Tuesday, December 8, 2009

Malaysia : Raja Berkuasa Mutlak

Udah lebih sebulan berlalu. Sah dan nyata PM 1Malaysia sedang berdilema. Akibat diluahler maka matinye Altantuya. Kalo ditelan mati pulak Jantantuya. Isk, nasi udah jadi bubur. Bubur yang tawor lesor. Adap ajer ler. Madeypun udah getik dengan UMNO dan PM 1Malaysia.

Isu MB Perak. Mahkamah Persekutuan telah ada keputusannye. Keputusannye ialah MB NIzar adalah MB Perak yang sah. Tapi kehendak PM 1Malaysia telah merencatkan keputusan mahkamah. Mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak hanya akan menjatuhkan kemaluan PM 1Malaysia. Mengesahkan MB NIzar sebagai MB Perak juga akan menjatuhkan maruah Sultan Perak sebagai bekas Ketua Hakim Negara. Bolehlah dikatakan bahawa mahkamah telah tidak ada alasan kukuh untuk mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak. Melainkan mahkamah berani bertindak membuat keputusan sebaris ayat tanpa alasan kehakiman.

Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah keputusan muktamad. Keputusan mahkamah ini akan menjadi garis panduan dan rujukan akan status Malaysia kepada dunia. Mengesahkan MB NIzar sebagai MB Perak akan mengekalkan status Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Jikalau MB DPulau yang disahkan sebagai MB Perak, bermakna Sistem Demokrasi Berparlimen telah terkubur dengan sendirinya. Sultan bukan lagi Raja Berperlembagaan, tetapi telah menjadi Raja Berkuasa Mutlak. Pilihanraya tidak lagi membawa makna. Tidak ada lagi maknanya UMNO kepada rakyat. Begitu juga tidak lagi ada maknanya PR kepada penyokong dan pengundinya.

Rakyat Perak menunggu dengan penuh tanda tanya akan keputusan mahkamah bersabit MBnya. Pelabur asing juga menangguhkan hasrat melabur di Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan. Pelabur mahu kepastian siapa sebenarnya yang berkuasa di Malaysia. Parlimen atau Sultan? Jikalau sultan yang berkuasa, lebih baik berurusan terus dengan sultan, bukannya dengan PM 1Malaysia.

Mungkin akan hebohlah 1Dunia yang Malaysia sedang kembali mengamalkan Sistem Raja Berkuasa Mutlak. Selagi Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan, selagi itulah semua rakyat telah dan sedang menderhaka kepada sultannya. Jangan derhaka kepada sultan. Nanti kena tulah.

Daulat tuanku ...



5 comments:

  1. Dulu apabila selesai PRU12, Raja di dua negeri berkeras nak tukar MB, tolak nama MB yang dicadang oleh Presiden parti yang menang. Taruk nama MB pilihan raja. Kebanyakan pemimpin PAS menyebelahi raja. Taat setia konon. Yang kuat tentang ialah TP PKR Syed Husin Ali. Nampaknya Syed Husin lagi cerdik...

    Apa lagi raja dah nampak, depa ada cara menunjukkan ke'raja'an depa. Tu yang jadi kat Perak pulak.

    ReplyDelete
  2. Adake lagi tulah menulah ni yop.. Kate oghang, kalo kena kayap.. suruh raja ludah sebagei penawor... ate.. betoi beno ke petua tu, yop?

    ReplyDelete
  3. haha...sultan perak..
    mengharapkan org hormat dia...
    sebab semua rakyat xmau hormat dgn dia..

    maka ditangkapnya org yg xhormat dia...
    ni apa benda punya raja...bodoh
    gambar terguris skit dah nak nangis panggil polis

    ReplyDelete
  4. Aku setuju ngan ko ni,buat apa buat pilihanraya kalau raja boleh melantik MB dari parti yang udah tak diterima rakyat.

    ReplyDelete
  5. Sampei berape lame le deme lalu nak bertatang dan bertongkatkan langit ni? Akhir2nya menjelejeh peluh ketiak idak ler larat bertopang lame2 pun! Bior le mase yg menentukan ape yang disoyok selama ni mengelesyor kebawah!

    ReplyDelete