Sunday, July 8, 2012

5. Dato' yang bukan Dato' ...

Bile mase pulak Dato' ni dapat Dato'? Kalo bace belognye, diye udah dapat duwe anugeghah daghi Kampuchea. Walopun mungkin anugeghah itu setaghap Dato', mike tetap tak boleh gune paka di Malaysia. Takkanle itupun tak tawu. Ato memang teman yang tengin ... ato juge teman jaki pade mike ..

Tapi tolongle jangan malukan PAS dan PR... tolongle jangan buwat bedaah. Kalo nak jadi Dato'pun, sabo2 le dulu. Tunggule hingge PR menang ... kan kan 'Dato''?

6 comments:

  1. kalau nak ikutkan Umno, Nik Aziz pun depa tidak iktiraf sebagai Tuan Guru.Ustaz Ibrahim Libya pun depa panggil penjenayah.Apa salahnya meraikan penganugerahan negara Kampuchea? Kenapa PAS dan PR mesti malau? Ianya lebih awla daripada Dato yang diberi oleh Melaka.

    ReplyDelete
  2. Salam Yob,
    kot dia dah ada cucu, bior ler dia nak ngaku datuk!

    ReplyDelete
  3. As salam... Mohon buat pautan blog:

    suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Yang aku tahu aku ada kitab tajwid yang ditulis oleh Mufti Kampuchea yang bergelar "Okna"...(diikuti nama beliau).Gelaran bagi Dato' dalam bahasa khmer. Aku nak nasihat pada yang tulis artikel ni kalo tak gheti @ tak tahu @ jahil jangan komen sembarangan kerana ianya menjatuhkan maruah diri. Sukacita juga aku nak maklum bahawa di Malaysia ni yang guna title "Datok" tu ramai yang "beli". Ada yang beli dalam negara dan ada yang beli dari luar negara seperti Mindanao, Indonesia juga Sulu. Aku juga nak maklum dulu gelaran Dato' ni hanya anugerah Sultan tapi sekarang kerajaan rekomen selain pilihan Sultan. Engko fikirlah Shah Rukh Khan Murtad dapat Datok -itu Datok kepala hotak.
    Natijahnya engko tak perlu sibok2 fasal gelaran "Okna" @ "Dato".
    Kerajaan Kampuchea itu negara berdaulat setaraf dengan Malaysia bukan bertaraf Melaka, atau Sabah atau Sarawak atau mana2 negeri dalam Malaysia. Lagipun dia guna gelaran itu sah dan idak sikitpun
    gigit kote kome. KALAU TAK GHETI BELAJAR, KALAU TAK TAHU TANYA DAN KALAU SESAT KEMBALI KEPANGKAL JALAN (Kalau tak jumpa pangkal jalan Mampos lagi bagus)
    Tulislah artikel yang tidak menampakkan kejahilan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOoi mak! garangnya Krongthip Mahalakorn! Tuan rumah kira sportinglah sbb publishkan juga!

      Delete
  5. Salam semua
    1. Terima kasih atas maklum balas kalian
    2. Pak Alhusseyn, kenapa perlu kita panggil 'Dato' kalau dah tahu itu gelaran yang disukai oleh ameno. Panggilah Okna macam yang Kronthip tulis, Okna Tarmizi Mohd Jam. Kita tak boleh salahkan ameno jikalau mereka tidak terima 'tuan guru' kerana tuan guru itu adalah gelaran/panggilan penghormatan PAS kepada pimpinan PAS. Walaupun dahulu ameno dan bukan PAS kekok menyebut 'Tuan Guru', hari ini hampir semua termasuk orang2 amenopun memanggil tuan guru. Kalau 'Dato' itu tak layak dipanggil tuan guru, atau boleh terkolap lidah nak nyebut 'Okna', gunakanlah istilah lain. Mungkin 'Tuan Besar', 'Pembesar' atau apa2 yang besar2 ... janji jangan 'Dato' ... getik teman. Teman yakin yang tuan punya badanpun tak kata setuju atau tidak setuju dengan gelaran itu sebagaimana dia mendiamkan diri mengenai akademiknya semasa dia bertanding DUN tahun 2004 ...
    3. Yong Kembara, 'Dato' tu belum becucu lagi .. Umo baru 44
    4. SPM, insya Allah akan teman pautkan
    5. Krongthip, terima kasih atas caci maki tuan pada teman. Biole teman dikatakan 'tengin', asalkan tuan menjadi bijak bijaksana. Cuma teman berpendapat, kalau ramai orang PR macam tuan, senyum ameno dan lingkuplah PR. Tuan jangan ambil hati kerana ini hanya pendapat teman yang 'tengin' terhadap cetusan hati tuan yang bijaksana dan bijaksini ..
    6. Teman sengeh je, he he

    ReplyDelete