PRU13
DAP : 27,399
BN : 20,086
Majoriti : 7,313
PRK
DAP : 19,919
BN : 20,157
Majoriti : 238
Apah tak ha ..
BN dapat tambah 71 undi ato 0.35% je. Maknenye semua pengundi BN tetap ngundi BN.
Undi DAP pulak banyak kughangnye. Kughang 7,480 berbanding PRU. Dan undi yang kughang ini hampio same dengan majoriti dalam PRU. Ini menampakkan yang pengundi DAP dalam PRU tidak keluo mengundi. Deme tak sio ngundi mungkin keghane tak gemo dengan calon DAP ato yakin bebeno yang DAP akan menang sehingga taknak balik ngundi walopun deme tetap getik dengan BN. Kalo deme sokong BN, tentu deme keluo ngundi dan mangkah BN dan BN pulak akan betambah undinye ...
Nak tepat, kita tunggule angka-angka yang betui mengikut UPU. Pengundi DAP PRU leghah mane yang buat pedaje. Pengundi Changkat Jong ato Pasio Bedamo ...
Ape2pun tahniah kepade YB Menteghi, Datuk Mah Siew Keong. Tahniah hingga PRU14 je. Kalo Datuk Mah nak teghuih jadi YB, pastikan yang 7,000 pengundi PR itu tidak keluo mengundi ...
Huh! Tak sio teman nak neke lagi. Semuanye tak kene. Mole2 neke sape jadi suletan, tak kene. Neke PRKpun tak kene. Teke bolapun tak kene ... teman teke Kelate tapi Felda yang masuk final ...
Sunday, June 1, 2014
Thursday, May 29, 2014
Wednesday, May 28, 2014
Saturday, May 17, 2014
I AM FIGHTER
"Saya hanya susah hati apabila melibatkan perkahwinan anak saya. Baki empat tahun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam politik Terengganu. I'm fighter ..."
Kenduri kawin dahpun selesai ... yesss, I'm fighter!
Kenduri kawin dahpun selesai ... yesss, I'm fighter!
Tuesday, May 13, 2014
Terengganu dapat MB baru dan dapat lagi MB baru?
ADUN Kijal, YB Dato' Seri Ahmad Said telah istihar keluar UMNO dan jadi ADUN Bebas. ADUN Ajil, YB Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, YB Roslee Daud juga turut keluar UMNO dan jadi ADUN Bebas. Ketiga-tiga mereka belum menyatakan pendirian samada Bebas yang menyokong BN atau PR. Kurang 12 jam, ADUN Bukit Besi menarik balik keputusannya.
Kedudukan terkini DUN Terengganu ialah BN 15, PAS 14, PKR 1 dan Bebas 2. Jikalau kedua-dua ADUN Bebas ini mesra PR, maka akan terbentuklah kerajaan baru di Terengganu yang memungkinkan Dato' Ahmad Said kembali sebagai MB Terengganu ...
Kedudukan terkini DUN Terengganu ialah BN 15, PAS 14, PKR 1 dan Bebas 2. Jikalau kedua-dua ADUN Bebas ini mesra PR, maka akan terbentuklah kerajaan baru di Terengganu yang memungkinkan Dato' Ahmad Said kembali sebagai MB Terengganu ...
Sunday, May 4, 2014
PKR .. calon pilihan teman .. udah undipun
Timbalan Presiden : Azmin Ali
Naib Presiden : Rafizi Ramli
Tian Chua
Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden : Rafizi Ramli
Tian Chua
Nurul Izzah Anwar
Sunday, March 23, 2014
Anak2 dara Kak Wan
Tahniah Kak Wan .. opps bukan Kak Wan, tapi Mak Wan
PRK DUN Kajang - 23/3/14
Peratus Keluar Mengundi - 72.1%
PR - 16741
PR - 16741
BN - 11362
Undi Rosak - 176
Undi Rosak - 176
Majoriti - 5379
Jumlah Keluar Mengundi - 28279
PRU13 DUN Kajang - 5/5/13
Peratus Keluar Mengundi - 88.4%
PR - 19571
BN - 12747
4 Calon Bebas/Berjasa - 1431
Undi Rosak - 541
Majoriti - 6824
Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)
* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151
Jumlah Keluar Mengundi - 28279
PRU13 DUN Kajang - 5/5/13
Peratus Keluar Mengundi - 88.4%
PR - 19571
BN - 12747
4 Calon Bebas/Berjasa - 1431
Undi Rosak - 541
Majoriti - 6824
Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)
* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151
Tuesday, March 18, 2014
MH370 ... Bomoh Indonesia lebih fokus ...
1. Bomoh Malaysia kata pesawat tergantung .. belum jatuh2 .. masih dalam tawanan ghaib - tilekan melalui bubu, buah kelapa, raga dan teropong buluh .. zam zam alakazam
2. Bomoh Indonesia kata enjin pesawat tetiba mati dan jatuh tenggelam di latitud utara 7 darjah 47'47.90 dan longitud timur 105 darjah 13'39.59 - tilekan melalui komunikasi ghaib selepas solat tahajud
2. Bomoh Indonesia kata enjin pesawat tetiba mati dan jatuh tenggelam di latitud utara 7 darjah 47'47.90 dan longitud timur 105 darjah 13'39.59 - tilekan melalui komunikasi ghaib selepas solat tahajud
Sunday, March 16, 2014
Malaysia TIDAKKKK
MH370 .. Tidak terhempas, tidak dirampas
Teoh Beng Hock .. Tidak dibunuh, tidak bunuh diri
PR 52% .. Tidak menang, tidak kalah
BN 47% .. Tidak kalah tapi menang
Teoh Beng Hock .. Tidak dibunuh, tidak bunuh diri
PR 52% .. Tidak menang, tidak kalah
BN 47% .. Tidak kalah tapi menang
Monday, March 3, 2014
PRK Kajang : Politik tinggi lawan politik rendah ...
PRK Kajang sedikit sebanyak telah menampakkan perbezaan pemikiran politik masa kini di kalangan ahli-ahli PKR dan PAS. Pemikiran politik DAP sememangnya penuh dengan strategi berbanding PKR dan PAS. Seperti kata Subky Latif, PRK Kajang adalah strategi politik tinggi Anwar Ibrahim. Mungkin boleh ditambah politik tinggi ini adalah penyatuan pemikiran Anwar dan Rafizi. Pemuda PAS juga telah diperingatkan betapa pentingnya menjadi pemuda biasa yang mampu berfikiran luar biasa.
UMNO sedar akan politik tinggi ini. UMNO sedar yang UMNO cuba dibawa mengikut rentak tari politik Anwar yang akhirnya UMNO yang tersungkur. Tun Mahathir tahu. Tun Zaimpun tahu. Tetapi pemimpin kecil dan besar dalam PKR dan PAS begitu kerdil untuk memikirkan permainan politik tinggi ini. Kelompok politik rendah ini terlalu sukar untuk memahami politik tinggi Anwar. Pemikiran yang tidak kesampaian! Mereka mahu diberitahu semuanya. Jikalau semuanya diberitahu, bukanlah strategi namanya. Itu bodoh namanya. Apabila Anwar kata pencalonannya untuk menguatkan PR di Selangor dan seterusnya ke Putrajaya, janganlah kita mengherdik dan mendesak dia untuk memberitahu semuanya. Ingat, ada kalanya kita kena terus terang dan ada masanya kita kena berfikir di luar kotak.
Anwar tidak akan jadi MB Selangor. Kehadiran Anwar akan menambahkan kekuatan PR di Selangor. Pada waktu yang sama UMNO akan semakin lemah bukan sahaja di Selangor, malah di Semenanjung. Jikalau Anwar tidak berada dalam DUN Selangor, akan ada lompang untuk UMNO mengerjakan Khalid. Tetapi apabila Anwar ada, niat untuk mengerjakan Khalid terpaksa dibatalkan. Maka selamatlah Khalid sebagai MB dan selamatlah PR Selangor dalam PRU 14. Untuk lemahkan UMNO, Khalid kena buat macam ini. Azmin kena buat macam itu. Biar menampakkan macam gaduh. Untuk lebih real, Khalid umumkan bertanding lawan Azmin. Fuhh ... Biar UMNO lihat PKR lemah. Biar UMNO puji Khalid. Biar UMNO habiskan masa untuk memuji dan mencerca pimpinan PKR. Biarkan .. biarkan.
Kesannya, PM Najib menjadi saksi MoU air di Selangor. SYABAS terbabas. Selesai satu kerja ...
Tahniah Anwar. Tahniah Rafizi. Tahniah Khalid. Tahniah Azmin. Tahniah juga kepada mereka yang cuba memahami maksud politik tinggi ...
Sunday, February 23, 2014
Maka fahamlah saya apa itu PBS (semua kita, khususnya pemimpin UMNO wajib baca sampai habis)
….. aku
harap korang faham la maksud yang aku cuba sampaikan...
bukan
sehari je tau menghadapi masalah untuk log in SPPBS... tapi boleh dikatakan
sepanjang tahun...
jarang
sangat la time dia ok untuk key i
waktu
siang tu memang agak mustahil la kan.. sebab kita nak tanda evidens lagi..nak
rekodkan lagi..nak kuar masuk evidens dalam fail lagi... tinggal waktu malam je
la.... tapi tu la.. waktu "prime-time" memang susah nak dapat peluang
boleh key in.. selalunya pukul 3,4 pagi.... sebab xramai pengguna
online..tu yang server xgelong.... tapi aku nak tanya.. masa kerja cikgu2 ke pukul 2,3,4 pagi ni? ada kerja shift
ek???? kalau kerja shift.. pagi esok tak payah pi sekolah dah...masuk malam
esok pulak la kan patutnya..tapi tak kan..? pagi esok2 awal2 lagi dah kena pi
sekolah macam biasa.. dah tu.. bila masa rehat? ada 6000 evidens ni nak kne
tick dekat SPPBS tu... satgi tak buat kan masa depan
pelajar dipertaruhkan... tu yang pulun stay up semua cikgu... anak kemana,..laki
kemana...
kalau
takat satu malam je sistem gelong..xdenya orang bising...
kalau
takat satu malam je kena stay up 3,4 pagi..xdenya orang bising...
ni
sepanjang tahun...
dah r
kalau bangun tu betul boleh key in xpe..
ni sistem
still xleh key in..
kalau
boleh key in pun..
sejam tu
hanya utk key in 2,3 orang budak...
apa
perasaan korang kalau bukan Facebook dua jam..
hanya
boleh view 2 kawan jek..
yang lain
masa dihabiskan untuk loading..
rasa
happy? bangun pukul 4,5 pagi nih...
macam aku
cerita... itu tahun 2012...
PBS start
bulan 5...
kuar kat
web SPPBS... tarikh akhir key in sebelum 31 November...
senangkan
kuar arahan..
yang
cikgu2 ni macam orang gila dah..
ye.. awal
November lagi dah cuti sekolah..
korang
ingat cikgu cuti tu maksudnya cuti la..
aku kena
jaga STPM....
sesak jiwa
raga...
sebab
siang mna nak boleh key in..jaga exam..
kena
tunggu malam la..
kalau
malam xleh?
rasa
setiap saat tu nak duk ngadap laptop... nak key in..
al
maklumla aku guru kelas Tingkatan 1..
guru kelas
lagi banyak nak kena key in..
aku yang
pencapaian pelajar akademik dah...
mai tang
yang PAJSK... kena key in maklumat Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Unit
Beruniform bagi sretiap pelajar kelas aku jaga... macam aku cakap la... budak
35 orang... kalau sistem laju macam Facebook takpe.. tapi ssitem siput sedut...
loading manjang... tekanan perasaan sangat.. sebab kerja kita patutu selesai
dalam masa sejam dua jek.. tapi sebab sistem yang sangat tidak efisien...
berminggu-minggu tak boleh nak siapkan... pastu macam Unit Beruniform... dia
punya sistem untuk key in xbetul.. petak nak tick tak kuar......dan naik nama cikgu yang tak buat kerja...
wajarkah???
masa tu
aku jadi S/U..... korang tak tau luluh jiwa bila pukul 7 pagi,..sorang
cikgu veteran call aku... umur dia dalam 53 macam tu... baya2 mak kita... tak
pun mak cik-mak cik kita... pukul 7 pagi.. di hari sabtu...
cikgu X :
nieza.. maaflah call pagi-pagi ni...
aku :
eh..xpelah..dah bangun dah..
cikgu X :
ni..akak nak tanya.. SPPBS tu nieza boleh bukak x? akak try bukak tadi..dari
pukul 4 pagi akak try... tapi xboleh... ke komputer akak yang rosak?
aku :
eh..bukan.. memang SPPBS gelong... saya pun try xboleh nak log in...
pilu rasa
hati... ortang baya mak-mak kita.. yang tak berapa mahir komputer..tapi mencuba
sepenuh usaha untuk merealisasikan PBS sampai berjaga malam... padahal yang
xbetul adalah sistem.. bukan komputer dia... xjadi kat mak korang korang
tak rasa.... dah la ada penyakit darah tinggi bagai...
xmasuk
lagi kes cikgu yang ada kanser buat chemotheraphy semua...
salah
cikgu?
Panjang bejele kome oooii. Jenuh teman macenye .. nak lebih paham dan tahu kisah sebenonye, kome pegile
bace (itupun kalo tuannye belum delete) di http://yangsukasukasahaja.blogspot.com/2014/02/pbs-pandangan-peribadiku-selaku.html
Monday, February 10, 2014
PRU14 : PKR+DAP lawan UMNO+PAS
Huh! Getik teman.
1. Sejak PRU13 tak abih2 kesah PAS dengan PKR. PAS kate PKR tak kuat mane. PKR takde jenteghe. PAS boleh idup tanpe PKR. Kalo takde PAS, PKR udah lame tumpo...
2. Teman ingatkan bile udah abih PRU13, bile dah tahu sape yang kalah sape yang menang, sohle deme sebab menyesa tak sudah. Tapi idak juge. PKR manta PAS dan PAS pun takde kughangnye. Bahkan lagi bebese lidah deme ni. Seghebanpun tangga ...
3. Tetibe PKR pulak kosongkan Kajang, Kene adekan PRK lagi. Takpele, sebab udah tentu ade jalan ceghitenye. Tapi PAS tetap PAS, nyemedang je tak puas hati pade PKR. Kejap maghah kejap sokong tapi lebihnye tetap pade maghah.
4. Pade pikio teman senang je. Oleh keghane PAS udah berpikio macam UMNO, elokle PAS bekawan dengan UMNO. Bile udah bekawan, boleh betuikan UMNO. UMNO udah tentu akan bagi macam2 pade PAS. Yang penting, ape yang PAS hendak UMNO boleh bagi. Nak buat hudud UMNO sokong, nak jadi MB Selangorpun UMNO boleh bagi ...
5. PAS boleh mulakan dengan PRK Kajang. Letak calon PAS ato umumkan yang PAS sokong calon yang lawan PKR. Inile masenye nak malukan PKR. Bio padan muke Anwar Ibrahim, ghasekan Azmin Ali dan hajapkan pade Khalid Ibrahim. Sekughang2nye PAS boleh mengesahkan yang PAS peghonah menolong UMNO menang di Kota Damansara ...
6. Keme ghakyat akan besyuko yaamat kalo wujudnye pakatan PAS dengan UMNO. Kalo PAS+UMNO menang dalam PRU14, PAS boleh tunjukkan pade UMNO akan jalan yang betui dan jalan yang diredhai. Ape yang PAS hendak, boleh dilaksanakan. Maklumle Melayu Islam yang megang kuase. Selamat Melayu, Selamat Islam ...
7. Andaikate PKR+DAP yang menang PRU14, ghakyat masih untung keghane janji PKR dan DAP akan jage ghakyat tanpe meghighe kaum. Tidak ade rasuah dan tidak ade hakap tamak halobe. Ghakyat akan dijage lebih baik bebanding semase UMNO memeghentah.
8. Oghang PAS yang tak beghape selese dengan PAS, bolehleh menyebelah PKR. Begitu juge oghang Melayu PKR yang gegham dengan PKR bolehle masuk PAS ato UMNO. Senangkan? Sekughang2nye caghe bepikio jadi same. Bile dah same, kughangle bebalah. PAS aman. PKRpun aman. UMNOpun selamat. DAP lantaknyele. Tahule PKR nyage kawannye itu.
9. Wallahualam.
Saturday, February 8, 2014
Semua pengundi India akan undi PR dalam PRK DUN Kajang
Waythamoorthy : PM dan BN tidak mempunyai keberanian untuk menunaikan janji bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi kaum India. Kini masyarakat India khususnya Hindraf telah hilang kepercayaan kepada janji-janji PM setelah menunggu selama lapan bulan ....
Thursday, February 6, 2014
Tuesday, January 28, 2014
Anwar amat bodoh jika mahu jadi MB Selangor ..
Teman amat setuju Anwar jadi ADUN Kajang. Teman juge setuju yang Khalid tetap kekal sebagai MB Selangor. Kedua-dua anak Pak Berahim ini bukan calang-calang individu yang boleh dipersenda-sendakan ketokohannya. Anwar 'licik' berpolitik. Khalid 'licik' berniaga. Semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Khalid adalah CEO Guthrie sebuah konglomerat terbesar di Malaysia. Kedua-dua tokoh ini berpadu dan berjaya dalam 'tugasan' mereka.
Sekarang mereka akan berpadu lagi. Berpadu secara rasmi dalam menguruskan Selangor. Anwar tidak perlu menjadi MB Selangor. Khalid juga tidak perlu melepaskan jawatan MB. Anwar tidak perlu dilantik sebagai Exco. Cukuplah kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana yang penting kedua-dua mereka adalah ADUN Selangor. Musuh-musuh politik mereka sama ada dalam PKR, PR atau UMNO akan hilang rentak melagakan Khalid dengan Azmin. Sebab apabila adanya Anwar dalam keluarga DUN Selangor, maka khabar angin yang Azmin 'gilakan' jawatan MB akan turut berlalu dibawa angin ...
Walaupun keputusan Anwar untuk menjadi ADUN Kajang akan menenggelamkan cerita Azmin-Khalid, tetapi yang lebih penting ialah menambahkan lagi keberkesanan sokongan kepada PR menjelang PRU14. Tanpa perlu menjadi MB, Anwar yang sememangnya digeruni oleh UMNO akan semakin digeruni oleh mereka. Sememangnya UMNO dan mungkin juga segelintir rakan PR mengharapkan Anwar jadi MB. Jikalau berlaku ramalan yang Anwar jadi MB Selangor, Anwar akan melalui jalan berliku untuk memimpin PRU14. Anwar tidak akan menjatuhkan maruah dan kewibawaan Khalid selagi Khalid tidak ada cacat celanya memimpin Selangor. Walaupun mungkin rakan-rakan YB PR tidak berkenan cara pimpinan Khalid, tetapi majoriti rakyat Selangor sukakan stail pimpinan Khalid. Tidak mungkin Anwar melawan kehendak rakyat. Tidak mungkin Anwar mengulangi 'kebodohannya' meminggirkan calon-calon PKR pilihan rakyat dalam PRU13 yang lalu.
Kepada UMNO, eloklah pulaukan PRK ini. Mencipta dan mencari helah untuk tidak bertanding adalah lebih baik daripada bertanding. PR tidak akan dapat membuktikan peningkatan majoriti dan UMNO pula selamat daripada kalah berganda. Biarkan sokongan tergantung. Sekiranya UMNO bertanding dan kalah besar, UMNO tidak cukup masa untuk menambahkan sokongan menjelang PRU14, sedangkan PR semakin bertenaga memenangi PRU14. Oleh itu lebih baik biarkan sahaja Anwar menang tanpa bertanding supaya UMNO ada masa untuk membetulkan hala tuju UMNO itu sendiri.
Jikalau PM Najib tidak lagi menjadi PM setelah kalah PRK, UMNO sukar untuk diselamatkan lagi. Tetapi jikalau PM Najib lepaskan jawatan dalam keadaan UMNO tidak menyertai PRK, UMNO mungkin masih boleh bernafas dalam PRU14 ...
Sunday, January 26, 2014
Tazkirah DATANG LAMBAT
1. Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda cabut kemuncup di padang atau kutip sampah keliling sekolah.
2. Di sekolah menengah pula apabila DATANG LAMBAT, pengawas ambil nama dan cikgu denda kutip sampah atau cuci tandas.
3. Apabila masuk universiti kalau DATANG LAMBAT ke kuliah, pensyarah potong markah. Pensyarah kunci pintu tak bagi masuk.
4. Kalau DATANG LAMBAT ke tempat kerja, bos pula marah. Bonus dan kenaikan gaji terjejas. Kena 'lecture' pulak tu.
5. Tapi, kalau DATANG LAMBAT solat jemaah samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.
6. Allah hu Akbar.
2. Di sekolah menengah pula apabila DATANG LAMBAT, pengawas ambil nama dan cikgu denda kutip sampah atau cuci tandas.
3. Apabila masuk universiti kalau DATANG LAMBAT ke kuliah, pensyarah potong markah. Pensyarah kunci pintu tak bagi masuk.
4. Kalau DATANG LAMBAT ke tempat kerja, bos pula marah. Bonus dan kenaikan gaji terjejas. Kena 'lecture' pulak tu.
5. Tapi, kalau DATANG LAMBAT solat jemaah samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.
6. Allah hu Akbar.
Monday, January 20, 2014
Kangkung di Ipoh mahal berganda ..
Tengahari tadi tetibe je ghase nak makan sayo kangkung belacan. Yang jadi tetibe tu sebab tenampak ade sayo kangkung tu. Temanpun mintakle seghinggit. Sesudu je? Sudu beso kome, bukannye senduk. Ataih sikit daghi sudu teh.
Teman bagitahu pekedai tu yang kangkung udah mughah. Takkan satu sudu satu ghinggit? Ini bunyi lebih kughang jawapan dia. Tekejut teman.
"Haghi Najib cakap kangkung tughun ghege, memang betui. Sekilo RM1.50 je. Sebelum itu RM2 tapi tak peghonah lebih daghi RM2.50. Esoknye lepaih Najib kate tughun, ghege kangkung naik RM3. Semalam dan pagi ini udah jadi RM4 sekilo. Bla ... bla ... bla ... bla .... ".
Esok moh kite coye2 ghege kangkung di paso ato di magheket2 sekito Ipoh ni. Sape yang bedaah, sape yang kene tipu!
Sunday, January 19, 2014
Berita buruk buat UMNO ... MCA pecah dua?
CSL : Mike tipu teman. Mike mungke janji. Mike tak buat ape yang mike janjikan pade teman ...
LTL : Bukan teman yang mulekan. Mike yang mule2 langgo ... Peduli ape diteman. Yang penting teman udah jadi Mr. Presiden!
LTL : Bukan teman yang mulekan. Mike yang mule2 langgo ... Peduli ape diteman. Yang penting teman udah jadi Mr. Presiden!
Thursday, January 16, 2014
Wednesday, January 15, 2014
Gegham sampa ngeligih ... ghase nak join je!
Teghingat zaman bebudak di Lubuk Meghobo. Menembak dan mengago ikan di Sungai Laneh ... Seghonoknye deme. Tapi lagi seghonok kalo ade PRK di DUN Lubuk Meghobo.
Sumber gambar : FB KK Bandar Diraja .. moh kite singgah
Sumber gambar : FB KK Bandar Diraja .. moh kite singgah
Tuesday, January 14, 2014
Monday, January 13, 2014
Friday, January 10, 2014
Wednesday, January 1, 2014
2014 .. Teghime kasih ameno
Kalo tak beduit, moh buat duit di http://stayreward.com/index.php?share=10101
.. Nampak beno bedaahnye ..
Subscribe to:
Posts (Atom)