Oleh : Mohd Arif Juhani
PARIT 11
MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap
dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri
Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau yang
menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno
BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.
“Pekida
adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai
sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan
Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi
kerajaan di Batu Gajah, Perak.
Beliau
berkata demikian kepada Keadilan
Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.
Sabri juga
mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu
menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas
kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.
“Pernah
rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan
tanpa kehadiran pengerusi?” katanya.
Beliau juga
mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu,
menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
lepas ni bukan setakat pekida parit saja yang sokong pakatan rakyat...seluruh pekida perak akan menyatakan sokongan mereka kepada PR..
ReplyDelete