak Tajaan UMNO ini mengharapkan status ADUN mereka terlucut dengan sendirinya kerana telah tidak hadir tanpa sebab ke sidang melewati tempoh enam bulan. Soalnya beranikah UMNO menghadapi PRK di 28 DUN Perak? Sekiranya tidak ada PRK di 28 DUN itu, bermakna Sidang DUN Tajaan UMNO ini memang tidak mempunyai kuasa yang sah walaupun UMNO mengatakannya sah.

Walau apapun rumusan dan andaian, PR Perak harus bersedia menghadapi kemungkinan wujudnya PRK di 28 DUN Perak. Ingat, UMNO itu parti gila. UMNO boleh melakukan apa sahaja kehendaknya. Peduli apa UMNO pada pembaziran wang rakyat selagi pembaziran itu boleh menguntungkan UMNO. Di kala inilah UMNO akan bermuka manis walaupun lidahnya bercabang dengan rakan MCA, Gerakan dan MICnya. Rakan-rakan UMNO mungkin agak sukar memenangi 21 DUN bukan Melayu yang ditandingi oleh mereka. Namun UMNO dijangka mampu memenangi satu atau dua DUN kampung yang ditandingi oleh mereka.

Persoalannya, apakah PR mempunyai calon lapisan kedua? Apakah PAS mempunyai calon sehebat MB Nizar? Siapakah calon PKR untuk mengisi tempat YB Yunus Jamhari di Kuala Kurau? Dan mampukah DAP menyediakan 17 calon pelapis secemerlang yang sedia ada?

PR Perak begitu yakin yang DUN Perak akan dibubarkan pada November ini. Yakin tanpa kerja-kerja yang meyakinkan. Awas, UMNO tidak akan mengikut rentak dan lenggok PR. UMNO hanya mahu merampas satu atau dua kerusi PR melalui PRK di 28 DUN sahaja. Jikalau UMNO yakin menang di 31 DUNnya termasuk Behrang, Jelapang dan Changkat Jering, sudah lama DUN Perak dibubarkan.

Selepas itu PR Perak terus menggigit jari.

Sunday, September 27, 2009

Tun Madey menghina pengundi UMNO Bagan Pinang

Kenyataan Tun Madey dalam blognya ..

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

Kenyataan Tun Madey ini merujuk kepada bakal calon UMNO di PRK Bagan Pinang. Sah dan jelas sekali bahawa Tun Madey menghina pengundi di Bagan Pinang. Bubuhler sape sajer calon, UMNO gerenti menang. Pengundi Bagan Pinang tidak begitu kisah dengan peribadi calon. Pengundi hanya mahukan UMNO walaupun calonnye jelas kotor.

Huh, kalo tetibaler DSAI kata macam Tun Madey tu di tempat teman di Manong yang PR gerenti menang walaupun kelaku calonnya kotor, tobat lahum teman nak ngundi PR lagi. Tapi pengundi UMNO Bagan Pinang boleh pulak nelan bulat2 apa yang Tun Madey kata. Bagi teman, Tun Madey mengandaikan pengundi UMNO di Bagan Pinang adalah spesis yang tak gheti berpikio. Tapi teman yakin pengundi UMNO pada PRU 12 di Bagan Pinang sudah lebih matang dan boleh berpikio secara rasional. Mengundi calon yang kotor adalah bermaksud mengangkat calon yang banyak dosanye dengan UMNO.

Tapi pengundi UMNO di Bagan Pinang masih ada masa. Boleh pikio sedalam2nye hinaan Tun Madey tu. Wajarkah kata2 sedemikian dilemparkan kepada pengundi UMNO di Bagan Pinang? Beranikah Najib 1 Malaysia membantah dan membentes kata2 Tun Madey. Seingat teman, Pak Lah lebih berani melawan Tun Madey berbanding Najib 1 Malaysia.

Mudah bebenor Tun Madey melabelkan pengundi UMNO di Bagan Pinang sebagai pengundi yang tak tahu membezakan calon kotor dan calon bersih. Tun Madey menginginkan calon yang bersih bukan untuk keperluan UMNO di Bagan Pinang, kerana di Bagan Pinang letakler sapepun, UMNO gerenti menang. Tapi di tempat lain, di tempat ramai pengundi UMNO ade otak untuk berpikio, calon yang kotor di Bagan Pinang akan menyusahkan UMNO di tempat lain. Lihatler contoh calon UMNO di Permatang Pasir yang bukan sajer melingkupkan UMNO Permatang Pasir tetapi melumpuhkan terus UMNO di sebelah utara.

Tun Madey sedar bahawa bilangan pengundi tegar UMNO semakin berakal dan berotak. Pengundi UMNO hari ini tidak seperti pengundi UMNO pada zaman Tun Madey jadi PM. Dalam diam2 pengundi UMNO mula getik dan malu dengan resam masakini UMNO dan pemimpinnya. Pengundi UMNO udah berani untuk tidak mengundi UMNO. Ini yang dimaksudkan oleh Tun Madey.

Ternyata sikap terus terang dan niat baik Tun Madey untuk UMNO telah dengan sendirinya menghina pengundi UMNO di Bagan Pinang.




Saturday, September 26, 2009

Syukur, salam dan rindu

Sedih dan sayu apabila dango tempat teman bersantai ghaib sebelum raye. Kena sorok dek antu. Tapi bulan pose mane ade antu. Kalo adepun antu kepala itam. Jenuh teman gherodi ikut ilmu teman, tapi dango tak tahu dimane ilang cicornye. Ngelisor teman tak tentu hala. Teman tima hakikat yang dango teman udah lebuh ditelan maya.

Teman bina satu lagi dango. Teman namakan Menara Dango Mamamat. Tapi teman sendiri tak ceria di dango baru ini. Teman tak ghase rindu pada dango baru ini. Teman sentiasa teringat pada dango lama teman. Walaupun dango baru lebih luas, lebih lebar, tapi dango lama yang sempit tetap menyamankan. Teman jadi malaih untuk menulih.

Ghuper2nye sahabat teman Sham Gerik telah menyediakan satu dango baru untuk teman. Teman masuk dan teman kuar tanpa menganggap itu dango teman. Dangonye cukup cantik dan lengkap dengan pelbagai asesori sehingga teman tak berani nak ngusik barang2 di dalamnye. Walaupun dango itu dango teman yang dihadiahkan oleh Sham Gerik, tapi teman tak ghaser yang dango tu dango teman. Memang teman ni keras hati.

Sham Gerik seolah2 tahu yang teman tak selesa di dango baru yang teman bina sendiri. Sham Gerik menawarkan khidmat bomohnye untuk mencari antu yang menyorokkan dango lama teman. Ntah aperler jampi yang dibacenye sehingge antu yang nyorokkan dango lama teman tu terpaksa mengalah. Tima kasih khas kepada sdra Sham Gerik. Budi dan jasa mike tidak mampu teman nak membalasnye. Paling tinggipun segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Itu jer. Itupun ntah bile boleh ditunaikan. Semoga niat baik sdra Sham Gerik akan diberi pahala setimpalnye oleh Allah s.w.t. Yang penting kita semua berniat baik sesama kita dan sesama pembaca.

Dengan terjumpanya semula Dango Mamamat, teman umumkan bahawa Menara Dango Mamamat dan DANGO MAMAMAT mungkin akan menjadi blog terbiar. Teman tak sanggup nak menjaga dua tiga dango sekaligus.

Oleh kerana dangopun teman tak sanggup nak jaga, agaknye ituler sebabnye ngape sehingga ke hari ini teman belum terpikio nak nikah lagi. Teman nak ikut jejak nabi. Nikah kali kedua selepas bini pertamanye Siti Khadijah bt. Khuwailid meninggal dunia. Tapi janganler bini teman meninggal ... biorler teman yang pergi dulu.

Sape yang kawin dua tiga sementelah isteri pertama masih idup, itu bukan ikut sunah nabi. Itu sunah sendiri. Betui ker?

Friday, September 25, 2009

PERHATIAN !!!!! DANGO MAMAMAT SUDAH OK !!!

BLOG DANGO MAMAMAT SUDAH BERFUNGSI SEMULA PELAWAT PELAWAT YANG SETIA BOLEH MELAYARI SEMULA BLOG INI.


HARAP MAKLUM.

SHAM GERIK

Wednesday, September 16, 2009

16 September 2009?

Seminggu lagi nak raye. Dalam tempoh seminggu ni isteri teman tentu menambahkan kesibukannye. Teman pulak kena buat2 sibuk. Kalo idak memacam dimintak dan disuruhnye. Inipun dia udah mule nyebut. Sawang yang bergayut udah lama tak cuci. Bilah2 kipas udah tebai abuknye. Rumput keliling rumah udah panjang. Kalo ikut teman, teman nak racun jer. Tapi isteri teman suruh trim jer. Mampuih tak boleh baring cuti2 bulan pose ni.

Dalam politik siasah di Malaysiapun begitu. Politik Malaysia dijangka sibuk dalam minggu ini. Pelbagai perkhabaran yang dibawa angin sedang bertiup, kekadang sepoi, kekadang menggusarkan. Seperti kata Khairi, pokok takkan goyang tanpa ada beruk yang menggoncangnya. Sejauhmana kebenarannye, bersamaler kita tunggu dan lalui sebelum kita menyambut hari raye.

1. Dikhabarkan sembilan atau sepuluh ADUN UMNO di Ganu akan menyertai PKR dan membentuk kerajaan bersama PAS pada 16 September 2009. Perkhabaran ini dipandang serius kerana difahamkan yang sembilan ADUN UMNO itu telah berjumpa DSAI.

2. Di Selangor pula dikhabarkan beberapa ADUN PAS akan membentuk kerajaan baru bersama UMNO. Pada 16 September 2009, MB Selangor yang baru YAB Dr. Hassan Ali akan mengadap untuk memaklumkan majoriti bilangan ADUN yang menyokongnya menjadi MB. Dan seterusnya memohon perkenan istana untuk mengambilalih kerajaan daripada MB Khalid.

3. MIC yang didakwa bersih oleh Samy akan semakin bercelaru kerana Timbalan Presiden Palanivel tidak mendapat sokongan 50% perwakilan MIC. Lebih 60% perwakilan tidak mengundi Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden. Subramaniam dijangka mengikut langkah politik Dr. Chua Jui Meng. Ini bermakna hampir separuh ahli MIC akan meninggalkan MIC.

4. MCA masih terus berkecamuk. Sama ada kecamuk ini merupakan helah yang disengajakan atau tidak, ia tetap memudaratkan kuasa UMNO. PM 1Malaysia tidak mahu mencampuri urusan dalaman MCA. PM 1Malaysiapun pening dengan permainan MCA ini.

5. PKFZ dan Inkues Teoh menambahkan lagi kesengsaraan politik UMNO. Rakyat mula sedar bahawa SPRM adalah agensi kuatkuasa kerajaan untuk menghalalkan tindakan haram jadah UMNO. Sehingga ke hari ini, watak2 UMNO dalam PKFZ dan Inkues Teoh masih berjaya disembunyikan.

6. Kemelut Perak telah memperlihatkan dengan jelas bahawa mahkamah sentiasa dan akan terus melindungi UMNO. Segala tindak tanduk UMNO adalah benar. Keputusan Speaker Sivakumar menggantung tujuh ADUN UMNO telah diputuskan tidak sah oleh mahkamah. Speaker Sivakumar telah mengingatkan mahkamah bahawa menurut Artikel 72, kuasa speaker berkaitan urusan DUN adalah tidak boleh dicabar di mahkamah. Dan yang terbaru Speaker Sivakumar memohon mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan Ganesan merampas kerusi speaker adalah tidak sah. Mahkamah membuat keputusan bahawa menurut Artikel 72, mahkamah tiada kuasa untuk mendengar dan membicarakan segala urusan DUN. Masalah DUN mesi diselesaikan di peringkat DUN. Pelik.

7. Atau mungkin pada 16 September 2009, sempena Hari Malaysia, Tiong di Sarawak akan mengumumkan 30 AP Sabah dan Sarawak tidak lagi mewakili BN. Mereka adalah AP Bebas yang menyokong DSAI.

8. Kome boleh baca tapi jangan percaya. Nak percaya, tunggu PRU 13.

Bulan2 pose ni, kena sabor yang ....

Petang tadi teman balik lewat. Dekat pukui enam baru sampai rumah. Tak sabor nak mandi. Badanpun udah melengaih. Maklumler 12 jam tak mandi. Kalo mandi mesti segor badan. Sebaik melangkah masuk, nampak isteri teman monyok jer. Ape keheinye pulak ni? Rase2nye sejak pose ni takde pulak teman buat dia marah. Takkanler dia kelahi dengan anak sampai jadi murung semacam jer. Anak2 ada yang nengak tv. Ada yang depan laptop. Yang jantan bongsu tu pulak tengah ngerebik beg. Ntah apeler dicarinye.

Teman pegi dekat isteri. Teman nampak mate isteri teman berayor. Teroyak rupanye dia. Tapi teroyak tak bunyi. Kalo ade bunyipun, bunyi yang kuar ikut hidung. Hek, hek jer.

"Iniler payahnye kalo pompuan jadi pengetua", tak sempat teman duduk, isteri teman udah mula bagitahu sebab aper dia teroyak.

"Pengetua panggil tadi", isteri teman mula mengadu.

"Pengetua marah sebab dapat jadi pemeriksa paper exam bebudak matrik. Pengetua suruh tolak. Pengetua kata kalo marking paper spm takperler".

"Kalo terima, ape pengetua boleh buat?", tanye teman.

"Kena ambik cuti khas yang tujuh hari tu sebab markingnye berpusat. Lagipun matrik bukannye keluarga sekolah. Kalo cuti udah abih, potong gaji".

"Potong potongler", teman menyampuk.

Panjang berjela lagi. Teman ringkaskan camniler.

Isteri teman ni cikgu matematik tambahan di sebuah sekolah menengah. Udah 15 tahun jadi cikgu di sekolah yang sama. Pernah menjadi pemeriksa paper matematik SPM dan PMR. Enam tahun lalu dapat master dalam matematik. Piau matematik. Setiap hujung minggu ke USM. Tak ambik biasiswapun. Abih sajer master dia mintak ngajor di matrikulasi. Tapi pengetua tak sokong. Dia mintak ngajor tingkat enam, tapi sekolah dia takde tingkat enam. Borang ngajor tingkat enampun pengetua simpan. Apabila ditanya, pengetua kata isteri teman tak layak memohon. Isteri teman bacakan satu2 syarat layak memohon, baru pengetua senyap. Itupun dia perleceh kalo dapatpun, kena ngajor di Sabah dan Sarawak jer. Di negeri tu jer yang kosong. Isteri teman kata bolehler ke Sarawak. Sehingga hari ni takde jawapanpun. Entah2 pengetua tak panjangkan borang permohonan tu.

Isteri teman pernah kata alangkah ruginye kalo ada ilmu tapi tak digunakan. llmu matematik yang ada pada dia boleh mengajor matrik dan tingkat enam. Isteri teman suka bebenor mengajor. Dia bukannya nak pangkat. Jadi guru kananpun dia rungsing. Dia bukan nak jaga cikgu. Dia nak jaga budak jer. Tak naik gredpun takper, janji boleh ngajor matrik.

Dua bulan lepaih isteri teman tulih surat memohon menjadi pemeriksa paper matematik matrik. Alhamdulillah dapat. Bahagian Matrikulasi memaklumkan tawaran tersebut kepada pengetua. Pengetua mulaler melenting. Pengetua tak mahu isteri teman pindah selagi dia jadi pengetua di sekolah ini. Ada suara yang memberitahu bahawa pengetua mengungkit apa lagi yang isteri teman ndak. Melintang udah dibagi. APC RM1000pun udah dibagi. Siap jadi guru kanan lagi.

Takkanler pengetua tak tahu yang isteri teman mahukan kepuasan mengajor.

"Ituler silap ayang juga", teman mula bersyarah.

"Yang buat kojer sekolah lebih2 sangat buat aper? Beria2 sampai takde cuti. Hari cutipun duduk sekolah. Sebab ayang rajinler pengetua tak nak lepaihkan. Cubaler lepaih ni buat tak gheti jer. Datang sekolah ngajor jer. Kojer lain hajabkan. Kalo buatpun, buat bagi cukup syarat jer".

"Tak dimahunye. Memang nak buat camtu, tapi rase semacam jer", jawab isteri teman.

Akhirnya teman tak sempat mandi. Tapi takper. Janji isteri teman udah tak teroyak lagi.

"Jom masuk keter. Kita berbuka pose kedai mamak".

"Takkan kedai mamak abah", keluh si jantan bongsu.

"Mamak, teh terik satu. Komtar punya".

Kuil kecik kuil besor ..

salam mamamat,

posting mamamat sebelum ni tanya knp PR melayu lemah? knp PAS & PKR masih gagal tawan melayu. saya x fikir umno adalah sebabnya. saya juga x fikir ketuanan melayu adalah sebabnya. zaman ini zaman globalisasi. semua rakyat dah celik teknologi & celik sosiologi. org kampung pun baca blog mamamat.
yang merunsingkan org melayu, baik dlm PAS, PKR mahupun umno (yang masih ada iman) ialah telatah rakan bukan Islam kita ni. saya sering mengelak dari berbincang soal ini kerana matlamat utama kita memperkukuh PR. tapi kalau saban hari makin teruk rakan2 bukan Islam kita ini hentam org melayu & Islam, nak perkukuh mcm mana?? sanggup kah kita dituduh ekstrimis agama mcm taliban kalau kita sebut nak laksana hukum Islam pun DAP dah melenting? sanggupkah kita berdiam bila org India minta buat kuil di kwsn majoriti org melayu? ini bukan soal hak melayu lagi mamamat tapi soal sensitiviti. sama la kalau kita tengok cina bela babi tepi rumah kita apa rasa? tengok shj di shah alam tempoh hari. barulah nampak pemberontakan melayu yg sebenar. toksahlah cakap ia didalangi umno. mari berdepan dgn situasi sebenar, iaitu kita org melayu sedang dlm dilema. menerima PR bermaksud akan ada banyak lagi pemberontakan2 spt ini berlaku dlm msyrakat. bukan Islam semakin meminta itu dan ini dari PR. memilih umno bermakna bukan Islam boleh tutup mulut, kembali ke zaman mahathir dulu. tapi masalah korupsi membelenggu pula umno ni. jadi kita semua dlm dilema...

dan, yg paling mengerikan, PR selangor akan jatuh PRU13 nanti. saya rasa org melayu akan bangkit seperti 13 mei 69 dulu tapi kali ini di peti undi. mcm saya katakan tadi, zaman ini semua dah celik...

Exedy


Tima kasih sdra Exedy.

Teman akui apa yang Exedy tulih itu betui. Teman tak perlu pegi hingga ke Shah Alam. Di tempat teman, di taman teman yang langsung tidak ada pemilik atau penyewa beragama Hindu, kuil keciknya ada di depan rumah teman. Tetiap malam nampak apinya. Mula2 dulu kecik. Ler ni nampak udah besor dan bersimen. Kuil kecik ini didirikan di rezab sungai. Walhal kuil besar deme ada di seberang jalan utama. Tidak sampaipun 1km dari kuil kecik itu. Alasan mereka ialah di tapak taman ini dulunya ada kuil kecik. Oleh kerana tapak itu telah didirikan rumah, maka kuil itu mereka pindahkan ke tepi sungai. Dalam pelan memang takde kuil. Teman beli rumah kerana lokasinya beradap padang. Agaknya deme dirikan kuilpun kerana ada padang. Hilang privacy teman. Udah jenuh teman mengadu hal secara lisan dan bertulih kepada majlis daerah dan JPS. Tapi deme buat nohin jer. Teman tanam pokok nyor ataih padang, majlis cabut, tapi kuil tu tak pulak deme cabut. Tempat teman dulunya kuat UMNO, tapi UMNOpun tak mampu nak settle. Takat bising sesama kita jer. Peronjang per bising sesama kita?

Bila teman nengak apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, teman tumpang seronok. Masalah yang tak boleh diselesaikan oleh BN, sedang cuba diselesaikan oleh PR. Pindahkan kuil di seksyen 19 ke 23. Mengamuk 23. Orang Hindupun biut. Tak nak tempat lain. Nak tempat itu juga. Situ senang sebab ada jalan. Sekarang baru deme tahu betapa tak sukanya orang Melayu pada kuil. Harap2 lepaih ni takdeler deme biut lagi. Selama ini deme yang beragama Hindu ikut suka deme jer nak taruk kuil kat mana. Konon dapat mimpi yang tuhan deme suruh buat kuil di situ.

Iktibar dari kisah ini, tentuler orang India tak berani nak mintak yang lebih2 lagi. Selama ini mereka dilayan dengan agak sempurna oleh UMNO. Selama ini deme dibela oleh Samy. Maklumler deme adalah minority di Malaysia. Kalo deme soh jer, takdeler nampak yang deme tu kuat dan ramai. Yang deme marah Samy tu sebab Samy songlap duit deme. Tapi tang lain Samy tetap jaga kepentingan India di Malaysia.

Berbalik pada isu Seksyen 23 tadi. Kuil di Seksyen 19 akan tetap dipindahkan. Sekarang orang India udah paham bahawa deme tak boleh pindahkan kuil ke tapak yang deme hendak. Nak tak nak deme kena akur dengan keputusan MB Selangor. Usaha dan keputusan PR Selangor dalam menangani hal ini seharusnya dipuji. UMNO langsung tak usaha walaupun dimulut deme yang UMNO ni jaga Melayu. Bahkan UMNO tak ngaku yang memberontak tu ada kaitan dengan UMNO. Sah orang UMNO. Tapi UMNO kata deme bukan mewakili UMNO. Maknanya UMNO tak prihatin akan kesengsaraan ahlinya. UMNO masih takut nak menyinggung hati dan perasaan Samy. UMNO hanya nakkan undi orang India. Orang Melayu biornyeler. Tentu sokong UMNO punya.

Kepada sdra Exedy, antara PR dan UMNO di Selangor, siapa yang cuba menyelesaikan masalah? Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah, memang akan ada masalah baru sebelum masalah asal dapat diselesaikan. Memang nampak macam Melayu diabaikan, tetapi sekurang2nya PR mencuba memartabatkan semula Melayu di Malaysia ini.

Untuk teman pulak, nyampang MB DPulau sedang berkuasa di Perak, selesaikanler kuil kecik depan rumah teman ni. Ada beraniker?

PR melebar di NS

Anak ayam anak itik

anak emas anak tiri

UMNO sedang diherdik digetik

1Malaysia menyumpah benci.


Sudah lapan kali PRK di Malaysia. Tidak sekalipun UMNO menang. Yang menang di Batang Ai tu bukannya UMNO. UMNO tak wujud di Sarawak. Berdasarkan hakikat ini, UMNO bukanlah boleh ditakrifkan sebagai parti besar walaupun UMNO mendakwa mempunyai keahlian lebih tiga juta. UMNO masih gagal mengembangkan sayapnya di Sarawak berbanding rakan musuhnya PAS, PKR dan DAP.

Tujuh kali UMNO bertanding, tujuh kali UMNO kecundang (DUN Penantipun dikira kerana UMNO sengaja tidak bertanding). Lebih perit apabila UMNO kalah di kawasan miliknya Kuala Terengganu. Setiap kali UMNO bertanding, setiap kali itu jugalah UMNO menjanjikan status anak emas untuk kawasan yang terlibat dengan PRK. Tetapi UMNO tetap juga kecundang. UMNO gagal dan terus lumpuh di Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Dan selepas ini, UMNO akan diuji lagi di PRK Bagan Pinang, NS. UMNO lega kerana ada hampir 5000 undi pos di DUN berkenaan. Tetapi harus diingat, kuasa Allah siapa yang tahu. Sekiranya PR meletakkan calon pesara tentera yang disenangi oleh pengundi tentera, UMNO akan menghadapi masalah yang besar. Ada kemungkinan UMNO terpaksa menjanjikan pula status anak intan berlian di Bagan Pinang!

Kemenangan di PRK Bagan Pinang seolah-olah terhidang untuk UMNO. Wanita UMNO mula mendesak supaya wanita diberi peluang menjadi calon. Najib anak Isa dan Isa anak Samad juga mahu bertanding. Lobi melobi begini tidak berlaku di Permatang Pasir tempohari. Awal-awal lagi Datuk Jalil, Ketua UMNO Permatang Pauh menarik diri untuk dicalonkan. Pening PM 1Malaysia. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Di tolak kehendak wanitanya, bermakna akan hilanglah sedikit sebanyak tenaga kerja dan undi wanita untuk UMNO. Jikalau dipinggirkan kehendak Isa, dendam kesumat Isa kepada UMNO yang menendangnya daripada kerusi Naib Presiden UMNO tidak akan berakhir.

PR juga tidak sabar untuk bertanding di PRK Bagan Pinang. Peluang dan ruang untuk menafikan kemenangan UMNO begitu terbuka. Walaupun secara kasarnya UMNO dijangka menang mudah berdasarkan majoriti yang besar pada PRU 13 lalu, UMNO tetap resah gelisah. Pergolakan poltik UMNO NS dan kemesraan Ahli Parlimen Teluk Kemang akan mempengaruhi pola undi pada PRK ini. Tan Sri Kamarul Baharin diberitakan telah berjaya menyesuaikan diri sebagai pemimpin politik berkualiti di Bagan Pinang. Tentera dan keluarga tentera yang berjumlah hampir 5000 telahpun mengenali YB Tan Sri Kamarul Baharin secara dekat.

Belumpun sempat UMNO mengorak senyum kemenangan di Bagan Pinang, terdengar pula dua ADUN UMNO di Pulau Pinang mahu mengosongkan kerusi. Kelam kabut pimpinan UMNO 1Malaysia memujuk mereka supaya jangan kosongkan kerusi. Kedua-dua ADUN ini kecewa kerana mereka bukan anak emas kepada UMNO. Mereka dilayan seperti anak tiri. Kerana terlalu sayangkan pengundi mereka, mereka harus berbuat sesuatu untuk membolehkan rakyat di DUN mereka dilayan sebagai anak emas. Dengan lain perkataan, demi masa depan UMNO dan pengundinya, mereka sanggup lakukan pengorbanan...

Teman di dango milang berapa hari lagi nak raye, tetapi PM 1Malaysia milang berapa hari lagi dia nak hilang kuasa ... kesian ...

PR Melayu lemah berbanding PR Cina

Kemasukan beramai-ramai ahli MCA Perak ke dalam PKR sememangnya merungsingkan UMNO. Kemasukan mereka telah diraikan dalam satu majlis di dewan Jalan Tokong, Ipoh pada 5 September 2009. Majlis ini turut dihadiri oleh DSAI. Sama ada jumlah kemasukannya melebihi 600 atau kurang, ianya harus dilihat sebagai langkah serius PR untuk melumpuhkan UMNO.

Pimpinan utama UMNO sedar bahawa UMNO semakin ditinggalkan oleh rakan komponennya dalam BN. Pergolakan yang berlaku dalam MCA seolah-olah disengajakan oleh MCA bagi menghalalkan keperluan segera untuk mereka berhijrah kepada PR. Bilik-bilik yang disediakan di rumah BN terlalu uzur untuk MCA. UMNO telah memindahkan MCA ke bilik yang berhampiran dengan tandas. Ini kerana bilik VVIP yang mereka gunakan sebelum ini telah diberikan kepada rakan-rakan Tiong dari Sabah dan Sarawak. Najib 1Malaysia lebih mendengar dan menurut kata-kata Tiong berbanding kata-kata Ong. Ahli MCA tidak mahu menjadi melukut di tepi gantang dan dalam keadaan pipi mereka tersorong-sorong menghadapi kemelut perkembangan politik semasa.

Ringkasnya, Tiong hanya berhelah demi survival politik rakyat Sabah dan Sarawak, dan MCA pula secara sedar sedang memprotes ketuanan Melayu bawaan UMNO. Kedua-duanya yakin dengan ramalan fen-shui yang BN akan hilang kuasa pada PRU 13. Angka 13 itu sendiri membawa maksud sial dalam kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Cina. Kebiasaannya ramalan masyarakat Cina akan diusahakan pengrealisasiannya oleh mereka sendiri. Dengan kata lain masyarakat Cina berkewajipan untuk menyempurnakan ramalan fen-shui.

Di Perak, UMNO terlalu lemah. Musuh UMNO iaitu PAS dan PKR juga begitu lemah. Kita harus terima hakikat bahawa kekurangan yang ada pada PAS dan PKR telah dan sedang dibantu tutup oleh DAP. PKR semakin berjaya menarik keluar pengundi-pengundi bukan Melayu yang menyokong BN pada PRU 12 yang lalu. Maknanya sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina kepada PR adalah dalam gred A iaitu melepasi angka 80%.

Persoalannya PAS dan PKR Melayu masih lesu. Ibarat ayam berkokok tetapi ekor penuh tahi. Hanya hebat berbicara di atas pentas. Ahli ternganga sesama ahli. Pemidato kurang berusaha menambat hati pengundi UMNO kepada PR. Hanya berharap agar pengundi UMNO sedar sendiri. Kemudian menyalahkan pengundi Melayu yang tidak mengundi PR. Tidak ada beza yang ketara antara halatuju pimpinan negeri PAS dan PKR Melayu dengan UMNO. Masing-masing mengimpikan keuntungan atas angin. Sepanjang 11 bulan MB Nizar menerajui Perak, pemimpin-pemimpin negeri ini berebut-rebut mendapatkan harta peninggalan UMNO. Lantikan JKKKpun tidak menggambarkan kesepakatan antara PAS dan PKR Melayu.

Seperti kata MSK, rakyat sendiri yang memediakan rakyat. Rakyat menyokong PR bukan kerana usaha berstrategi PAS atau PKR Melayu tetapi adalah atas usaha rakyat sendiri. Rakyat geram dengan UMNO. Rakyat tidak lagi percaya kepada UMNO.Rakyat hanya menghalakan sokongan kepada yang menentang UMNO. Bermakna sokongan rakyat bukanlah berterusan sampai bila-bila. Andaikata UMNO memusing 360 darjah stail kepemimpinannya, pengundi jenis ini akan kembali kepada UMNO.

Pandangan sahabat blogger Manjong Mari yang sememangnya totok menyokong PAS perlu diambil kira. Pedulikan kawasan-kawasan tradisi. Yang penting ialah kemenangan. Jikalau dirasakan PAS lebih berpeluang untuk menang, biarlah PAS bertanding di situ. Begitu juga jikalau dirasakan yang PKR lebih berpotensi untuk menang, berilah laluan kepada PKR. Jangan dengki sesame PR.

Kepada pimpinan besar dan kecil Melayu PR, contohilah usaha berterusan PKR dan DAP menarik sokongan bukan Melayu kepada PR. Janganlah mengharapkan UMNO hancur dengan sendirinya. Cuba lihat, dalam keadaan UMNO dilanda masalah, unit sarafnya sentiasa berfungsi. Untuk menambahkan keberkesanan perjuangan, PAS dan PKR Melayu mestilah mewujudkan unit saraf di peringkat DUN dan parlimen.

Tuesday, September 1, 2009

Entah kenapa teman teringat bebenor pada AP Jerlun ... rindu kut?

DUN Kota Seputeh kekal, tapi AP Jerlun dalam perhatian ....

1. Speaker Perak, V. Sivakumar telah mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebaik ADUN-ADUN berkenaan melanggar ‘Aku Janji Istana’.

2. SPR menolak pengistiharan kekosongan oleh Speaker Perak. SPR secara langsung telah mengesahkan penderhakaan suruhanjaya ini kepada Sultan Perak kerana tidak menghormati ‘Aku Janji Istana’. Untuk makluman, ‘Aku Janji Istana’ ini dibuat atas kehendak istana sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Perak.

3. Kekecewaan rakyat Perak untuk PRK di tiga DUN tersebut terubat apabila AP Bukit Gantang kembali ke rahmatullah. Salah satu DUN yang terlibat iaitu DUN Changkat Jering terletak dalam Parlimen Bukit Gantang.

4. Dalam PRK Bukit Gantang, PR melalui calonnya MB Nizar menang dengan majoriti yang bertambah. DUN Changkat Jering kekal dimenangi oleh PR.

5. Di Kedah pula, Speaker Dr. Md Isa telah menghantar surat yang membawa kepada maksud bahawa kerusi DUN Kota Seputeh telah kosong apabila ADUNnya telah hilang hak sebagai ADUN setelah gagal menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan, yakni selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kedah.

6. SPR menolak untuk mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh. SPR dengan jelas telah mencabul Undang-Undang Tubuh Kedah. Pencabulan ini juga membawa maksud SPR telah derhaka kepada Sultan Kedah.

7. Sebagai penawar, mungkinkah akan ada PRK baru di Kedah sebagai ganti PRK yang sepatutnya diadakan di DUN Kota Seputeh. DUN Kota Seputeh terletak dalam Parlimen Jerlun. Apakah akan ada PRK di Parlimen Jerlun dalam waktu terdekat ini?

8. Oppss.. sapa kenai AP Jerlun?