Saturday, July 4, 2009

Semalam, hari ini & esok

Semalam teman ke Ipoh. Teman hadir di majlis PKR. Penjelasan dan dialog isu liwat DSAI di Dewan Sg. Rokam Taman Razaki. Tiga penceramah tampil memberi penjelasan. Dimulakan dengan Madzi Hassan yang memperkatakan isu ini daripada sudut perundangan. Kemudian oleh Lee Boon Chye yang melihat daripada aspek perubatan. Cikgu Bard pula dengan panjang lebar telah menerangkan secara ditir akan kronologi isu semenjak tahun 1996 lagi. Teman paham dan bertambah paham. Terima kasih. Kalo teman rajin, teman akan tulih apa yang deme katakan semalam. Tapi tungguler apabila kes DSAI mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 8 Julai 2009 ini. Teman keluar awal. Pukui 11.30 teman udah start keter. Tapi sampai rumah dekat pukui dua pagi. Binipun udah tidor. Tak sempatler teman nak munuh setan. Teman cadangkan supaya program politik tidak lagi dibuat pada malam Jumaat.

Tengah hari tadi sebelum semayang Jumaat teman terlanggar Kancil. Pecahler lampu belah kiri. Bumper pulak nyagat tayar. Bonet kemek sikit. Nasib baik tak berapa laju. Elok2 Kancil tu jalan belah kiri, tetiba mengejut jer dia ke kanan. Lepaih tu berenti pulak depan teman. Keter depan teman sempatler mengelak. Teman pulak takat boleh brekler, tapi tetap ngelongsor lalu menghentak belakang Kancil tu. Drebarnya pompuan. Turun. Dia mintak maaf. Dia maki keter depan teman. Dia maki keter tu tak berenti. Teman kata keter tu tak salah apa2. Lepaih tu dia merungut yang pletnya patah. Teman kata nak repair keter dia tak sampai RM50. Tapi nak repair keter teman lebih RM500. Dia pucat. Dalam hati teman terfikir sape langgar belakang tetap dikira salah walaupun pada hakikatnya yang kena langgar tu yang salah. Karang tak pasai2 teman kena bayor pada polis RM300 pulak. Teman cadangkan masing2 repair keter sendiri. Dia setuju. Selesai . Mana pulak teman nak kerobek duit ni … Tapi alhamdulillah keter jer yang cedera.

Sebentar tadi teman dimaklumkan yang bapa sedara bini teman baru jer meninggal dunia di KL. Kali terakhir teman ziarah dia dua minggu lepaih. Teman pernah menceritakan keuzurannya. Ketika dia sakit, anak yang menjaganya yang meninggal dunia. Insya Allah arwah akan dikebumikan sebelum tengah hari esok. Teman sekeluarga akan ke KL selepas subuh.

Malam esok ada ceramah PR di pekan Bota Kanan. Teman harap teman sempat hadir memeriahkan suasana. Teman dipahamkan ada satu banner telah hilang selepas sehari digantung di Seri Iskandar. Entah sape ler punya kojer. Nasib baik banner dalam blog teman tak hilang kena curi. Curi dan ambikler banyak manapun banner dalam blog teman ini, insya Allah banner tu tetap tak hilang. Macam banner di ataih tu. Dikatakan Cina Islampun akan datang bagi ceramah. Deme akan menceritakan peristiwa benar dalam Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. Moh ler kita datang dengor.

Udah lima hari teman tak tengak Dango CERIA. Kalo bini halau teman, teman tidor ler di dango tu. Api belum masuk lagi. TNB belum pacak tiang. Tapi kalo ada sesape yang berhajat nak cuba bermalam dulu, silaler ..



5 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Alhamdulillah, kereta saja yang cedera. Orang di dalam selamat dan sehat wal-'afiyat.

    ReplyDelete
  2. he he ate boleh ke keme numpang tidor dalam danga mike tu

    ReplyDelete
  3. salam mamamat,
    Terliur bila wak nengok dango miker dah 90% siap, hiss..sedap kalau dapat bergebang kat anjung diluar yg tak ada dinding tu kena pulak teh o atau teh pokok sutera, mantapp..

    Tempat dango miker yg sangat sejiwa dgn kehidupan teman masa lampau..nostalgia sangat2!

    ReplyDelete