Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di
Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan
menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan
menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan
apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.
"Sekiranya
kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri
Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru –
tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku
sampai ke Dewan Rakyat.
"Dan kita tak mahu melihat kedudukan
BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi
BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.
"Oleh
demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala
Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya
masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi
memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut.
Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan. - mk

No comments:
Post a Comment