Thursday, October 25, 2012

Peghojek Late Kinjang : Bah Tony lawan Ngeh Ko Ham


Oleh : Mat Saman Kati

Satu-satunya daya tarikan yang terdapat di Chenderiang ialah Lata Kinjang. Masa aku masih bersekolah dulu, setiap hujung minggu, sama ada kami lepak kat sini ataupun di Lata Iskandar. Yang ni kena cerita lain kali la…sebab apa yang menarik sekarang ialah perebutan kerusi DUN Chenderiang antara PKR dan DAP yang sampai sekarang belum selesai.

Apa yang ada kat Chenderiang? Bukan ada pekan besar…tak ada industri…tak ada tarikan pelancung..China Doll pun tak ada….apa pun tak ada.

Sejak PRU tahun 1999 dulu, kerusi DUN Chenderiang sapa pun tak mau. PAS tak mau, DAP tak mau. PKR ambik kerusi tu pasai sapa pun tak mau. Dan kerusi DUN Chenderiang tu hanyalah untuk menyedapkan hati pemimpin PKR yang gila nak jadi calon.

Tahun 1999, Mahinder Singh kalah. Tahun 2004, S. Francis nasib baik tak hilang deposit. Tahun 2008, Arjunan pulak kalah. Malah satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA ialah Chenderiang. Parlimen Tapah dan DUN Chenderiang merupakan fixed deposit BN. Letak batu pun BN boleh menang.

Tapi..mengapakah pada kali ini DAP begitu bersungguh-sungguh mahukan kerusi DUN Chenderiang? DAP dah dapat 18 kerusi dan semuanya dimenangi pada tahun 2008. Kalau dapat lagi satu pun, tidak memberikan banyak makna. Sebaliknya, imej Pakatan akan dilihat terjejas kerana DAP akan dilihat sebagai parti yang benar-benar berkuasa, manakala PAS dan PKR hanya menjadi kuda tunggangan. Apakah yang istimewanya DUN Chenderiang hinggakan Ngeh sanggup bermasam muka dengan semua orang?

Tapah terletak dalam Daerah Batang Padang di Perak. DUN Chenderiang adalah salah satu DUN dalam Parlimen Tapah. Satu lagi ialah Air Kuning yang ditandingi Umno. DUN Chenderiang merupakan satu-satunya DUN di Malaysia dimana pengundinya paling majmuk. (homogenous). Bukan saja bangsa-bangsa utama semuanya terdapat sama banyak, malah Di Tapah ini juga terdapat pelbagai suku-suku kaum.

Dikalangan orang Melayu saja ada pelbagai suku kaum. Jawa, Banjar, Rawa, Rambah, Temusai, Perak, Mendailing. Dilangan orang Cina juga terdapat Teowchew, Hakka, Khek, Cantonese. Dikalangan orang India juga ada yang Malabari, Malayalee, Tamil. Terdapat juga seramai 670 pengundi pos yang tediri dari tentera di Jalan Pahang.

Parlimen Tapah ditandingi oleh MIC manakala DUN Chenderiang kerusi MCA. Dalam PRU 2008, pengundi India dan Cina ramai yang lari ke PR dan pengundi Orang Asal menjadi penyelamat kepada BN. Boleh dikatakan, Dr. Mah Hang Soon dari MCA menang kerusi DUN Chenderiang kerana undi Orang Asal. Nasib Dr. Mah juga baik kerana calon PKR tidak dikenali.

Pengundi Tapah juga sukar difahami. Mereka lebih suka mengundi mengikut calon…bukan mengikut parti. Dalam PRU 2008, undi yang diperolehi oleh Calon DUN..tak sama dengan calon Parlimen.
Arjunan dari PKR hanya mendapat 35% undi untuk DUN Chenderiang ..tetapi Tan Seng Toh juga dari PKR yang bertanding kerusi Parlimen mendapat 42%.

Kedua-dua parti, DAP dan PKR menganalisa perkara ini dan peluang untuk menang itu masih ada sekiranya mereka dapat mengatur strategi yang lebih baik.

Kedua-dua parti sedar bahawa kunci kepada kemenangan di DUN Chenderiang ialah undi Orang Asal. Kalau parti tersebut dapat menarik 35% undi orang Asal, maka kemenangan sudah boleh dicapai. Oleh sebab itu, masing-masing berebut untuk mencari seorang yag boleh diterima oleh Orang Asal dan kedua-duanya melihat Bah Tony sebagai orang yang paling layak untuk dicalonkan sebagai Calon PR.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, Bah Tony adalah aktivis masyarakat..bukan ahli politik. Dia boleh bergaul dengan siapa saja tanpa sekatan fahaman parti. Dia boleh masuk kemana saja pelusuk hutan disekitar Chenderiang tanpa halangan sebab dia Orang Asal. Dia juga seorang Muslim dan dia boleh masuk kemana saja kampung Melayu. Dia juga seorang peguam yang dikenali oleh ramai orang.

Malah PKR bersedia untuk memberikan laluan kepada Bah Tony untuk bertanding atas tiket PKR walaupun dia ahli DAP. PAS pula bersedia untuk membantu Tony bila-bila masa. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa Tony adalah diantara hanya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang rentas parti.

Setakat ini..hanya beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang melepasi standard aku sebagai pemimpin rentas parti. Nizar, Raja Ahmad Iskandar , Chang Lih Kang,  Bah Tony. Muhaimin kena improve lagi walaupun dia ada memiliki ciri-ciri itu.

Berbalik kepada DAP.

Sebelum 2008, DAP hanya mahu jadi pembangkang. Pemimpin DAP tak pernah mimpi untuk membentuk kerajaan. Tapi dalam PRU 2008, peluang tiba-tiba datang dari langit dan DAP tiba-tiba jadi parti yang memerintah.

Bila memerintah, masa timbul lah macam-macam perangai. Pantang ada peluang, semuanya depa nak sapu..sampai kontrak buat kot untuk ADUN pun depa sapu.

Ngeh dan Nga menjadi taiko DAP Perak. Dan diantara dua bersaudara ini..masing-masing mempunyai peranan tertentu untuk menguasai politik Perak.

Ngeh dilantik menjadi EXCO kanan yang bertanggungjawab tentang kewangan dan tanah. Nga pula menjadi EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sorang kontrol kawasan bandar, sorang lagi kontrol hutan.

Dalam siri Skandal Nga Kor Ming, aku ada bubuh gambar Nga Kor Ming dan Lee Chee Seng. Tapi yang ditengah aku bubuh “tak dikenali”. Sebabnya, ada cerita yang lebih menarik disebalik gambar itu dan kali ini aku bagi tau sedikit saja.

Semasa PR memerintah, Nga Kor Ming adalah EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lee Chee Seng adalah pemaju hartanah. Taman Kaya di Ipoh yang sentiasa menjadi kontroversi adalah salah satu projek perumahan yang dibuat oleh Lee Chee Seng. Yang ditengah itu ialah Datuk Au How Cheong, ADUN Gerakan yang kalah dalam PRU 2008 dan pernah menjadi EXCO sebelum BN tewas tahun 2008.

Gambar ini diambil semasa perasimian Restoran Michelin Star yang dimiliki oleh Nga Kor Ming dan Lee Chee Seng pada tahun 2009. Bangunan restoran tersebut dimiliki oleh seorang Pengerusi MCA cawangan di Lumut.

Sikit punya cantik ka hubungan depa?  MCA, Gerakan dan DAP sama-sama berkongsi dalam satu bisnis!! Melayu PKR dan PAS tak habis-habis bercakar pasai kerusi.

Ada banyak lagi cerita tentang Nga Kor Ming..tapi yang tu simpan dulu sebab ini siri Ngeh Koo Ham.

II

Cuba tengok gambar Google Earth ini dan sapa yang pakai akai akan nampak mengapa kerusi DUN Chenderiang menjadi rebutan DAP…terutamanya Ngeh Koo Ham.

Bila Bah Tony keluar DAP..dia keluar secara diam-diam. Lagi pun dia bukan ada masalah dengan DAP. Dia hantar surat perletakan jawatan dan keluar parti terus kepada Setiausaha Agung DAP..Lim Guan Eng. Lepas tu dia pi jumpa Lim Kit Siang.

Yang dia tak jumpa ialah Ngeh Koo Ham. Pasai apa nak jumpa Ngeh?

Bila mediaperak mula-mula menyiarkan Bah Tony keluar parti pada 17 Oktober… Ngeh pun tak bising. Walaupun DAP rasa rugi sebab Bah Tony keluar parti, tapi Ngeh tak rasa apa-apa. Dia rela Tony keluar parti sebab dia tak boleh nak kontrol Tony. Tony tidak mahu dijadikan  kuda tunggangan Ngeh.

Tapi bila aku tulis tentang Ngeh keesokan harinya pada 18 Oktober,, disini… Ngeh mula gelabah dan gabra. Dia tau, kalau aku bongkarkan cerita tentang apa yang dia cakap kepada orang-orang Asli di Tapah…dia lagi malu. Ngeh tak tau bahawa aku dilahirkan di Tapah. Kampung aku sebelah kampung Bah Tony. Rangkaian aktivis Orang asli di Tapah ramai yang kawan sekolah aku.

Memang Tony tak bercerita kat sapa-sapa…malah aku sendiri pun dapat tau Tony keluar DAP dari member-member Orang asli di Tapah.

Ngeh cuba melakukan damage control. Dia minta kepada sorang kawannya untuk berjumpa dengan aku dan mahu tau pasal apa aku tulis tentang skandal dia. Kawan dia pun jumpa aku dan aku bagi tau pasal apa.

Keesokan harinya, Ngeh juga meminta kawannya ini untuk mengatur pertemuan dengan Bah Tony dan mereka pun berjumpa pada 19 Oktober sambl makan tengahari. Apa yang depa cakap aku tak tau la…tapi sebaik saja berjumpa Tony..Ngeh terus men”tweet” dalam Twitternya.

Untuk menyelamatkan dirinya, Ngeh juga mengeluarkan kenyataan kepada The Star. Tujuannya adalah untuk memusnahkan kredibiliti mediaperak dan juga kredibiliti Tony. Supaya nanti, orang akan berkata..”jangan percaya kat Mediaperak”..atau pun..”jangan percaya cakap Tony.”

The Star menulis pada 19 Oktober,

Bullshit.. Tony tidak pernah berkata bahawa dia mahu keluar DAP kerana sebab-sebab peribadi. Dia keluar DAP kerana sebab prinsip. Aku akan bagi tau apa dia.

Ngeh cuba mencipta persepsi bahawa Tony keluar DAP kerana sebab peribadi. Lain kali..orang tak akan percaya kat Tony lagi dah. Kalau sebab peribadi pun nak keluar parti..macam mana kalau dia jadi Wakil Rakyat? Apakah Tony juga akan meletakkan jawatan kerana sikap peribadi? Ngeh cuba mencipta persepsi bahawa Tony tak boleh diharap.

The Star menulis lagi,
Bah Tony, who submitted his resignation letter to Ngeh almost two weeks ago, joined DAP in 2011.

Fuck la. Nak tipu pun biarlah ada berpada-pada sikit.

Ahli DAP yang nak letak jawatan atau keluar parti cuma perlu menghatntar surat perletakan jawatan terus kepada Setiausaha Agung parti. Tu pasal Ngeh tak tau. Tony tak hantar surat keluar DAP kepada Ngeh tapi kepada Guan Eng.

Dalam surat tu.Tony tak cakap pun sebab-sebab dia keluar parti. So..macam mana Ngeh boleh cakap Tony keluar parti atas sebab-sebab peribadi?

Dan dalam tweetnya, Ngeh cuba mencipta persepsi bahawa Tony sedang menimbangkan sama ada untuk terus keluar atau kekal dalam DAP.

Ngeh tipu lagi.

Tony tak cakap pun dia akan “seriously considering to stay in DAP”. Betul…Ngeh merayu dan melutut kepada Tony supaya kekal dalam DAP..tapi Tony sudah bertegas untuk keluar dari DAP. Itu sebabnya, Tony terpaksa membuat kenyataan kepada akhbar The Malay Mail keesokan harinya (20 Oktober) bahawa dia tidak akan kembali kedalam DAP.

So…sapa yang menipu?
ok..esok aku bagi tau apa yang cuba dilakukan oleh Ngeh di Chenderiang. aku bukan nak kata bahawa apa yang akan aku dedahkan menjadi sebab mengapa Tony keluar DAP. Tapi sapa-sapa pun dikalangan Orang Asli akan merasa terhina  sekiranya mengetahui perancangan Ngeh. Tony lebih rela keluar DAP daripada membiarkan Ngeh memperkudakan Orang Asli.
“I have been committed and will always be committed to my people. I have been doing that for the last 25 years,” he said.

Tony resigned because of his people..not because of his personal reasons.
Kalau Tony kekal dalam DAP..Tony juga akan dipulaukan atau dipinggirkan oleh orang-orangnya sendiri. Dan aku nak tegaskan disini..Tony dan Orang Asli bukan tak suka DAP.
Masalahnya ialah Ngeh dan Nga.


III

Kira-kira 75% daripada kawasan DUN Chenderiang dilitupi hutan. Hutan Simpan Bukit Tapah masih lagi kawasan hutan dara yang masih belum diteroka. Selain daripada Parlimen Tapah, satu lagi kawasan Parlimen yang masih penuh dengan hutan ialah Gerik.

Bila sebut hutan, ia tak boleh dipisahkan dengan Orang Asal. Hutan adalah dunia mereka dan kalau hutan di selongkar dan dimusnahkan, bermakna kita membunuh Orang Asal secara perlahan.

Terdapat 4,310 orang (20%) pengundi Orang Asal di DUN Chenderiang.Itu cuma separuh dari jumlah penduduk. Kalau dicampur semuanya, terapat kira-kira 10,000 penduduk Orang asal di Chenderiang sahaja. Anggap lah satu keluarga itu terdiri dari 6 orang. (Suami isteri dan 4 orang anak)….bermakna ada 1600 keluarga.

Dalam banyak kali perjumpaan dengan wakil-wakil dan aktivis Orang Asal, Ngeh selalu bercakap tentang bagaimana hendak meningkatkan taraf ekonomi Orang Asal. Ngeh selalu berjanji..kalau Pakatan Rakyat memerintah Perak, dia akan memastikan pendapatan minima seisi keluarga bagi Orang asal akan ditingkatkan kepada RM3,000 sebulan.

Ini sudah jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim di Selangor yang hanya mensasarkan pendapatan minima isi keluarga sekadar RM1,500 sebulan.

Idea ini bagus dan tidak ada sebab untuk menentang Ngeh. Orang Asal pun setuju dan menyokong idea Ngeh ini. Malah Tony pun ikut terpengaruh dengan idea Ngeh ini dan sebab itu dia masuk DAP.  Siapa saja yang sedia membantu Orang Asal, Tony akan sokong.
Semuanya berjalan baik dan DAP semakin mendapat pengaruh di Chenderiang. DAP semakin kuat manakala PKR macam biasa.

Kekuatan ini membuatkan Ngeh menuntut kerusi Chenderiang yang sebelum ini ditandingi oleh PKR…dan Ngeh menggunakan Tony sebagai umpan dalam perbincangan kerusi dengan PKR.
Tetapi keadaan berubah sejak kira-kira dua bulan lalu. Ini disahkan oleh Ngeh dalam kenyataannya dalam The Star.

Ngeh berbohong dalam kenyataan in dan aku akan tunjukkan apa yang sebenarnya berlaku. Memang benar Ngeh ada berbincang dengan Tony, tapi Tony sudah menyatakan ketidakpuasan hatinya bukan atas alasan peribadi.

Bagaimana hendak meningkatkan pendapatan isirumah Orang-Orang Asal kepada RM3,000 sebulan? Tanam petai? Bela rusa dalam hutan?

Sekiranya PR memerintah, DAP akan mewujudkan Ladang Rakyat untuk Orang-Orang Asal. Ladang Rakyat ini akan ditanam dengan kelapa sawit dan setiap keluarga akan mendapat 10 ekar. Kalau satu ekar boleh mendatangkan RM3,000 sebulan…bermakna setiap bulan, setiap keluarga akan mendapat RM3,000 ringgit.

Macam mana Orang Asal nak usahakan tanah seluar 10 ekar? Jangan risau…nanti dulu. Sebelum nak buat ladang sawit, hutan kena tebang dan dibersihkan dulu.

Yang ini lebih menarik!!

Ladang Rakyat itu tidak berapa menarik..tapi balak yang akan dikeluarkan sebelum Ladang itu dibuat adalah lebih lumayan!! Ngeh tak pernah cakap pasal balak dengan Orang Asal. Dia tak mau kongsi hasil balak dengan Orang Asal..sebaliknya hanya nak bagi ladang sawit.

Ngeh sudah yakin bahawa BN akan tumbang di Perak dan PR akan memerintah. Malah..orang BN sendiri pun rasa macam tu. Dan Ngeh sduah bersiap sedia untuk menguasai balak di DUN Chenderiang.

Ngeh berpakat dengan orang Gerakan dan Umno!!!

Sekitar bulan Jun lalu, Ngeh mula menggerakkan sebuah syarikat yang selama ini rugi. Ngeh dilantik menjadi pengarah syarikat tersebut.

Syarikat tersebut disusun semula dengan memasukkan beberapa orang Pengarah baru dan pemegang-pemegang saham baru. Dia juga menggunakan sebuah syarikat Bumiputera yang selama ini rugi..tiba-tiba diberikan 50% saham dalam syarikat baru ini. Siapa orang Melayu yang bersedia dijadikan kuda tunggangan Ngeh ini? Nanti dulu.

Syarikat ini diberi nama Upayapadu Sdn Bhd. Dalam bulan Ogos..kira-kira dua bulan lalu, syarikat Upayapadu telah melantik Nga Kor Ming sebagai salah seorang Pengarah. Seorang lagi adik beradik Ngeh.. Nga Ko Tong juga dilantik sebagai Pengarah.

Tak cukup dengan itu, dua orang lagi kroni Ngeh iaitu Dang Tai Hock yang merupakan pembekal poster-poster untuk calon DAP dalam PRU lepas juga dimasukkan.  Semuanya ini berlaku dalam bulan Ogos lalu…dan mereka memilih tarikh 8.8 sebagai tarikh dilantik sebagai Pengarah syarikat Upayapadu Sdn. Bhd.

Apakah bisnis yang di daftarkan oleh Syarikat Upayapadu?

Whoa!! Ngeh sudah ada syarikat balak!!

Kesemua Pengarah dalam syarikat Upayapadu adalah sanak saudara Ngeh dan Nga. Bolehkah Syarikat Upayapadu mendapat konsesi balak nanti? Selalunya…dalam perkara bisnis ini, syarikat yang dimiliki oleh Tauke Cina duduk belakang…dan mereka munggunakan syarikat Bumiputera untuk mendapatkan habuan.

Ngeh pun serupa macam tauke-tauke Cina yang lain. Dia hanya menjadi Pengarah syarikat…manakala pemegang sahamnya orang lain.

Siapakah pemegang-pemegang saham dalam syarikat Upayapadu?

Wow!! It’s getting interesting!!

Aku tak kenal sapa dia pemilik saham terkecil itu.Chua Yaw Huei. Tapi seorang tauke yang tinggal di Sunway Sutera Condo.

Melayu yang bernama Mohd. Khairi bin Aseh tu agak ganjil sikit. Kalau Google..yang keluar ialah Pengarah Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd. Bila disemak nombor Kad Pengenalan dalam daftar pemilih SPR..dia mengundi di Presint 10, Taman Metropolitan, Putrajaya.

Pengarah Perbadanan Putrajaya ialah Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap tahanan ISA. Seorang anak Tan Sri Aseh ialah Mohd. Khairun b Aseh, seorang EXCO Pemuda Umno!!

Adakah Mohd. Khairi ini adik beradik kepada Mohd. Khairun Aseh? he.he.he..
Pemegang saham kedua terbesar dalam Syarikat Upayapadu ini ialah Datin Sri Loo Chooi Ting. Datin Sri Loo pula merupakan Pengarah Eksekutif Innovest…sebuah syarikat pembalakan terbesar dinegara ini. Innnovest juga mendapat konsesi balak yang cukup luas di Afrika.

Come on la. Macam mana orang macam Datin Sri Loo boleh melabur dalam syarikat dimana Pengarahnya ialah Ngeh dan Nga? Tak kan Innovest nak buat bisnis kecil-kecil?

Cuba congak sikit.
Kalau setiap keluarga orang asli di Chenderiang akan diberikan 10 ekar tanah…berapakah keluasan yang diperlukan untuk diberikan kepada 1600 keluarga Orang Asli di Chenderiang?
10 x 1600 = 16,000 ekar.
Berapa nilai balak bagi satu ekar? Fuiyo!!
Nanti dulu….tak habis lagi.

Siapakah pemilik syarikat  Seri Pertiwi Sdn Bhd yang memegang 50% saham dalam Upayapadu?
Jeng…jeng..jeng. Orang Asli yang duduk dalam hutan pun tau apa yang Ngeh nak buat…tak kan Kit Siang dan Guan Eng tak tau?

**Maklumat lanjut dan bukti begambo boleh ditengok dan dipikiokan di http://mediaperak.net/

No comments:

Post a Comment

Post a Comment