Cerita rogol masih tergantung. Cerita SUK pula semakin mudah difahami apabila kronologinya mula diperkisahkan. Kemudian menyelit kembali cerita UG apabila pimpinan utama PAS dijemput santap bersama pimpinan utama UMNO di istana. Difahamkan bahawa PAS telah menyatakan pendirian untuk terus bersama PKR dan DAP dalam keluarga PR.
Nun di Jelebu, agak sukar untuk mempercayai Menteri Rais merogol pembantu rumahnya. Manakan mungkin Menteri Rais yang pakar dalam undang-undang dan budaya gagal mengawal kehendak seksnya. Sumber asal cerita ini dikatakan dipetik dari laporan Migrant Care yang berpejabat di Jakarta.
Menteri Rais menafikan cerita ini. Robengah juga menafikannya. PM Pak Lah juga menafikannya. Dan nampak macam kisah ini akan berakhir. Tetapi Migrant Care masih terus mempertahankan laporannya. Robengah sememang telah diperkosa. Robengah tidak mahu kisahnya diperpanjangkan. Robengah takut diC4. Rakyat mula berfikir, mungkin ada benarnya yang Menteri Rais memperkosa Robengah? Cerita semakin panas. Biarlah masa dan keadaan menentukannya.
Di Selangor pula ada pihak cuba melagakan MB Khalid dengan istana. Dalam zaman UMNO, MB mempersembahkan senarai calon SUK untuk diperkenankan sebagai SUK. Dalam zaman PR, KSN yang mempersembahkannya. Tradisi dan kebiasaan atau mungkin juga undang-undang sah yang tidak memihak UMNO tidak akan diguna pakai di negeri yang dikuasai oleh PR. Negeri Perak telah menerima bahana akan pencerobohan undang-undang oleh UMNO.
Kekadang rakyat menjadi keliru. Ingin bersuara, tetapi takut dan bimbang dikatakan derhaka pula kepada istana. Lihat apa yang terjadi pada ADUN Seri Muda. Macam-macam tohmahan diterimanya melalui media UMNO. Rakyat mula berfikir, siapa sebenarnya derhaka kepada istana? PR atau UMNO.
Sebagai penyokong PR, marilah kita melihat dan meyakini bahawa segala tindak tanduk yang dilakukan oleh UMNO adalah usaha-usaha akhir mereka meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa selepas PRU13. Sayangnya UMNO terlalu kasar. UMNO telah hilang pertimbangan berpandukan mata hati. UMNO meminta agar nyawanya dilanjutkan dengan nada yang kasar ...
Huh, udah nak tumpopun masih sombong ...
Salam Yob, orang yg terdesak buleh buat memacam Yob. Tambah kalu periok nasi akan terjejas dan salahlaku deme akan terburai keluwor kalau deme ilang kerusi nanti. mana nok cari makan, mana nok simpan muke nanti.
ReplyDeleteUmno belum tumpo lagi yeop. baru nazak.....harap2 sempat ngucap.
ReplyDelete