Friday, November 6, 2009

PAS pandai ... PAS memang bijak ...

PAS buat hal lagi. Cerdik pandai PAS seolah-olah buntu dalam merangka strategi untuk memperkasakan PAS. PAS sering lambat dalam tindak-tanduknya walaupun PAS sentiasa mahukan PAS yang memimpin PR, bukannya PKR dan jauh sekali DAP. Terbaru PAS mahu mengadakan konvensyen untuk blogger PAS. Satu usaha yang lewat dan ketinggalan ‘bas’. Jikalau konvensyen ini diadakan setahun yang lalu, ianya amat sesuai. Tetapi apabila konvensyen ini diadakan pada masa ini, ianya tidak lagi sesuai menggunakan jenama PAS. Sepatutnya konvensyen ini dinamakan Konvensyen Blogger Rakyat.

Sama ada PAS sedar atau tidak, UMNO sebenarnya masih menganggap PAS sebagai lawan yang hanya dipandang sebelah mata. Penyokong setia PAS yang sentiasa wala’ kepada pemimpin PAS masih kecil jumlahnya berbanding pengundi yang pernah mengundi PAS. UMNO lebih takutkan PKR dan DAP. PAS tidak mampu menambat hati penyokong UMNO. PKR pula mampu mencuri undi penyokong UMNO. Manakala DAP telah membuktikan yang mereka mampu melemahkan MCA dan Gerakan.

Usaha mendaftarkan PR sebagai sebuah parti politik seolah-olah adalah usaha PKR melalui Zaid Ibrahim sahaja. Pimpinan PAS masih menutup mulut sama ada penyokong atau membantah pendaftaran PR secara sah. Sebaliknya menghebohkan pula satu konvensyen blogger yang khusus untuk blogger PAS. Memang PAS pandai. Pandai mengampu UMNO.

Tidak dinafikan yang setiap parti ada masalah dalamannya. PKR masih mencari dan menapis tokoh-tokoh pimpinannya. Kebetulan pula yang lompat semuanya daripada PKR. Wakil rakyat PAS tidak mungkin melompat kerana kalau lompat maka tertalaklah isteri yang disayangi. Dan menjadi haramlah akan segala kemudahan parti yang pernah digunapakai.

Politik DAP lebih matang berbanding PAS walaupun PAS lebih tua usianya. PKR masih berhingus. Namun PKR cepat belajar. Matlamat PKR dan DAP amat jelas iaitu memenangkan PR. Matlamat PAS pula mesti memenangkan PAS sahaja. Di kawasan majoriti pengundi Melayu, PAS memberitahu dalam diam supaya jangan undi calon PKR. PKR tidak ada jentera. PKR bergantung kepada jentera PAS. Oleh itu apabila PKR kalah teruk, PAS boleh mendesak pimpinan supaya PAS yang bertanding di kerusi tersebut. PAS telah menjadi tamak, hakap dan haloba.

Berkali-kali telah diingatkan yang rakyat yang mengundi PR dalam PRU yang lalu bukannya menyokong atas kapasiti PAS, PKR atau DAP. Kami rakyat mahukan PR yang mantap, bukannya PR yang bermasalah. Tindakan PAS yang sanggup ‘bersekongkol’ dalam permainan UMNO amat mengecewakan kami. Kami tidak melihat PAS sebagai PAS. Kami hanya melihat PAS sebagai PR. Oleh itu apa yang berlaku dalam PAS, PKR dan DAP, ianya tetap merupakan isu PR. Lainlah jikalau PAS tidak memerlukan undi kami lagi. Mungkin undi ahli PAS telah mencukupi untuk mengalahkan UMNO?

Tolonglah PAS ...

2 comments:

  1. Mana tak nya ketinggalan Bas...52 tahun tunggu tempat yang sama....Susah nak berubah demi dapat bas lain..duk tahu berlegar2 kawasan tu juga.?

    MARI KITA FIKIR BERSAMA....kenapa orang kampung saluran satu takut benor dengan BULAN mesti ada sebab nya..?

    ReplyDelete
  2. pas mungkin tak mahu PR kerana kena berkrompomi dengan agenda kerajaan islamnya

    selagi tak mahu kompromi selagi itulah takkan aman dalam PR

    ReplyDelete