Monday, August 22, 2011

Saiful telah berbohong diliwat walaupun hakim pernah memutuskan Saiful berkata benar ... Anwar

Petikan perbicaraan Liwat 2
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.
“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

4 comments:

  1. Yang Arif zaman sahabat nabi lagi berilmu dan adil pun terkhilaf, inikan pula para hakim sekarang..banyak cakap bagus tapi bikin lain..hakim korek.korek.korek....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yob Mamamat,
    Selamat Hari Raya!
    Bilalah mende ni nak tamat. Makin baca makin keliru dan makin celaru. Yg pasti trial ni macam satu pementasan!

    ReplyDelete
  3. habis drama ni..tak tau le apa lagi drama akan datang ...lagi tragis kot..siap ada background muzik

    ReplyDelete
  4. apa yang pasti adalah fitnah besar ini telah menyebabkan berjuta rakyat beragama Islam di Malaysia terlibat dan bersubahat tanpa sedar. Apakah kita telah membenci dlm hati dgn fitnah ini sebagai seorang yg beriman dgn Hukun-hakam Allah kerana tiada satu bukti yg boleh disabitkan dgn tuduhan ini menurut Ajaran Islam. Atau kita mendengar, membaca dan mengikuti fitnah ini tanpa rasa benci didalam hati... Jika dilihat dari sudut pengaruh yg disebarkan oleh media setiap hari dgn berbagai kaedah dan olahan terkadang-kala kita akan terpengaruh dgn fitnah ini. Nauzubillah!!! Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita dari fitnah yg boleh mendatangkan dosa besar tanpa kita sedar. Apalah kita pernah terfikir dgn mendengar, membaca dan mengikuti berita2 fitnah ini di dalam rumah kita sendiri kita tekah mngumpul dosa bersubahat dgn pembuat2 fitnah yg hanya mementingkan kedudukan dan pengaruh mereka di dunia ini tanpa sedikitpun ada ingatan yg kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan di Mahkamah Allah kelak dimana pada ketika itu kita akan menyesal dgn sekesal2nya namun sudah terlambat... Nauzubillah!!!

    ReplyDelete