Tuesday, February 24, 2009

Istana tidak bersalah ...

Kenyataan

Dalam Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia, Agong atau Sultan hendaklah bertindak melucutkan jawatan menteri atau exco berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar. Istana berkuasa dalam membubarkan parlimen/DUN dan memanggil dewan bersidang setelah mendapat nasihat daripada PM atau MB.

Rentetan peristiwa sebelum rampasan kuasa di Perak

1. Mantan MB Perak, Tajol Rosli diminta melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

2. TPM Najib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru.

3. Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

Ulasan 1

1. Tindakan ADUN Bota melompat keluar daripada UMNO menyertai PKR sememangnya telah dirancang supaya ada alasan kukuh untuk menggugurkan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

2. Tindakan UMNO melantik TPM Najib sebagai pengganti Tajol walaupun beliau bukan berasal dari Perak adalah kerana jawatannya sebagai TPM.

3. UMNO tidak melantik Zahid Hamidi sebagai pengerusi kerana Zahid sekadar menteri biasa.

4. Secara ranking mudah, jawatan TPM lebih besar daripada MB. Jawatan MB pula lebih besar daripada menteri. Manakala mantan MB Tajol langsung tidak termasuk dalam ranking.

5. Untuk merampas kuasa secara keliru, istana hendaklah mengutamakan nasihat TPM berbanding MB.

Ulasan 2

MB Nizar telah memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN. Pada hari yang sama TPM Najib mengumumkan UMNO telah menjadi majoriti di Perak. Istana tidak membuat keputusan kerana mahu memberi peluang TPM Najib mengadap pada hari berikutnya. MB Nizar diminta bersabar.

Istana telah menerima dua nasihat. Satu nasihat membubarkan DUN Perak daripada MB Nizar. Satu lagi nasihat mengambil alih jawatan MB daripada TPM Najib. Secara ranking, istana hendaklah mengutamakan nasihat TPM berbanding MB.

Sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang dalam maksud di atas, istana tidak boleh dipersalahkan. Istana bukanlah badan kehakiman untuk membuat keputusan. Istana hanyalah badan perundangan yang hanya mendengar nasihat daripada memandanya. Akan menjadi kesalahan jikalau istana tidak mendengar nasihat daripada memandanya.

Rumusan

Berdasarkan pengetahuan dan fahaman saya, saya merumuskan bahawa TPM Najib telah memberi nasihat yang salah kepada istana. TPM Najib telah melanggar tatacara dalam urusan melantik MB baru. MB baru pula bersalah kerana tidak menasihatkan istana bahawa perlantikannya adalah tidak sah kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Oleh itu secara perundangannya, TPM Najib dan MB baru bolehlah dikatakan telah bersalah kepada istana dan rakyat Perak. Sebab itulah MB baru telah digantung daripada menghadiri sidang dewan oleh speaker. Difahamkan bahawa polis hari ini telah menghentikan siasatan ke atas tindakan speaker ini. Mungkin juga selepas ini sekiranya ada peruntukan undang-undang berkaitan, TPM Najib boleh disabitkan bersalah kerana mencampuri urusan batang tubuh negeri Perak.

Ingat .. Najib sekadar TPM, bukannya PM. TPM tidak boleh menasihati ...

Wallahualam.

Sunday, February 22, 2009

MB Nizar di Majlis Pecah Tanah Sekolah Pondok Darul Mubaruk, Parit (22/2/09 .. 3.30 ptg)

MB Nizar tiba di bangunan Pejabat Sekolah Pondok Darul Mubaruk, Parit

Memetik kata-kata MB Nizar yang teman paham,

“Kita kena pahamkan orang-orang UMNO tentang apa yang pemimpin UMNO udah buat di Perak ni. Pemimpin UMNO telah merampas kuasa. Merampas maknanya merompak, menyamun, mencuri. Dalam Islam apa hukumnya merompak menyamun? Hukumnya haram. Kenapa saya kata haram? Sebab UMNO tidak mengambil Perak secara halal. Secara halal maksudnya mesti mengikut peraturan dan undang-undang. Mesti tunggu saya letak jawatan. Atau mesti tunggu dan menang usul undi tidak percaya dalam dewan. Atau mesti tunggu menang dalam PRU yang baru setelah DUN dibubarkan. Tetapi UMNO tak ikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Dalam Islam, tidak ikut peraturan maknanya haram. Oleh itu, jawatan MB dan Exco baru yang mereka pegang adalah haram. Gaji yang diterima dan bagi pula pada anak bini emak bapak sahabat handai makan, semua jadi haram. Apa sahaja yang dibuat atau diputuskan dengan kuasa jawatan itu adalah haram. Sanggupkah kita memakan dan menerima benda yang haram dalam kehidupan kita?"



MB merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Pondok

Terserempak dengan Sya, Ummi dan Perisik Rakyat. Ummi tanya ngape tak pegi Ipoh? Teman baru balik. Balik dari mana? Semalam baru sampai dari Bukit Seguntang. Buat ape di sane? Mesyuarat. Mesyuarat ape? Mesyuarat UMNO. Aaa...takkanler? Ituler sape suruh tanye lelebih ...


Saturday, February 21, 2009

UMNO sedang 'Tendang Pesaka'

http://lubokkawah.blogspot.com/

Orang kampong saya menggelarkan "tendang pesaka" apabila seekor lembu atau kambing meronta hebat menghadapi saat kematian setelah disembelih. Disaat itu iaitu diambang kematian itu jangan sekali-kali ada sesiapa berdiri dibelakang kakinya kerana tendangan terakhirnya itu amat kuat dan boleh mencabut nyawa yang kena tendang.

UMNO pun kini sedang berada didalam keadaan "tendang pesaka". UMNO berada didalam keadaan sangat nazak.

Parti itu guna rasuah, guna kekayaan negara, guna polis, guna SPRM, guna SPR, guna jabatan-jabatan kerajaan, guna ugut, guna mahkamah untuk mempertahankan kuasanya. Namun, mereka telah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

UMNO amat takut menghadapi Pilihanraya. Mereka akan cari 1001 macam helah supaya Pilihanraya tidak berlaku di Negeri Perak. Mereka tidak dapat bertahan di Negeri Perak, dan ramalan awal menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi tidak kurang dari 75% jika pilihanraya Negeri itu dijalankan sekarang.

Bukit Gantang merupakan tempat ujian yang terbaik. Ramalan keputusan di Bukit Gantang adalah PR akan menguasai lebih dari 77% undi. Mereka takut mengadakan Pilihanraya Kecil di Changkat Jering dan Behrang, kerana pengundi-pengundi akan melupuskan calon-calon UMNO disana.

Mereka kini membuat kesilapan besar di Bukit Lanjan. Khir Toyo telah bertindak tanpa berunding dengan Najib Razak. Apa yang sangat ditakuti oleh Najib Razak adalah mengadakan Pilihanaya Kecil khususnya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor.
Apatah lagi di kawasan-kawasan yang mempunyai taburan orang bukan Melayu yang ramai seperti Bukit Lanjan. Dengan kemenangan mutlak calon Pakatan Rakyat di Bukit Lanjan nanti akan meletakkan UMNO/BN ditempat yang akan dilupai rakyat.

Walaupun menjadi harapan penulis supaya Elizabeth Wong mengekalkan kedudukannya sebagai wakil rakyat di Bukit Lanjan, kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan Ahli Exco yang sangat berkesan, namun terserah kepada Eli sendiri untuk membuat penentuan. Dan sekiranya pilihanraya kecil diadakan di Bukit Lanjan, pilihannya bukanlah antara PR dan BN, tetapi antara yang hak dengan yang batil, dengan UMNO/BN mewakili kebatilan.

UMNO memang sudah resah. Apa juga yang dibuat dari segi politik tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada UMNO. Rakyat sudah tidak memperdulikan UMNO, dan mereka anggap UMNO sebagai parti yang sudah dilanda penyakit yang sudah tidak dibaiki lagi. Rakyat sangat insaf bahawa UMNO telah menyalahgunakan kuasa dan UMNO sangat rasuah. Tidak lama lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung, akan berlangsung pertandingan untuk memilih pimpinan mereka yang terdiri daripada mereka yang berjaya melakukan rasuah untuk menjadi calon. Mereka akan memilih pemimpin-pemimpin yang rasuah. Dan rakyat sudah tidak mahukan pimpinan yang rasuah. Rasuah akan menjadi agenda Negara jika UMNO terus berkuasa. Kemarahan rakyat kepada UMNO kerana perkara-perkara yang dikaitkan dengan imuniti pemimpin-pemimpin mereka.

Apa sebenarnya berlaku kepada Altantuya? Tidak ada suatu kes yang pernah berlaku di Mahkamah dimana pembunuhan dilakukan oleh orang yang tidak ada kena mengena tetapi menggunakan C4 dan diletupkan dengan kejam! Dan bagaimana semua dokumen perjalanannya di Imigresen boleh dipadamkan begitu saja. Rakyat mahukan siasatan, dan mahukan jawapan segera. Rakyat tidak lagi yakin kepada Najib Tun Razak untuk memimpin Negara ini, dan selagi UMNO berpaut kepada Najib, selagi itulah UMNO ditolak oleh rakyat.

Maka UMNO yang nazak ini akan melepaskan "tendang pesaka", dan hasil tendangan pesaka ini ialah tindakan terhadap Sivakumar, Tan Sri Khalid, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Arumugam, dan Elizabeth Wong.

Tendang Pesaka biasanya tidak lama sebelum lembu itu menghempuskan nafasnya yang terakhir!

Mungkinkah CERIA menjadi kenyataan?

Pokok kekabu .. di bawahnya akan didirikan Dango CERIA

Menung teman dengan CERIA. Tetiba jer CERIA diamanahkan kepada teman. Takde hitam putih buah butir perjanjian. Teman langsung tak bimbang kena dakwa di mahkamah kalo tak buat kojer atau songlap pokok sutera. Semuanya datang tetiba jer. Ntah dimana bekenan dan percayanya Dr. Wahab dan MSK pada teman. Teman sebenornya nak nanam dua tiga pokok jer, bukannya nak nanam beratus pokok. Teman cuma nak cuba try pandu test jer dulu nanam sutera ini. Untuk tengak-tengak. Tapi Dr. Wahab amat serius dalam santainya. MSK mintak teman terajui CERIA. Teman setuju walaupun berat hati. Berat hati sebab tak boleh tumpu sepenuh masa. Teman ni jenih suka jalan-jalan ngangkut anak bini. Tak duduk merap di rumah bila lapang.

Tali ayor tempat memancing bocat dan keli

Dalam berat hati itu teman ada sedikit keyakinan. Teman yakin boleh mintak peruntukan negeri seribu dua RM untuk upah orang jaga pokok sutera. Tut-tut Perak udah jadi macam ini. Konsep Taman Empat Rasa di Senggang mungkin gagal untuk direalisasikan dalam waktu terdekat. Tapi pokok sutera tetap hidup subur di dalam pasu di belakang dango teman.

Pucuk sutera boleh dibuat sayur .. masak lemak cili api

Dalam kulu kelo ke darat ke baroh mikio pasai sutera, tetiba ada sorang kawan offer tanah lot buat rumah. Keluasan 122’ x 104’. Murah jer. Teman khabo walaupun murah, teman takde duit sebanyak itu. Lagipun teman udah ada rumah sendiri. Kawan teman tanya, ndak ke tak ndak? Kalo ndak jom tukor nama di pejabat tanah, duit bayorler bila ada duit. Senangnye. Teman nak tengak geran dan tanah dulu. Kawan teman tunjuk geran. Teman kata teman nak yang ngadap tali ayor. Teman nak buat dango dan tanam sutera. Teman cadangkan lot itu dipecah jadi 66’ x 208’ setiap orang. Bior kita sama-sama ngadap tali ayor. Kawan teman tu setuju jer. Terima kasih tidak terhingga kepada kawan teman yang sudi mendahulukan ribuan RMnya untuk beli tapak CERIA atas nama teman. Syukur teman ke hadrat Illahi.

Jalan masuk ke Dango CERIA

Ketika teman sedang berdiskusi dengan Sang Sapurba di Bukit Seguntang, Dr. Wahab menghubungi menanyakan CERIA. Teman telah ceritakan kepada Dr. Wahab akan perkembangan CERIA setakat hari itu, tetapi belum lagi mengkhabarkan kepada MSK. Ini kira sedang bercerita kepada MSK ler. Mungkin dalam sebulan dua ini tanah itu akan dibersihkan. Teman dapat merasakan bahawa Dr. Wahab telah tidak sabar untuk merasmikan Dango CERIA dengan anggur bonsainya.

Batu sempadan Dango CERIA

Teman sedang membayangkan betapa indahnya pepohonan anggur dan kiwi memanjat, berbunga dan berbuah di Dango CERIA. Dr. Wahab pula sedang berada di beranda maya. MSK sedang tunduk menabur garam bukit di pangkal sutera. Isteri Ude bersama Sya dan Umni sedang merebus sayur sutera. Teman pula berkubang mencari bocat di tali ayor bersama Ude dan Wak Banjar. Kami sedang menunggu kehadiran Perak Bloggers Network ...