Sangat malang di dalam kawasan Parit ini masih ada jiwa-jiwa yang mudah menerima berita buruk dari menerima berita baik.Berita yang buruk itu sangat mudah pula disampaikan dari berita yang baik-baik.Jika anda diberikan pilihan,jiwa yang bagaimana boleh dijadikan panduan?Adakah jiwa yang suka menerima berita buruk ataupun jiwa yang selidik berita buruk.
Di Kawasan Parit ini tidak susah hendak mencarinya,ianya mungkin jiran anda,adik berdik anda ataupun ibu dan ayah anda.Nasib orang yang mahu menegakkan Islam tetap sama dari dulu hingga kini,mereka dilabel sebagai melampau,ekstrimis,jumud,lapok dan berbagai-bagai istilah lagi.
Kita sebenarnya tidak diberi pilihan jalan pintas untuk ke syurga,tetapi sangat banyak pula pilihan untuk ke neraka. dari 73 jalan hanya 1 jalan yang benar.Kita amat-amat berharap agar setiap gerak kerja kita di terima Allah dan sudah tentulah dari hati yang tulus ikhlas.Ikhlas sahaja tidak memadai jika tidak diamalkan dan ikhlas,amal tetap tidak menjadi jika tidak beilmu.Pendek kata ILMU,AMAL dan IKHLAS adalah sama pentingnya.
Jika kita melihat rakan kita dalam kesusahan adakah kita mahu menambahkan lagi kesusahannya?Sudah pastilah kita akan cuba membawanya keluar dari kesusahan.Dan paling penting kita juga mahu rakan kita itu mengikut kita menuju jalan di redhai Allah dan seterusnya mencapai kesudahan syurga idaman semua manusia.Ingatlah,walaupun kita yang berjuang ini dilabelkan oleh kawan dan lawan dengan pelbagai gelaran yang tidak baik,belum pernah kita mahu meninggalkan mereka ini,malah kita sentiasa menegur dengan bahasa yang baik dan berlapik,namun dalam baik-baik pun tetap juga disalah tafsir.Ianya sangat menyakitkan,tetapi untuk melihat ruang kegagalan perencanaan Islam itu,adalah tidak dibolehkan sama sekali.
Begitu juga dalam arena yang lebih luas lagi,iaitu segmen politik.Kita percaya,setiap kawasan perpaduan PR di seluruh Malaysia pastilah ada masalahnya tersendiri.Kita dalam PAS diajar agar bertolak ansur dengan kawan atau sahabat yang mahu bersama kita,biarpun kita bersusah-susah untuk memenangi hati mereka,tetapi demi melihat Islam itu tinggi di Malaysia,sedikit salah faham adalah satu perkara yang tidak berbaloi untuk diceritakan.Begitu juga mereka,mereka sudah merasai kebersamaan ini sekian lama.Rangkaian PKR,DAP dan PAS tidak kiralah yang mana satu mahu dipanggil dahulu,adalah semakin serasi,sangat serasi kerana saban hari kita disajikan saf-saf kepimpinan yang tidak pernah berubah pendirian ini.Sangat mengharukan.Tetapi tertanya-tanya juga,masihkan ada ruang untuk membiarkan bibit-bibit prasangka diantara kita nanti?
Sebagai contoh untuk difikirkan,adakah berbaloi jika saya (Ahli PAS) melagakan dua kumpulan dalam PKR hanya kerana mendengar berita dan cerita kedai kopi yang meceritakan keburukan pimpinan PKR?Jika saya seorang yang berkepentingan,ada kemungkinan juga saya suka menghebahkannya.Tetapi saya bukan!(fikirkan lagi ayat di atas.)Begitu juga sebaliknya.
Untuk contoh yang lebih mudah sedikit.Apa guna saya melagakan sahabat saya Si A dan Si B,kecuali jika saya ada kepentingan peribadi(itu lain cerita).Jika kita dalam kebenaran,adalah lebih baik saya sedarkan mereka ataupun mencari titik persamaan antara mereka.Itu tentulah sahabat sejati.Maka,begitulah hidup berpolitik dalam suasana sekarang.Di ingatkan sekali lagi,jika ada berita yang datang dari kedai kopi ataupun buah mulut orang boleh merosakkan penyatuan kita,adalah lebih baik kita sampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran yang betul,bukan mencari publisiti.
Siapa pun anda atau pangkat anda,jangan ingat gerak geri anda sentiasa benar.Ya!memang kita ada kesilapan sendiri,tapi itu bukan alasan untuk kita bebas melakukan kesilapan lagi.Ada masanya kita berkias dan ada masanya kita boleh dedahkan.Lihat di mana kepentingannya.Jika tidak boleh bekerjasama,jangan merosakkan kerjasama.All The Best!!!
Sumber : http://pemudapasparit.blogspot.com/
mereka-mereka ni,senang je lebelkan kita yg tak setuju dgn mereka sabagai ameno,tapi lihat perenggan akhir jawapan mereka...kita juga boleh melebelkan mereka ini,walaupun ahli pas,tapi jiwa dan perlakuan mereka SEBIJIK ameno.
ReplyDelete