Tuesday, September 1, 2009

Entah kenapa teman teringat bebenor pada AP Jerlun ... rindu kut?

DUN Kota Seputeh kekal, tapi AP Jerlun dalam perhatian ....

1. Speaker Perak, V. Sivakumar telah mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebaik ADUN-ADUN berkenaan melanggar ‘Aku Janji Istana’.

2. SPR menolak pengistiharan kekosongan oleh Speaker Perak. SPR secara langsung telah mengesahkan penderhakaan suruhanjaya ini kepada Sultan Perak kerana tidak menghormati ‘Aku Janji Istana’. Untuk makluman, ‘Aku Janji Istana’ ini dibuat atas kehendak istana sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Perak.

3. Kekecewaan rakyat Perak untuk PRK di tiga DUN tersebut terubat apabila AP Bukit Gantang kembali ke rahmatullah. Salah satu DUN yang terlibat iaitu DUN Changkat Jering terletak dalam Parlimen Bukit Gantang.

4. Dalam PRK Bukit Gantang, PR melalui calonnya MB Nizar menang dengan majoriti yang bertambah. DUN Changkat Jering kekal dimenangi oleh PR.

5. Di Kedah pula, Speaker Dr. Md Isa telah menghantar surat yang membawa kepada maksud bahawa kerusi DUN Kota Seputeh telah kosong apabila ADUNnya telah hilang hak sebagai ADUN setelah gagal menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan, yakni selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kedah.

6. SPR menolak untuk mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh. SPR dengan jelas telah mencabul Undang-Undang Tubuh Kedah. Pencabulan ini juga membawa maksud SPR telah derhaka kepada Sultan Kedah.

7. Sebagai penawar, mungkinkah akan ada PRK baru di Kedah sebagai ganti PRK yang sepatutnya diadakan di DUN Kota Seputeh. DUN Kota Seputeh terletak dalam Parlimen Jerlun. Apakah akan ada PRK di Parlimen Jerlun dalam waktu terdekat ini?

8. Oppss.. sapa kenai AP Jerlun?

4 comments:

  1. apa kaitan ngan Timbalan Menteri yang jaga A.P tu plak

    ReplyDelete
  2. Salam Mamamat...

    Insyallah, berkat tulisan tuan tu moga-moga Mahathir akan menangis kesedihan...

    ReplyDelete
  3. salam semua,
    ap yang jaga a.p ni kebal kot? menangis air mata penyu bagi mengelak mata dari kering dipenuhi pasir. anak yang masih bergantung pada pengaruh bapak.

    ReplyDelete
  4. mana tau AP jerlun ni pi....dulu....adalah pilihraya

    ReplyDelete