Sunday, January 26, 2014

Tazkirah DATANG LAMBAT

1. Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda cabut kemuncup di padang atau kutip sampah keliling sekolah.
2. Di sekolah menengah pula apabila DATANG LAMBAT, pengawas ambil nama dan cikgu denda kutip sampah atau cuci tandas.
3. Apabila masuk universiti kalau DATANG LAMBAT ke kuliah, pensyarah potong markah. Pensyarah kunci pintu tak bagi masuk.
4. Kalau DATANG LAMBAT ke tempat kerja, bos pula marah. Bonus dan kenaikan gaji terjejas. Kena 'lecture' pulak tu.
5. Tapi, kalau DATANG LAMBAT solat jemaah samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.
6. Allah hu Akbar.


No comments:

Post a Comment