Wednesday, October 17, 2012

Mokhtar Petah menulis ... Kalau Istana Iskandariah ini runtuh, akan ada alamat tidak baik ...

Saya telah melawat ke istana ini (Istana Iskandariah, Kuala Kangsar). Saya sedih, kerana tidak dijaga dengan rapi. Seorang penjaga memberitahu saya, oleh kerana kontrektor baik pulih istana ini tidak menggunakan kayu - kayu jenis baik, dalam istana ini telah dinaiki anai - anai.

Khazanah - khazanah di dalamnya telah diangkut keluar. Ada yang dibawa ke Ipoh dan Kuala Lumpur, tetapi tidak tahu di mana tempatnya.
Saya hairan, mengapa Kerajaan Negeri Perak tidak menaruh perhatian yang serius kepada istana bersejarah ini.

Istana ini ada beberapa faktor yang baik untuk orang Melayu dan orang Islam:
1 - Pada zaman Sultan Iskandar, diadakan majlis baca Quran dan membaca Yasin.
2 - Jin kerajaan (Jin Islam yang menjaga Sultan Perak, Sultan Iskandar dan Sultan Idris Shah mempunyai angkatan beribadat dalam istana ini. Kemudian setelah istana Iskandariah dibina, mereka pindah ke sana.  Menurut Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Khalid, tidak sebarang orang boleh tinggal di sana. Kalau salah orang, jin - jin itu mengganggu.
3 - Istana ini ada unsur sejarah dan budaya Melayu lama.
4 - Bumbungnya ada lima, sebagai menandakan rukun Islam lima perkara.
5 - Kata Allahyarham Haji Mat Saman Kati (guru agama Islam kepada Sultan Idris Shah:
Kalau istana ini tak dijaga dengan baik, kalau ia runtuh, akan ada alamat tidak baik kepada kerajaan Negeri Perak.

7 comments:

  1. ate gamoknye dalam pru 13 nanti ghuntuh le tu...petanda peghok dapat kat pr balik. kita betoikan le balik nanti istana tu...pakei kayu tempineh banyok kat hutan bubu ni.

    ReplyDelete
  2. Bior le rontoh...lepaih tu kite ganti dengan dango je. Moroh blanje.

    ReplyDelete
  3. dango mana mike nok ambit...mengkalu dango mamamat ni usoh le...tak pasei jadi mezium belog ni...kita pake kayu gheghotok jaman jepun dulu muatnye yekkkk... baghu tak makan dik nanei...

    ReplyDelete
  4. Kayu gheghotak jepun tu ade penunggunye yop. Kaghang tak pasa2 bekela antu jepun dengan jin keghajaan

    ReplyDelete
  5. ape susahnye pake batu bate..atau konkrit...lagi tahan x runtoh..itupun mengkalu kontraktor x nipu ler...

    ReplyDelete
  6. tuan saya bersahabat dengan raja jin penjaga istana iskandariah

    ReplyDelete