Monday, December 9, 2013

UMNO tidak layak mengetuai Rekonsiliasi .. Muzakarah .. Perpaduan

PKR kata rekonsiliasi nasional. PAS kata muzakarah ummah. UMNO pula kata perpaduan Melayu.

Lantak komele nak kate ape2pun. Teman amat setuju kome duduk beghunding dan mencapa kate sepakat. Tapi setuju yang ade syaghat. 

Suatu waktu dulu ketika ameno dalam kedudukan lemah (tapi tak selemah haghi ini) iaitu pade zaman PAS dipimpin oleh Dato' Asri, ameno menghulokan salam perpaduan. Elok sangat Melayu besatu. Tak baik bekela sesame bangse. Kalo bekela Melayu dan Islam yang ghugi. Oghang Cina tepuk tangan. Make bebeghape oghang pemimpin PAS meghasele jadi menteghi. Jadi menteghi pada  zaman bapak PM haghi ini. Ghope2nye penyatuan Melayu yang dipimpin oleh ameno ini bukan saje bejaye melemahkan politik Cina tetapi juge bejaye melemahkan PAS. Apabile politik Cina dapat dikawal oleh ameno, PAS umpame melukut di tepi gantang. Ameno kembali jadi ameno dan PAS kembali jadi musuh ameno ...

Haghi ini ameno mengulang ceghite lame. Sejak PRU12, ameno mahu besatu dengan PAS atas nama Melayu. Sanggup bekongsi kuase tapi PAS tak kebulo walopun bebeghape oghang pemimpin kanan PAS udah macam setuju.

Sebaik abih PRU13 iaitu setelah lebih sepaghuh pengundi tidak lagi mengundi baghisan ameno, ameno sekali lagi mengajak Melayu PAS dan Melayu PKR besatu atas name Perpaduan Nasional. Usaha ini belum menampakkan hasil sedangkan PRU14 tingga 4 tahun lagi. Mase semakin suntuk. Perpaduan Melayu ala ameno masih jauh panggang daghi api. Ameno seolah2 ilang aka apabile semua yang dibuat seghebe seghebi tak sempeghone. Melalui usul yang dibawa dalam PAU, adalah dihaghap ameno menjadi lebih alim dengan menggunakan salam 1 Melayu ...

Bedasokan kisah2 politik lame iaitu politik panjang aka ameno, memang betui tindakan PAS untuk tidak menyahut panggilan perpaduan oleh ameno. Kalo sahut, PAS akan kene lagi macam PAS zaman Dato' Asri. 

Tapi ameno dan PR boleh beghunding. Beghundingle kome. Teman cadangkan bukan ameno yang mengepalai ghundingan atas nama Melayu dan Islam ini. Biole ghundingan itu diketuai oleh PAS ato PKR dengan melibatkan semua parti2 yang bertanding dalam PRU13. Jangan pinggirkan Cina dan India. Demepun ghakyat Malaysia. Islam itu adil kan?

Ape macam ameno?

No comments:

Post a Comment