Saturday, June 26, 2010

Teka nama buah sebelum nengok bola ...

Buah muda .. hijau dan bersalut

Buah masak .. kuning dan salutnya gugur
Sape pandei ... kome ingat ke lagi nama buah ini? Mase teman bebudak, selalule teman nampe buah ini. Rasenye manih, tapi takle sedap mane. Halei dimakan. Kalo kome rajin, pegile cari di keliling rumah kampung yang telah lame kome tinggeikan. Pokoknye menjalor memanjat pagor. Buah ini masih ada lagi dan tumbuh liar di lengko kuale ...

7 comments:

  1. Dulu masa teman kekenit, teman suka juga ngambik buah ni untuk dimakan. Teman panggei namanya 'buoh seghejut' (hehehe.. kelako tak nama tu???)

    ReplyDelete
  2. Buah letup ni. Pucuk letup sedap dibuat ulam.

    ReplyDelete
  3. Salam semua ...
    Betuiii .. buah rojut@buah leletup@ buah letup-letup.
    Apabila buah cukup masak, dipicit je buah tu akan bunyi 'pop'

    ReplyDelete
  4. tak tahu pula pucuknya boleh dibuat ulam...teman pun suka juga buah ni ..kecik-kecik dulu...sekarang dah tua idakle....

    ReplyDelete
  5. tu buah letup yob... teman masa kecik-kecik dulu selalu makan...

    ReplyDelete
  6. Buah leletup ni (nama saintifik, Passiflora foetida) adalah kerabat rapat dengan buah susu atau buah markisa (nama saintifik: Passiflora edulis). Kalau tengokkan bunganya persis serupa. Cuma bau/aroma dari pokok leletup ni lebih keras.

    Struktur isi dalam buah juga serupa, cuma warnanya je yang berbeza. Buah leletup warna putih, manakala markisa warna oren.

    Buah leletup ni ada macam jerami di luo buahnya. Warna hijau. Itu sebenonya modifikasi dari sepal bunganya.

    Dia ada fungsi. Setiap kejadian Allah tu mesti ada guna. Struktur yang nampak berserabut macam sabut tu, boleh menangkap serangga yang hinggap pada dia. Dia akan merembeskan sejenis enzin dan serangga tersebut akan terlekat pada enzim tu. Seterusnya enzim akan menghazam seranga tersebut hingga terurai semuanya, dan membekalkan nutrien pada pokok. (Serupa le dengan sampah sarap yang dah reput tu, kan jadi baja?)

    Konsepnya serupa dengan pokok periok kera. Serangga akan jatuk dalam sturktur yang seperti kelongsong pada hujung daun pokok periok kera tu. Serangga yang jatuh kedalam 'periok ' tu akan di hazam untuk membekalkan nutrien pada pokok.

    Kajian makmal menunjukkan pokok leletup ni boleh di ekstrek alkaloid dan sekurang-kurangnya 10 jenis flavonoid, yang boleh digunakan sebagai insectisid.

    Banyak lagi nak cerita niiii, tapi cukup le... Mengkome ni entah minat entah tidak ape yg teman cerita ni...

    ReplyDelete