Wednesday, April 29, 2009

MB DPulau memalukan Sultan Perak?

Tindakan MB DPulau yang memohon agar Mahkamah Persekutuan mengistiharkan yang beliau adalah MB Perak yang sah bolehlah ditafsirkan bahawa beliau telah hilang kepercayaannya kepada kuasa Sultan. Sekiranya MB DPulau percaya kepada keesahan kuasa Sultan,beliau tidak perlu memohon mana-mana mahkamah untuk mengistiharkan siapa MB Perak yang sah. MB DPulau hanya perlu berdiam diri sahaja melayani kerenah MB Nizar. MB DPulau mesti yakin bahawa mahkamah akan menyebelahinya walaupun berpuluh kali MB Nizar membawa kes jawatannya di mahkamah.

Apabila diperhalusi lagi, MB DPulau sebenarnya telah turut menderhaka kepada sultan. MB DPulau telah tidak percaya kepada keputusan dan kuasa sultan. MB DPulau telah ragu-ragu tentang statusnya sebagai MB Perak. Majoriti rakyat pelbagai kaum telah tidak menghormatinya sebagai MB. MB DPulau terpaksa memohon bantuan mahkamah. Tetapi mahkamah masih bermain sorong papan tarik papan. Walaupun mungkin mahkamah telah ditentukan keputusannya, hakim seolah-olah tidak sanggup membacakan keputusan yang bukan daripada ilmu dan hukum hakam perundangan sebenar. Kes ini di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Ini kes Mahkamah Tinggi. Mahkamah Persekutuan menolak untuk mengistiharkan bahawa MB DPulau adalah MB Perak yang sah. Ternganga mulut MB DPulau!

Daripada sudut bicara politik kepartian, keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah membantu menambahkan kekuatan PR. UMNO pula semakin parah. UMNO pula semakin hilang peminatnya. Peminat UMNO telah getik kepada pemimpinnya. Dahulu UMNO begitu percaya bahawa PR sahaja yang menderhaka kerana engkar kepada titah sultan. Hari ini pemimpin UMNO pula yang memalukan sultan kerana mempertikaikan keputusan sultan di mahkamah. Rupa-rupanya barulah orang UMNO sedar bahawa mahkamah lebih besar lagi kuasanya daripada sultan.

Di Perlis, Shahidan masih mengeluh kerana Raja Perlis tidak melantiknya sebagai MB Perlis. Di Terengganu, kumpulan Wahid Rosol masih mempertikaikan perlantikan MB pilihan Sultan Terengganu. Di Perak pula, MB DPulau mahukan mahkamah mengistiharkan dirinya sebagai MB Perak yang sah. Pengistiharan Sultan Perak bahawa MB DPulau adalah MB Perak rupa-rupanya belum disahkan lagi. Tindakan MB DPulau membawa kes ini ke mahkamah telah secara langsung mencabar keesahan kuasa yang ada pada Sultan Perak.

Rumusannya, siapa yang sebenarnya telah dan sedang derhaka kepada sultan? PR atau UMNO?



4 comments:

  1. SETUJU SANGANT PDENGAN PANDANGAN TUAN..

    ReplyDelete
  2. Ampun Tuanku, Sembah patik, sembah derhaka. Bendahara Menteri Tuanku barangkalinya nampak Mahkamah Persekutuan itu Istana.

    Ampun Tuanku.

    ReplyDelete
  3. Pada UMNO Sultan hanyalah alat untuk kepentingan mereka.Mereka tak peduli samada tindak tanduk mereka menghina atau hormat pd Sultan..

    ReplyDelete