Antara Malaysia, Singapura & Korea Selatan
Bismillahirahmanirahim.
Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya
bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli
mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara
di dunia ini.
Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa
mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik
kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan
peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.
Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca
kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat.
Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan
utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab
mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini
"Menteri kalau tak suka".
Saya ingin bertanya kpd anda, jika
mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas
dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan
berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris.
Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk
membela nasib rakyat.
Jadi di sini mari kita buat perbandingan
di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas
berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau.
Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg
diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan
pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.
Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil
tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew
bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan
rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi
sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran
bebas.
Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg
bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya
dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta
ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn
harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.
Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini
tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya
kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar
pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak
seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.
Kerana
negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur
apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi
menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai
sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia
terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan
wang mereka.
Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu
mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit,
kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita
tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?
Kepimpinan
negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk
meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya
dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa
mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai
cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???
Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan
dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk
membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan
bertindak seorang diri.
Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan
Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi).
Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99%
rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan
menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.
Sebab itu
Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua.
Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura.
Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok
kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.
Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews
(bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran
mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah
negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi
negaranya sama dgn kita.
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...
Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia
adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung
kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh
lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn
penguasaan teknologinya tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12
Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi
Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak
mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi
negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.
Ketika ini
pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg
mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7
tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?
Lihat di kala
kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah
mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak
pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg
kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk
memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan
swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg
ada sekarang?
Dari sebuah negara antara yg paling miskin,
mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah
mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi
sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati
tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat
Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi
kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor
satu....heeee.
Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal
sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia)
menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan
berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di
negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya
termasuk saya.
Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta
Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan
sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi
bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar
RM 15 k.
Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana
tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau
beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua
benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika
berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan
produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG.
Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling
digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea
kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan
hasilnya kini.
Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia
berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak
buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi
rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena
tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat
sampai bile kita nak macamni.
Bagi saya parti politik hanyalah
satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata
kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah
efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang
yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah
guna pembangkang dlm setiap negara.
Contoh, byk ketirisan yg
berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu
dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya.
Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu
sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.
Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada
hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam
kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama
semakin jauh tertinggal.
Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi
rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan
kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar
60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat
rasa diperbodohkan.
Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin
kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa
mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi.
Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.
Patut
letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit.
Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri
Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di
tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian
terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.
KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...
Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea?
Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk
parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun
kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg
lesapkan.
Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit
tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh
meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak
jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega,
tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta.
Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan
sukan yg tinggi utk rakyat mereka.
Selain itu masalah terbesar
negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea
Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun
dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi
jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.
UK, US dan
Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap
penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh
kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat
akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya
dan sekolah terpaksa ditutup.
Buat sahabatku sekalian.
Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa.
Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit
utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu
disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.
Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat.
Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana
negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa
menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis
satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.
Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda
tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita
anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka
ubah reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu
kedudukan kita & Peace For All
Sumber FB
bravo mamamat
ReplyDelete