Tuesday, December 29, 2009

Dua Angin

Huh lega. Udah lama tak labun politik dengan kengkawan politik. Dekat sebulan teman celum celam jer jumpa deme. Itupun takat salam kiri kanan sebelum angkat ponggong. Kekadang tu cuma sempat angkat tangan jer.

Angin 1

Dijangka MB NIzar akan disahkan kembali sebagai MB Perak oleh Mahkamah Persekutuan. Sebelum ini dalam blog kengkawan telah heboh diperkatakan bahawa keputusan 3-2 yang memihak kepada MB Nizar akan diumumkan sebelum genap dua tahun PRU 12. Berita yang teman dengar ini pulak mengatakan bahawa keputusannya ialah 4-1. MB DPulau telah dimaklumkan akan keputusan ini. SUK Perak akan dibawa pulang ke Putrajaya sebelum diberikan jawatan yang sesuai dengan kedudukannya.

UMNO Perak amat mengharapkan agar MB Nizar mengotakan janjinya untuk membubarkan DUN Perak sebaik diistiharkan semula sebagai MB Perak. UMNO telah bersedia untuk PRU Perak sekiranya DUN Perak dibubarkan. Itupun jikalau dibubarkan dalam tempoh sebulan MB Nizar kembali menerajui pentadbiran Perak. UMNO yakin akan menang semula di Behrang, Kuala Kurau, Changkat Jong dan Lubuk Merbau disamping mampu mengekalkan 27 kerusi yang sedia ada.

Tetapi jikalau DUN Perak dibubarkan melewati sebulan daripada tarikh penyerahan semula jawatan MB Perak, peluang UMNO untuk menang semakin mengecil. Inilah yang amat dibimbangi oleh PM 1Malaysia. Dan lebih parah lagi kepada UMNO jikalau hanya tiga kerusi lompat sahaja yang diistiharkan kosong.

Semasa PM 1Malaysia merencana rampasan kuasa dengan membelakangkan undang-undang, mereka yang berkerjaya dengan UMNO ketawa girang. Maklumler poket udah kering hampir setahun. Harapan mereka semoga poket kembali penuh. Tetapi poket mereka tetap kosong, bahkan semakin lusuh dan berlubang tampai sana sini walaupun MB mereka telah menjadi MB hampir setahun. Bahkan sesama UMNO telah mula mengutuk akan tindakan PM 1Malaysia yang hanya membantu melingkupkan lagi UMNO Perak.

UMNO yang alim pulak kata, takde berkatnye ngambil hak orang. Baikler kome pulangkan balik...

Angin 2

Seorang ketua AMK peringkat cabang di Perak dijangka mengumumkan keluar PKR sedikit masa lagi. Dimaklumkan juga bahawa beliau sedang berada di Sabah bersama Ezam. Tindakannya mungkin tidak banyak mendatangkan kemudaratan kepada PR. Walau bagaimanapun jikalau pengumumannya dibuat dalam tempoh kempen PRU, sedikit sebanyak jentera PKR setempat akan lumpuh.

Teman tak boleh tulih lebih2. Karang kena saman pulak. Mana teman nak kerobek duit mayor saman.

Anggapler dua angin ini sekadar angin kedai kopi...

3 comments:

  1. Bhai...

    Bior benor angin yang mike bawak nih... teman tak dengor kat T'ganu nih...

    C++
    CipanTapirTenuk.blogspot

    ReplyDelete
  2. Mike dok Ganu jauh weah memang le tak dengo, meh ke ke Perak baru tahu cite sebeno, aku pun ade dengo.

    ReplyDelete
  3. Ater teman pun ada ler dedengor mcm tu! Tapi usah ler kita ghisor bebenor suasana yang dah cacor/gamat! InsyaAllah ikhlaskan diri kite. Yang penting kite teghuihkan perjuangan tanpa pikiorkan habuan atau apa2 pangku! Kita ni hanya nyambungkan pengorbanan peghit jeghih org2 dulu sehinggalah kita nampak skrg. Kalor kita ghase beli suratkabor PR, dengor ceramah, kelebik2 laman web ghase2 belum cukup lagi. Cuma kita kena sambung sikiit je lagi sebelum terlambat dan terlungkup semua. kalor idak sia2 je bak kata, lenyap kemagho stahun dek hujan sehari.

    ReplyDelete