Teman amat setuju Anwar jadi ADUN Kajang. Teman juge setuju yang Khalid tetap kekal sebagai MB Selangor. Kedua-dua anak Pak Berahim ini bukan calang-calang individu yang boleh dipersenda-sendakan ketokohannya. Anwar 'licik' berpolitik. Khalid 'licik' berniaga. Semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Khalid adalah CEO Guthrie sebuah konglomerat terbesar di Malaysia. Kedua-dua tokoh ini berpadu dan berjaya dalam 'tugasan' mereka.
Sekarang mereka akan berpadu lagi. Berpadu secara rasmi dalam menguruskan Selangor. Anwar tidak perlu menjadi MB Selangor. Khalid juga tidak perlu melepaskan jawatan MB. Anwar tidak perlu dilantik sebagai Exco. Cukuplah kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana yang penting kedua-dua mereka adalah ADUN Selangor. Musuh-musuh politik mereka sama ada dalam PKR, PR atau UMNO akan hilang rentak melagakan Khalid dengan Azmin. Sebab apabila adanya Anwar dalam keluarga DUN Selangor, maka khabar angin yang Azmin 'gilakan' jawatan MB akan turut berlalu dibawa angin ...
Walaupun keputusan Anwar untuk menjadi ADUN Kajang akan menenggelamkan cerita Azmin-Khalid, tetapi yang lebih penting ialah menambahkan lagi keberkesanan sokongan kepada PR menjelang PRU14. Tanpa perlu menjadi MB, Anwar yang sememangnya digeruni oleh UMNO akan semakin digeruni oleh mereka. Sememangnya UMNO dan mungkin juga segelintir rakan PR mengharapkan Anwar jadi MB. Jikalau berlaku ramalan yang Anwar jadi MB Selangor, Anwar akan melalui jalan berliku untuk memimpin PRU14. Anwar tidak akan menjatuhkan maruah dan kewibawaan Khalid selagi Khalid tidak ada cacat celanya memimpin Selangor. Walaupun mungkin rakan-rakan YB PR tidak berkenan cara pimpinan Khalid, tetapi majoriti rakyat Selangor sukakan stail pimpinan Khalid. Tidak mungkin Anwar melawan kehendak rakyat. Tidak mungkin Anwar mengulangi 'kebodohannya' meminggirkan calon-calon PKR pilihan rakyat dalam PRU13 yang lalu.
Kepada UMNO, eloklah pulaukan PRK ini. Mencipta dan mencari helah untuk tidak bertanding adalah lebih baik daripada bertanding. PR tidak akan dapat membuktikan peningkatan majoriti dan UMNO pula selamat daripada kalah berganda. Biarkan sokongan tergantung. Sekiranya UMNO bertanding dan kalah besar, UMNO tidak cukup masa untuk menambahkan sokongan menjelang PRU14, sedangkan PR semakin bertenaga memenangi PRU14. Oleh itu lebih baik biarkan sahaja Anwar menang tanpa bertanding supaya UMNO ada masa untuk membetulkan hala tuju UMNO itu sendiri.
Jikalau PM Najib tidak lagi menjadi PM setelah kalah PRK, UMNO sukar untuk diselamatkan lagi. Tetapi jikalau PM Najib lepaskan jawatan dalam keadaan UMNO tidak menyertai PRK, UMNO mungkin masih boleh bernafas dalam PRU14 ...
Anwar tak akan jadi MB Selangor.Anwar cuma mahu pastikan UMNO/BN akan lebih terseksa di Selangor.
ReplyDeleteBiar TSKI terus jadi MB kerana penerimaan rakyat terus meningkat dalam PRU13.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim menjadi pengawal kerajaan negeri supaya segera melaksanakan program membantu rakyat dengan dana yang sediada.
Kalaulah RM3b dibelanjakan untuk kesenangan rakyat pasti PRU14 PR sapu bersih DUN dan Parlimen di Selangor