Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih
Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini
seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan
keadilan.
Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh
LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat
dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz
Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini
menjadi Pakatan Rakyat?
Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis
jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar
telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi
Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan
berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah
tanahair Malaysia.
Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim
yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana
ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah
tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.
Reformasi 1998 – bonus kepada PAS
Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz
Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan
pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka
minda dalam berpolitik.
Jika tidak kerana Reformasi 1998,
rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana
Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan
pembohongan UMNO dan BN.
Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat
mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa
dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya
menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak
dalam sejarah. Lupakah kita semua?
Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor
Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi
1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas
politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan
beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.
Nah!
Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan
BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari
Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi
terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan,
Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan
Johor!
Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998
yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita
semua?
Anwar kini keseorangan
Kini pengasas Gerakan
Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi
meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan
oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.
Ya, memang segala yang berlaku
adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak
akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.”
Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor
yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan
mesti dihargai dan diingati.
Jika Ustaz Fadzil Noor masih
hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA
ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.
Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi
sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar
Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan
kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib
dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih
ada, itu keluhnya.
Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.
INGATLAH WAHAI AHLI PAS…
Betul kata saudara...Bila masa pulak PAS pinggir kan Anwar Ibrahim???? Jgn hanya kerena tak ikut satu dua perkara sudah di katakan pinggirkan Anwar/PKR. Tak kan kita kena ikut semua kalau itu bertentangan dengan pendirian kita!!!
ReplyDelete