Timbalan
Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional
yang diterajuinya.
Bosnya,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang
telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain – bahawa keputusan untuk berhenti
oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing “telah
dijangka” dan “tiada siapa yang lebih penting daripada parti”.
“Muhyiddin
tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran
semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu
keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami
menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting
bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk
menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, “naib presiden PKR Tian
Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle.
Pakatan
Rakyat – dimana PKR adalah salah satu ahlinya – telah berunding dengan Lajim
dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang
akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk
satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang
untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan.
“Saya
mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang
baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah
untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan
berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat,” kata Tian.
Anwar yang menjadi penghubung
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu
dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua
pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang ‘malu’ terpaksa
mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia
Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan.
Wilfrid,
Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan “reformasi” pada 1 tengah hari,
manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul
6 petang di kawasannya.
Bakal
dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak
kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik
ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan
peribadi mereka.
Sementara
itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan
mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa
media bersidang, semuanya berjalan lancar.
Anwar
yang berusia 64 tahun sering dipanggil “gam” yang melekatkan parti-parti
pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan
parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu
menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008.
Ia
telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan
Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan
mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen.
Ia
juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk
merasakan sistem politik ‘dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya
merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa
pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang “dua pertiga” monopoli kerana
khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik.
Anwar
yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai
pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak.
Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di
Malaysia setelah 5 dekad.
Populariti
Umno semakin menyusut
Dalam
kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak
yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi
Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar
pengundi adalah rasuah dan politik perkauman.
Penurunan
sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor
BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan
Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah
dari responden Melayu.
Kini,
dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan
transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian
mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang
pertama untuk keluar parti.
Tidak
lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini
masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain.
Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan.
“Saya
tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada
seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira.
Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini
boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh
dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang
berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini,” Bernama melaporkan
kenyataan Najib.
Najib
bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi?
Semua
sedang menanti sama ada Najib akan ‘flip-flop’ pada petunjuknya bahawa pilihan
raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi
perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati.
Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya
akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5
juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena.
Selain
daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan
Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa
untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan
keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan
sekarang.
Rasuah,
perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno
dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan.
Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman,
berbahaya dan “jahat” ini.
Pencabar
Najib berkata sekarang “sudah terlambat” dan sekarang tiada siapa yang peduli
sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun
depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti .
“Kami
sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan
kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai
keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira
gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013,”
kata Tian.
“Saya
yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi
mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas.
Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN
memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih
menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya
mahu melakukan sesuatu yang betul.”
No comments:
Post a Comment