Wednesday, July 24, 2013

Bukti Najib takut 16-16 ...




…. Najib dikatakan mencuba pelbagai option dalam memperkuatkan kedudukannya dalam Umno. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR ditawarkan untuk menyertai kabinetnya.

Anwar ditawarkan untuk menjadi timbalan perdana menteri manakala empat pemimpin kanan PKR ditawarkan untuk menjadi menteri. Namun semuanya ditolak oleh Anwar dengan alasan tidak mahu meninggalkan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR). Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada penulis.

"Najib memang cuba berjumpa dengan Anwar di Jakarta dalam lawatan mereka berdua ke negara itu baru-baru ini, namun dielak oleh Anwar," kata Saifudin.

Anwar yang terlebih awal berada di Jakarta. Mereka sepatutnya berkongsi bilik VVIP di lapangan terbang Jakarta semasa Najib sampai dari Kuala Lumpur pertengahan Jun lalu. Namun Anwar mengelaknya dengan meminta agar beliau boleh memasuki kapal terbangnya 15 minit lebih awal.

Perkara ini disahkan oleh Dr Rahim Ghouse, pegawai kanan Anwar yang bersama-sama dengan Anwar dalam lawatan itu ….


No comments:

Post a Comment