Friday, May 29, 2009

5 Ulasan

Ulasan 1

Perak terus gelita. Pentadbiran negeri lintang pukang. Majlis angkat sumpah ahli majlis telah diadakan secara tergesa-gesa di setiap daerah. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik sebagai ahli majlis. Tetapi UMNO tetap UMNO. UMNO dikecualikan daripada mematuhi peraturan. Mahkamah akan membela UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Perkhabaran yang sampai ke cuping telinga saya memaklumkan bahawa seorang guru siswazah telah dilantik sebagai ahli majlis. Mungkin pihak PBT di Seri Iskandar atau PBT Pasir Salak boleh menafikannya.

Ulasan 2

Apakah nasib yang akan menyebelahi ketua-ketua kampung di Perak? Pada 27 Mei 2009, seramai 817 ketua kampung telah memfailkan saman ke atas MB DPulau di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mereka memohon kepada mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan MB DPulau menamatkan perkhidmatan mereka adalah tidak sah. Tetapi sehingga ke hari ini mahkamah masih belum menetapkan tarikh sebutan kes tersebut. Ternyata slogan Satu Malaysia rakyat didahulukan hanyalah indah khabar dari rupa. Pedulikan anak-anak buah ketua kampung yang mewakili 54% rakyat Perak. Yang mesti didahulukan ialah anak buah UMNO walaupun UMNO hanyalah minoriti di Perak. Lebih tepat dikatakan bahawa UMNO adalah perompak moden. Jikalau perompak terdesak, pelbagai senjata akan digunakan termasuklah C4.

Ulasan 3

Sudah lebih seminggu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak. Mahkamah Rayuan begitu cepat mendengar rayuan UMNO. Keputusannya juga begitu cepat sehingga berjaya memecahkan rekod penghakiman mahkamah-mahkamah di dunia. Tetapi sayang tiada alasan kehakiman dikeluarkan hingga ke hari ini. Pelik sungguh perihal mahkamah ini. Perihal UMNO sepantas kilat. Perihal PR lebih lembab daripada kekura. Satu Malaysia pencapaian diutamakan. Pirahh .. mahkamahpun hilang kredibiliti angkara Satu Malaysia.

Ulasan 4

Dango CERIA akan didirikan. Tapak dango telah dibersih dan dirata. Dango kayu yang berukuran 20’x30’ dengan satu bilik air akan menjadi tempat persinggahan pengasasnya, Dr. Abdul Wahab Arbain serta kru-kru CERIAnya. Di keliling dango ini sedang dan akan ditanam dengan pohon-pohon sutera berselang seli dengan anak pohon putat. Beberapa pohon sutera telah ditanam di sini. Semoga pohon ini hidup subur. Sebaik sahaja dango ini siap dibina, landskapnya akan diwarnai oleh pepohonan anggur. CERIA akan merealisasikan kehebatan produk sutera sebaik sahaja PR kembali menerajui Perak. Sutera berpotensi untuk dikomersialkan sebagai pertanian bentuk baru di Perak. Sutera berkhasiat mencegah penyakit gout. Kapsul sutera mungkin boleh dihasilkan suatu hari nanti. Satu rumah satu sutera. Jikalau setiap hari kita mengamalkan memakan mentah sehelai daun muda sutera, insya Allah kita bebas daripada penyakit gout

Ulasan 5

Blog saya tidak akan dikemaskini selama lima hari. Esok saya akan berada di satu lokasi di Daerah Hulu Terengganu. Saya tidak membawa laptop ke sana. Saya juga tidak membawa alat memancing. Saya hanya membawa diri …



6 comments:

  1. Bila nak buat pelancaran dango? atau upacara letak batu asas dango? jangan lupa ajak teman sekali.. teringin nak joint juga..

    Baikknya kita mulai dgn doa selamat mohon minta rahmah dari Allah

    ReplyDelete
  2. Saya syor tepi tali air tu tanam buluh madu.. lebih harmoni dan ada nilai komersial.. bagai aur dgn tebing.

    ReplyDelete
  3. Salam Mamamat,
    SELAMAT BERCUTI.
    Semasa bercuti 5 hari tu, carilah ilham dan idea2 baru moga akan lebih mantap dan bertenaga lagi. Saya tetap setia dan bersama.
    Jemput juga bersama di Dango CERIA tu nanti..

    ReplyDelete
  4. Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

    Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
    Semua jawatan penting cina pegang.

    Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
    7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

    Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

    Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

    Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

    ReplyDelete
  5. apa dia bala DAP tu? Yang aku tau bala UMNO banyak la.Sebanyak 44 ribu hektar tanah hutan dan tanah org melayu telah digadaikan kepada taukeh taukeh cina di Perak oleh UMNO

    ReplyDelete
  6. totok betoi bah lontok ni!! cuba ko selidik, hutan kat area sg siput tu, sapa yang menebang kayu kayannye..kalo bukan tokeh balak cina kroni mca-umno. dari zaman merdeka sampai la ni, dari zaman melayu siam bernama abd rahman sampai melayu keling, banyak tanah melayu kena lego kpd cina, genting highland, bukit tinggi hatta sampai ke pangkor laut, abih dilelong dek si bangsat umno ni. Nama saja pemimpin melayu, mentaliti ngan perangai ngalahkan yahudi.

    ReplyDelete