Thursday, March 28, 2013

Hassan lantik diri sendiri sebagai MB Kerajaan Sementara @ Haram di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terpaksa mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar meskipun mengakui bahawa DUN Negeri Sembilan telah bubar secara automatik pada 28 Mac.

Pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya berkata selepas DUN negeri itu bubar secara automatik Kerajaan Negeri Sembilan perlu dilantik semula oleh Yang Dipertuan Besar sebagai kerajaan sementara.

Jika tidak, hujah Aziz, ia adalah kerajaan haram dan perlantikan formal itu perlu kerana ia telah melebihi tempoh lima tahun.


No comments:

Post a Comment