Sunday, May 24, 2009

Keputusan Mahkamah Tinggi lebih afdal dan jitu

Walaupun teman ngaji takat sekolah atap, teman masih berpeluang untuk tahu dan paham sikit-sikit tentang undang-undang di Malaysia. Itupun dari kengkawan yang ada ilmu undang-undang. Ada yang udah jadi loyar. Ada yang udah jadi majisteret. Cuma deme takler sampai udah naik pangkat jadi hakim di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan. Bagi teman, undang-undang yang berkualiti ialah undang-undang yang mudah difahami oleh rakyat. Keputusan berdasarkan apa yang telah disuratkan. Keputusan Hakim Mahkamah TInggi betul kerana menyatakan alasan berpandukan apa yang telah ditulis dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Sebaliknya Hakim Mahkamah Rayuan menafsir undang-undang secara tersirat. Jikalau undang-undangpun boleh ditafsir sirat, lebih baik buangkan sahaja undang-undang surat ke Sungai Perak.

Menurut kengkawan loyar dan majisteret, hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan majoritinya adalah hakim junior yang disediakan untuk membantu UMNO dalam kes-kes kecemasan. Mereka akan membuat keputusan yang menyebelahi UMNO. Mereka akan lakukan dengan apa cara sekalipun. Oleh itu tidak hairanlah apabila MB Nizar yang telah disahkan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Tinggi kemudian dengan mudah dibatalkan tanpa sebab yang jelas di Mahkamah Rayuan. Bahkan alasan yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan telah menimbulkan persepsi negatif kepada sistem Raja Perlembagaan di Malaysia. Kuasa mutlak raja telah dikembalikan. Amalan demokrasi rakyat yang memilih pemimpin melalui pilihanraya telah dicabuli oleh Mahkamah Rayuan. Maknanya kehendak rakyat dalam pilihanraya bukan lagi ukuran dan panduan untuk membentuk kerajaan. Keputusan raja adalah muktamad.

Menurut kengkawan loyar dan majisteret, keputusan Mahkamah Tinggi lebih afdal dan jitu. Ramai hakim senior bertugas di Mahkamah Tinggi. Mereka tidak dinaikkan pangkat kerana terlalu jujur dalam kehakimannya. Rata-rata mereka bersara sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Berdasarkan makluman ini, dapatlah difahami kenapa loyar dan majisteret lebih menghormati keputusan Mahkamah Tinggi berbanding keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Dengan kata lain, hakim yang dilantik di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan adalah hakim yang pandai membodek.

Tindakan MB NIzar meneruskan lagi rayuannya di Mahkamah Persekutuan adalah untuk mendedahkan lagi kepincangan sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini. Inilah masanya untuk mengeluarkan semua jenis penyakit yang ada dalam tubuh badan kehakiman Malaysia. Jikalau UMNO bimbang penyakit belaannya diketahui rakyat, lebih baik bubarkan segera DUN Perak. Sebagai rakyat marhaen, saya percaya pimpinan PR lebih suka DUN lambat dibubarkan. Ruang masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menambahkan sokongan rakyat kepada PR. Kerana itulah MB Nizar perlu memanjangkan sebutan kesnya sehingga ke tiupan wisel terakhir walaupun harapan untuk menang begitu tipis.

Salahkah saya mempunyai pandangan sebegini?



3 comments:

  1. Tak salah Mamamat....
    hanya yg mengong jer yg kata salah!

    Masa mahkamah rayuan istiharkan Zambry menang, pandai pulak suruh rakyat terima keputusan ini dengan hati terbuka. Tapi masa mahkamah tinggi kata Nizar yg menang, awat diorang tak leh terima keputusan itu?

    ReplyDelete
  2. betul la tu. Hakim Abdul Aziz dari Mahkamah Tinggi boleh keluarkan penghakiman bertulisnya setebal 78 halaman untuk dirujuk pakai. itu cara dia sorang saja hakim.

    Hakim2 Mahkamah Rayuan, cakap saja. 5 minit saja pulak tu! apa dokumen penghakiman pun tak dak. 5 orang pun tak boleh buat? ka takut dikutuk bila dah jadi bahan bukti precedent case?

    kalau takat 'jenis cakap saja', anak2 kucing aku pun pandai bercakap. menulis mmg depa tak tau!

    ReplyDelete