Sunday, April 5, 2009

Khas untuk ahli PEKIDA Bukit Gantang

Ade sorang kawan beria-ia citer pade teman bahawa calon bebas di PRK Bukit Gantang adalah ahli PEKIDA. Bertaraf ayahanda. Tapi calon ini bukanlah calon PEKIDA. PEKIDA tak peghonah iktiraf dia jadi calon. PEKIDApun tak ingin bertanding di PRK ini. Kalo ada yang teringin nak bertanding, deme itu adalah calon bebas sebebasnya. Tak boleh kempen bawak citer mewakili PEKIDA. Tak boleh dirikan bilik gerakan berlambangkan PEKIDA. Kalo guna lambang PEKIDA, adeler ahli setia PEKIDA yang akan meruntuhkannya. PEKIDA berkecuali dalam PRK Bukit Gantang.

Citernya begini. PEKIDA ini adalah singkatan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia . PEKIDA yang tulen tidak pernah berdaftar. Deme ni bergerak sendiri-sendir jer. Kalo ada ahli PEKIDA yang tunjuk kad keahlian, itu adalah ahli PEKIDA yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Deme ni ada portalnya di http://www.pekida.com.my. Difahamkan ada lebih kurang 3000 ahli PEKIDA di Parlimen Bukit Gantang.

Kawan teman mengisahkan bahawa pada hari Rabu 25 Mac 2009, hampir 500 ayahanda PEKIDA telah berkumpul dan bermesyuarat di Taiping. Ada ayahanda ahli PEKIDA berdaftar dan ada ayahanda ahli PEKIDA tidak berdaftar. Mereka bersatu mencari kata sepakat sama ada mahu bertanding atau tidak dalam PRK Bukit Gantang. Mesyuarat ini diketuai oleh Ayahanda Pak Teh Zamri. Ayahanda Pak Teh tidak pernah menyertai PEKIDA berdaftar. Ayahanda Pak Teh mengingatkan semua ahli bahawa kumpulan yang bertanding adalah anak buah PEKIDA. PM Pak Lah adalah anak buah arwah Ayahanda Salleh. Begitu juga dengan DSAI yang juga anak buah kepada arwah Ayahanda Salleh. Keputusannya PEKIDA tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini. Oleh itu ahli-ahli PEKIDA di Bukit Gantang bebas mengundi mana-mana calon dalam PRK Bukit Gantang. Undilah sama ada calon UMNO ataupun calon PR.

Setelah keputusan dicapai, maka semua ayahanda ini pulang ke destinasi masing-masing. Sekiranya ada ahli yang mahu bertanding, bertandingler. Tetapi jangan sentuh langsung perkataan atau lambang PEKIDA. Jangan memalukan PEKIDA.

Semasa hari penamaan calon, muncul calon bebas yang dikaitkan dengan nama PEKIDA. Menung ayahanda-ayahanda PEKIDA. Rupanya masih ada di kalangan ayahanda PEKIDA yang begitu degil dan menongkah arus akan keputusan pimpinan tertinggi PEKIDA.

Kepada semua ahli PEKIDA yang boleh mengundi di Bukit Gantang, sila dapatkan maklumat sebenar tentang calon bebas ini daripada ayahanda-ayahanda yang lain. Pimpinan tertinggi PEKIDA telah mengiktiraf kedua-dua calon sama ada calon UMNO atau PAS. Tetapi keputusan ini dibuat semasa PM Pak Lah masih menjadi PM.

Pak Lah telah bersara daripada dunia politik. DSAI masih dalam perjuangan. Bermakna calon UMNO bukan lagi mewakili Pak Lah. Manakala calon PAS adalah calon yang telah ditunjukkan oleh DSAI untuk menggantikannya memimpin Malaysia.

Secara ringkasnya calon PAS adalah calon PEKIDA. Walau bagaimanapun sebagai pengundi, anda bebas membuat pilihan.

Kepada semua ahli PEKIDA, selamat mengundi.



3 comments:

  1. Sepanjang pengetahuan sya PEKIDA adalah sebuah pertubuhan samseng melayu yg berselindung diatas nama Islam.mereka boleh la di panggil sebagai KU Klux Klan Malaysia..Aktiviti utama mereka yg saya perhatikan adalah:-

    1.lepak dikedai kopi

    2.beramai ramai memukul org yg bermasalah dgn mereka.Mangsa terbaru adalah anggota polis Melaka yg terbunuh dipukul disebabkan masalah wanita.Bila berseorangan mereka menikus.

    3.Mengintip bagi pihak ayahanda mereka dan juga UMNO.

    4.mengamalkan ilmu sihir spt perbomohan

    5.Majoriti tidak mengamalkan ibadah yg diwajibkan spt solat,puasa dll

    6.Anti sosial.Selalu bermasalah dgn orang lain

    7.Tidak bertanggungjawab pd keluarga.

    8.Menggalakkan ahlinya bersifat samseng dan takbur walupun mereka ni takda apa bende pun yg nak dibangga.

    8.Menanggung ayahanda,abang long dan abang ngah dan juga hormat dapatuh pada mereka secara membuta tuli.

    Upacara kemasukkan menjadi ahli adalah lebih kurang sama dgn gangster cina.Cuma PEKIDA guna Al Qur an dan Cina gunak to'kong bila angkat sumpah.lagipun cara angkat sumpah PEKIDA ni salah disisi Islam.Mana ada org junjung AlQur'an bila angkat sumpah?

    Saya nasihatkan sesiapa shj yg nak jadi org baik baik keluarla dari PEKIDA sebab banyak sgt kes kes yg saya tgk org yg baik baik jadi semborono bila join grup ni..

    Saya takkan peduli pd mereka jika mereka tak gunakan nama Islam.memandangkan mereka tidak berperibadi dgn Islam dan menjatuhkan imej Islam tusebab saya dedahkan pasal mereka disini..

    ReplyDelete
  2. 500 ratus ayahanda agak2nya berapa ramai ahli yang berdaftar? Mafia 5 family pun boleh kalah kalau geleran ayahanda sebanyak ni

    ReplyDelete