Thursday, December 31, 2009

MB DPulau pengganas? Betui.....

MB DPulau pengganas? Sape kate? Pengkalan data US kate. Nama dia ada dalam senarai pengkalan data US ketika memasuki San Francisco.

Sape yang kate yang nama dia ade dalam pengkalan data tu? Pegawai dialer. Pegawai yang pegi balik sama2 dengan dialer. Betuiker? Ntah.

Kalo ikut pahaman teman, MB DPulau bukannye pengganas di US. MB DPulau adalah pengganas di Perak. Perampas kuasa itu sendiri membawa maksud pengganas. Mengambil hak orang lain secara kasar adalah penyamun. Penyamun adalah pengganas. Memang sah yang MB DPulau adalah pengganas.

MB DPulau tidak berbahaya kepada US walaupun dia salah seorang daripada pengganas dunia yang bebas. Jikalau dia mendatangkan bahaya kepada US, sudah tentu dia akan ditahan dan dibicarakan di US. US menghalau MB DPulau pulang kerana US tidak mahu berurusan rasmi dengan pengganas dunia. Ini menandakan bahawa US begitu simpati dengan PR Perak yang telah dirampas haknye oleh pengganas.

Tindakan US yang tidak membenarkan pelaburan dibawa ke Perak sudah tentu mampu mendatangkan kekecohan ekonomi Perak. Dan tindakan US ini akan ditiru oleh pelabur lain. Pelabur menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk melabur di Perak selagi MB DPulau ada di Perak.

US berfikiran jauh iaitu sekiranya misi mencari pelaburan oleh MB DPulau berjaya, bermakna US mengiktiraf usaha pengganas. Dan pengganas akan mewarwarkan bahawa US menerima baik dan mengesahkan bahawa MB DPulau adalah MB Perak. Sayang sekali yang usaha pengganas ini telah dapat dihidu oleh US.

Kekecewaan MB DPulau mencari dan menarik pelabur melabur di Perak bukan sahaja gagal, malah dicemuh pula sebagai pengganas. Majoriti rakyat Perak mengistilahkan MB DPulau sebagai perampas. US pula mengistilahkan MB DPulau sebagai pengganas. Bukankah ‘perampas’ itu pengganas dan ‘pengganas’ itu perampas. Satu sindiran yang khusus untuk MB DPulau. Dan juga satu sindiran pedas untuk PM 1Malaysia dari Barack Obama.

Terima kasih US kerana mengesahkan yang MB DPulau adalah perampas kerajaan Perak ...

2 comments:

  1. Salam Mamamat,

    Baru teman paham, di US mereka panggil "Pengganas" di Malaysia kita panggil "Perampas".

    ReplyDelete
  2. Ate kalor pengganeh pun beghani lerah2 Kg Nelayan Teluk Kecik & Teluk Gedung jer! Nak ingker pun sampei kemana? Dek org kpg nelayan tak dengor kabor yg sebenornya, buleh le berlabun sana sini! sapei bilaler buleh menyerongin akhir2nya benci juga orang kat kaki kelentong.

    ReplyDelete