Tahniah teman kepada calon PKR di PRK Batu Sapi, Pak Ansari. Pak Ansari telah berjaya mendedahkan kedaifan kerajaan BN Sabah. Dua kali BN Sabah dimalukan oleh Pak Ansari. Tidak payah buka dokumen, tidak payah repot polis. Hanya meniti di titi reput dan ambil risiko basah kuyup. Biarkan BN gelak, biar mereka kata apa-apapun. Janji rakyat dapat melihat dengan mata sendiri betapa rakyat Sabah yang selama ini begitu setia dengan BN telah diabaikan oleh Kerajaan 1 Malaysia. 1Malaysia tahu yang rakyat miskin ini bukan minta tanah, mereka hanya minta titi ...
Adalah dijangka bahawa dua peristiwa ini akan merupakan satu petanda yang memungkinkan Pak Ansari memenangi PRK Batu Sapi. Selepas hari penamaan calon, calon PKR dilabel sebagai kacau daun kepada BN dan SAPP. Tetapi dengan peristiwa dua kali titi patah, rakyat tanpa mengira status dan kedudukan mula mempertimbangkan semula calon mana yang harus diundi.
Calon mana yang hampir dengan rakyat? Calon BN? Jangan harap. Jikalau mendiang suaminya semasa menjadi wakil rakyatpun tidak menyedari ada titi reput di kawasannya, apakah datinnya akan memperjuangkan nasib rakyat?
Yong Teik Lee? Lagi tak boleh pakai. Pernah jadi KM Sabah. Ketika berkuasa dia tidak ambil pedulipun pasal rakyat miskin yang minta titi baru. Takkan dalam keadaan tidak berkuasa dia mampu mengadakannya.
Sama ada Pak Ansari menang atau kalah, selepas ini titi yang patah akan diganti dengan yang baru. Kerajaan Musa Aman tidak mungkin sanggup dimalukan lagi. Jikalau titi tidak diganti sebelum PRU13, rakyat akan menjauhi BN. Tetapi di hati kecil rakyat kita boleh mendengar kata-kata mereka, terima kasih Pak Ansari.
Kepada semua pengundi di PRK Batu Sapi, selamat mengundi.
Yong setuju. DEmer (BN dan SAPP)tak pernah datang, sebab tu tak tahu masalah kampung air. Sudah tentu demer tak sanggup jatuh ke laut.
ReplyDelete