“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan 
menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata 
Hashim Adnan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk 
mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan 
Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik. 
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri
 Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk 
mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan 
datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan 
menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata 
Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan 
jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan 
tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat 
gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti 
itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua 
pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

 
 
No comments:
Post a Comment