Tuesday, February 23, 2010

PRU 13 : Cerah kepada PR

Beberapa hari lalu dalam satu majlis santai keluarga, saya diminta memberi pendapat tentang harapan PR dalam PRU 13. Saya seolah-olah memberikan satu kuliah motivasi politik yang pro kepada PR. Sepanjang saya menyampaikan ‘kuliah’, tidak ramai yang menyampuk.

Apabila kita mengingati kembali PRU 10 yang diadakan pada tahun 1999, UMNO telah kalah. UMNO kalah di lebih 40 kerusi parlimen. Kita dimaklumkan bahawa lebih 60% pengundi Melayu telah mengundi calaon BA. UMNO bernasib baik kerana hampir 80% pengundi bukan Melayu masih setia bersama BN.

Kenapa UMNO kalah teruk? Ada dua sahaja sebab utamanya. Pertama kerana tuduhan liwat ke atas DSAI yang sememangnya tidak dipercayai oleh majoriti pengundi Melayu. Dan kedua, Madey yang ditolak oleh Melayu masih menjadi PM dan Presiden UMNO.

Pada PRU 11 tahun 2004, UMNO memang besar. Hampir 60% pengundi Melayu mengundi UMNO. Manakala pengundi bukan Melayu masih tidak berganjak untuk terus mengundi BN. Juga ada dua sebab utama kenapa UMNO menang besar. Pertama, Madey tidak lagi menjadi PM/Presiden UMNO. Kedua, Pak Lah yang terkenal dengan jolokan Mr. Clean dipercayai benar-benar ‘clean’ dan Pak Lah juga berjaya menutup kelemahannya pada pilihanraya tersebut.

Pada PRU 12, pengundi Melayu yang menyokong UMNO telah bertambah. Dikatakan lebih 60% pengundi Melayu mengundi calon UMNO. Sokongan pengundi bukan Melayu pula berubah dengan begitu ketara. Hampir 70% pengundi Cina dan India tidak lagi mengundi calon BN. Akibatnya BN atau UMNO kehilangan kuasa dua pertiga di parlimen. Sebabnya mudah sahaja iaitu Pak Lah telah gagal merangsang ekonomi negara sehinggakan bukan Melayu tidak lagi mahu mengundi BN. Pengundi Cina dan India lebih selesa mengundi PAS berbanding pengundi Melayu yang belum begitu selesa mengundi DAP. Akibatnya Pak Lah terpaksa berundur dan menyerahkan jawatan PM kepada Najib.

Dalam tempoh kurang tiga tahun kita akan mengundi dalam PRU 13. Dalam tempoh tiga tahun ini pengundi akan didendangkan dengan pelbagai isu yang sememangnya benar atau isu daripada ciptaan akal manusia semata-mata.

PRU 13 akan memperlihatkan sejauhmana sokongan pengundi kepada UMNO. Jikalau Pak Lah bermula dengan peribadi yang ‘clean’, Najib pula bermula dengan peribadi yang bermasalah. Masalah Altantuya dan fitnah liwat versi Saiful ke atas DSAI dijangka mengurangkan kembali sokongan Melayu kepada UMNO. Sokongan Cina dan India akan diukur berdasarkan kemampuan Najib memulihkan kembali ekonomi negara. Tetapi harus diingat, parti-parti komponen BN yang berdarah Cina dan India sedang kritikal dengan permasalahan masing-masing. Pada waktu yang sama sokongan kepada DAP dan PKR bukan Melayu semakin mantap.

Secara mudahnya, pengundi setia UMNO dan PR hanya berkisar pada angka 40%. Tahun 1999, hanya 40% pengundi Melayu mengundi UMNO. Tahun 2004 dan 2008 pula, hanya 40% pengundi Melayu mengundi PR. Bilangan 40% pengundi Melayu untuk UMNO dan 40% lagi untuk PR dijangka akan terus mengundi calon UMNO dan calon PR pada PRU 13. Untuk makluman, media massa rasmi kerajaan yang memaparkan kembali kisah liwat adalah bertujuan untuk memastikan yang 40% ini akan terus kekal bersama UMNO.

Dalam lain perkataan, nasib UMNO dan PR akan ditentukan oleh baki 20% pengundi Melayu. 20% ini mempunyai pengalaman memangkah calon UMNO dan PR dalam pilihanraya lalu. Jikalau pada tahun1999 mereka boleh mengundi BA kerana tidak percaya kepada tuduhan liwat ciptaan Madey, kenapa pula hari ini mereka harus percaya kepada tuduhan liwat ciptaan Najib ke atas individu yang sama iaitu DSAI? Kelompok 20% ini tidak akan percaya kepada media rasmi kerajaan BN. Mereka juga tidak terikat dengan media rasmi PR atau media alternatif. Mereka inilah yang menjadi penentu kepada kemenangan UMNO ataupun PR.

Jikalau Madey yang mempunyai sejarah pentadbiran yang begitu hebatpun boleh tidak diundi oleh Melayu, apalah yang hendak diharapkan lagi oleh pengundi Melayu daripada Najib. Pembunuhan Altantuya dan kesilapan mencipta fitnah liwat berkait terus dengan peribadi Najib. Rumusnya, 20% pengundi Melayu akan kembali mengundi PR walaupun calon PR terdiri daripada Cina atau India.

Sokongan pengundi Cina dan India dijangka masih menguntungkan PR kerana Najib masih gagal merangsang ekonomi kepada yang lebih baik. Dan lebih memeritkan jikalau negeri-negeri yang dikuasai oleh PR berjaya menyerap permasalahan ekonomi berbanding dengan pusat. Ini kerana pengundi Cina lebih tertarik dengan isu ekonomi berbanding isu moral yang menjadi tarikan majoriti pengundi Melayu khususnya pengundi wanita.

" Udahle tu, moh minum dulu. Lepaih minum baru kita ke Putrajaya ...".

2 comments:

  1. salam perkenalan. mohon Dango Mamamat menyenaraikan sgkasai sebagai bloglist. TQ

    ReplyDelete
  2. askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran
    http://niagawan.blogspot.com/

    ReplyDelete