Tuesday, December 10, 2013

PRK DUN Lubuk Merbau di Perak?

Siang tadi 10/12/13, mahkamah telah membuat keputusan dengan mengekakan kemenangan UMNO di DUN Manong, DUN Rungkup, DUN Pasir Panjang dan DUN Selama. Tetapi mahkamah menangguhkan keputusan petisyen untuk DUN Lubuk Merbau. Begitu juga penangguhan rayuan untuk Parlimen Tapah dan Parlimen Bagan Datuh. Keputusan mungkin akan disebut pada 23/12/13.

Penangguhan ini menarik perhatian kerana mungkin akan ada keputusan sebaliknya ataupun mungkin akan ada PRK di DUN tersebut. Dalam PRU13 bagi DUN Lubuk Merbau, calon UMNO Datuk Siti Salmah Mat Jusak memperolehi 6261 undi iaitu 53 undi mengatasi calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Sekiranya DUN ini dimenangi oleh PAS melalui mahkamah atau PRK, kerajaan UMNO Perak masih kekal tetapi dengan majoriti satu kerusi. Majoriti bahaya!

Apakah semudah itu UMNO mahu menyerahkan Lubuk Merbau kepada PAS?




No comments:

Post a Comment