Wednesday, March 11, 2009

Harapan hari ini ...

Hari ini Rabu, 11 Mac 2009. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak menunggu kesudahan akan kisah semalam. Semalam telah berlalu, namun ceritanya belum bernoktah. Apakah rakyat diminta bersabar sekali lagi menunggu kesudahan cerita ini? Rakyat Perak menanti keputusan istana terhadap hasil Sidang Dewan yang telah bersetuju membubarkan DUN Perak. Berhasilkah MB NIzar mengadap sultan? Apakah tuanku sultan memperkenankan permintaan rakyatnya? Entahlah. Jikalau kita kenang kembali kisah-kisah lampau yang melibatkan PR dengan istana sejak 8 Mac 2008, istana kelihatan tidak begitu menghormati PR walaupun PR mahu memartabatkan istana berlandaskan perlembagaan.

Istana lambat membuat keputusan berkaitan dengan PR. Istana seolah-olah kecewa apabila majoriti rakyatnya bersama PR. Istana mahukan UMNO kekal memerintah negeri. Kerana itulah istana cepat membuat keputusan jikalau ia bersangkut-paut dengan UMNO. Istana seolah-olah telah lupa untuk menyuburkan amalan demokrasi yang telah menjadi dasar kepada sistem pemerintahan di negara ini. Demokrasi bagi istana adalah demokrasi ala UMNO. Demokrasi itu umpama pokok yang rendang tetapi akan terus dicantas sekiranya boleh mendatangkan bahaya kepada batang tubuh atau sekitarannya. Kerana itulah UMNO melalui MB DPulau segera mengistiharkan bahawa Pokok Demokrasi adalah pokok derhaka. Rupa-rupanya UMNO juga bermusuh dengan pokok! Sebab itulah agaknya habis pokok-pokok balak ditebang kerana telah derhaka kepada UMNO.

Tuanku sultan tetap berdiam diri. Tuanku sultan langsung tidak bertitah perihal negeri kepada rakyat. Rakyat rindukan titah tuanku sultan. Selesaikan perihal negeri hari ini. Perkenan DUN bubar atau tidak bubar. Itu sahaja. Jangan biarkan rakyat berharap dan terus berharap. Jika tiada perkenan bubar DUN, rakyat akan menjalani semula kehidupan seperti biasa. Rakyat hanya akan mengadu hal kepada Allah Wajalla. Rakyat akan paham bahawa tiada kesudahannya mengadu untung nasib kepada pemimpin manusia. Hanya dapat sakit hati sahaja. Biarkan rakyat mengerumuni istana untuk bergambar kenangan. Bergambar dipintu masuk ke muzium yang telah tuanku sultan warwarkan di tahun 1995 dahulu.

Kepada PR, bermainlah dengan UMNO sahaja. Jikalau PR menang dalam permainan ini jangan ke istana memohon jawatan. Terimalah hakikat bahawa tuanku sultan tidak memerlukan PR mengadap membawa hajat rakyat yang diberkati Allah. Sedarlah bahawa PR tiada sumbangan besar kepada istana berbanding UMNO. UMNO mendabik dada bahawa UMNOlah yang telah menyelamatkan istana daripada menjadi muzium pada tahun 1946. Hebatkan jasa UMNO kepada istana?

Tapi .. sekelumit harapan rakyat masih terus dititipkan sehinggalah tuanku sultan membuat keputusan. Entah diperkenan, entahkan tidak.



2 comments:

  1. Salam,,,
    Mamamat.. tuanku Sultan lebih suka bersama orang asli sekarang ni... sebab orang asli kurang lagi cerodeknya.. senang deme nak menipuuu... orang melayu, cina, India dan kena rupenya UMNO Celaka...

    ReplyDelete
  2. Rupanya Sultan dah jadi OKU...bisu!!!!

    ReplyDelete