Monday, July 20, 2009

UMNO hilang banyak talian hayat

Sebaik sahaja UMNO diumumkan kalah dengan 65 undi di PRK DUN Manek Urai, UMNO mula berkokok bahawa parti itu semakin pulih dan semakin berpengaruh di kalangan pengundi Melayu. PAS terkejut. PR kehairanan.

Namun kegembiraan UMNO hanya mampu bertahan untuk tempoh sehari sahaja. Kematian Teoh Beng Hock di premis SPRM Selangor ketika dalam soal siasat rasuah telah mengganggu rentak kegembiraan UMNO. Kematian tragis ini menimbulkan tanda tanya yang masih belum berjawab. Kenyataan awal TPM dan polis belum cukup memuaskan hati rakyat. Secara spontan rakyat berbilang bangsa berkumpul dan mendesak kerajaan supaya segera membentuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Kerajaan masih berlengah. Slogan rakyat diutamakan telah dikecualikan dalam kes-kes sebegini.

Murahnya nyawa rakyat Malaysia. 1 Malaysia sekadar melahirkan rasa terkejut dan sedih tanpa arahan yang jelas terhadap kes ini. Semoga umrah 1 Malaysia mendapat ganjaran rahmat dan petunjuk Illahi apabila pulang ke Malaysia.

Kesannya rakyat bukan Melayu khususnya Cina tidak akan menyokong BN lagi. Dr. Koh Tsu Koon sudah mula bernada PR. Dr. Chua Jui Meng telah keluar MCA. PKR menjadi wadah baru perjuangan Dr. Chua. Semua ini berlaku dalam minggu yang sama. PRK Manek Urai, kematian Teoh, bicara liwat DSAI dan keanggotaan Dr. Chua dalam PKR telah menyegarkan dunia politik di Malaysia pada minggu lepas.

TPM dan KPN mengingatkan pimpinan PR dan rakyat agar tidak mempolitikkan kematian Teoh. Bagaimana boleh tidak disabitkan dengan politik? Teoh di siasat di SPRM atas kapasitinya sebagai pembantu exco. Exco dan politik saling berkait. Tuduhan rasuah juga adalah politik. Kemungkinan kematian Teoh masih berhubungkait dengan politik. Salahkah rakyat untuk berfikir begini?

Dalam suasana UMNO kehilangan satu demi satu talian hayat daripada kalangan rakan BNnya, UMNO masih menaruh harapan pada Melayu PAS. Rakan BNnya menunggu apa tindakan 1 Malaysia terhadap kes Teoh sekembalinya dari Makkah. Mungkin MCA dan Gerakan sepakat meninggalkan UMNO dalam dunianya.

Dalam suasana hiruk pikuk politik, muncul pula parti baru Uthayakumar, Parti Hak Asasi Rakyat. Memperjuangkan nasib golongan terpinggir tanpa mengira kaum. Tetapi sedarkah Uthayakumar bahawa perjuangan utamanya adalah untuk Hindraf sahaja. Dijangka parti ini akan atau sedang dipergunakan oleh UMNO. Selepas itu parti ini akan lebih terpinggir daripada perjuangannya.

Esok, Semenyih akan menjadi tumpuan. Rakyat pelbagai kaum akan menghadiri pengebumian Mendiang Teoh. Rakyat Melayu yang hadir bukan untuk majlis agama, tetapi hadir sebagai tanda sokongan supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Betapa hibanya bakal isteri Teoh apabila anak yang dikandung hidup sunyi tanpa kelibat bapanya.

3 comments:

  1. Memang betoi.... Mungkin bagi UBN Mendiang Teoh hanya 'collateral damage' saja dalam berlawan dengan PR.

    ReplyDelete
  2. Allah SWT telah memberi mereka peluang selama 52 tahun utk mengakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini.Ap yan gberlaku adalah mereka semakin kufur kepada Allah SWT dan sia siakan peluang yang diberi.

    Now the number is up for them...

    ReplyDelete