Monday, January 10, 2011

Ameno ni .. udah nak tumpopun masih sombong ..

Cerita rogol masih tergantung. Cerita SUK pula semakin mudah difahami apabila kronologinya mula diperkisahkan. Kemudian menyelit kembali cerita UG apabila pimpinan utama PAS dijemput santap bersama pimpinan utama UMNO di istana. Difahamkan bahawa PAS telah menyatakan pendirian untuk terus bersama PKR dan DAP dalam keluarga PR.

Nun di Jelebu, agak sukar untuk mempercayai Menteri Rais merogol pembantu rumahnya. Manakan mungkin Menteri Rais yang pakar dalam undang-undang dan budaya gagal mengawal kehendak seksnya. Sumber asal cerita ini dikatakan dipetik dari laporan Migrant Care yang berpejabat di Jakarta.

Menteri Rais menafikan cerita ini. Robengah juga menafikannya. PM Pak Lah juga menafikannya. Dan nampak macam kisah ini akan berakhir. Tetapi Migrant Care masih terus mempertahankan laporannya. Robengah sememang telah diperkosa. Robengah tidak mahu kisahnya diperpanjangkan. Robengah takut diC4. Rakyat mula berfikir, mungkin ada benarnya yang Menteri Rais memperkosa Robengah? Cerita semakin panas. Biarlah masa dan keadaan menentukannya.

Di Selangor pula ada pihak cuba melagakan MB Khalid dengan istana. Dalam zaman UMNO, MB mempersembahkan senarai calon SUK untuk diperkenankan sebagai SUK. Dalam zaman PR, KSN yang mempersembahkannya. Tradisi dan kebiasaan atau mungkin juga undang-undang sah yang tidak memihak UMNO tidak akan diguna pakai di negeri yang dikuasai oleh PR. Negeri Perak telah menerima bahana akan pencerobohan undang-undang oleh UMNO.

Kekadang rakyat menjadi keliru. Ingin bersuara, tetapi takut dan bimbang dikatakan derhaka pula kepada istana. Lihat apa yang terjadi pada ADUN Seri Muda. Macam-macam tohmahan diterimanya melalui media UMNO. Rakyat mula berfikir, siapa sebenarnya derhaka kepada istana? PR atau UMNO.

Sebagai penyokong PR, marilah kita melihat dan meyakini bahawa segala tindak tanduk yang dilakukan oleh UMNO adalah usaha-usaha akhir mereka meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa selepas PRU13. Sayangnya UMNO terlalu kasar. UMNO telah hilang pertimbangan berpandukan mata hati. UMNO meminta agar nyawanya dilanjutkan dengan nada yang kasar ...

Huh, udah nak tumpopun masih sombong ...

Friday, January 7, 2011

Teman tak kate yang ameno akan kalah teghuk ... Tuan Aspan yang kate

Oleh : Aspan Alias

........ Secara terus dan jelas saya ingin memberikan pandangan yang BN akan menghadapi jalan yang paling sukar didalam pilihanraya yang akan datang. Percaya atau tidak saya tidak peduli. Saya ulangi; BN akan menghadapi jalan yang amat sukar dalam pilihanraya yang akan datang ini, malahan lebih sukar dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 dahulu........

............ Saya berpendapat setakat hari ini BN akan hanya menang tidak lebih dari seratus kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti. Itulah keadaan setakat hari ini. Tak taulah jika ada keajaiban besok atau lusa yang membolehkan BN memenangi lebih dari seratus kerusi.......

Kome boleh baca lagi di blognya di http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Teman udah sediakan link blognye di sebelah kanan blog teman. Kome klik je tetiap haghi ...

Wednesday, January 5, 2011

Teman sokong ameno ...

Udah seminggu kite melalui tahun 2011. Dalam tempoh seminggu ini macam2 isu yang dihidangkan kepada ghakyat oleh ameno. Entah bilele nak abihnye.

Isu SUK di Selango masih tak tentu hale. KSN kate dia betui. Setiausaha istana kata suletan udah pekenan. MB pulak kate yang suletan mengaku yang baginda takde lagi kuase sebab kuasenye udah lucut pade tahun 1993 angkaghe ameno. MBpun becadang nak bagi balik kuase tu pade suletan. Sape yang halang, diale sebenonye yang dehake. Dalam kelam kelibut ini, tetibe KSN kate yang PM 1Malaysia tak tahu menahupun tentang pelantikan SUK Selango ini. Heghan, ngapele KSN sebut nama PM pulak? Kalo PM takde kaitan, janganle sebut nama PM. Apabile disebut yang PM tak tahu, maknenye PM memang tahu sape yang mesti dilantik jadi SUK.

Keh ghogoi pulak udah selesei. Temanpun tak pecaye yang menteghi tu ghogoi amahnye. Tima kasihle sebab mengaku tidak meghogoi sesape. Tapi ngapele lambat bebeno menidakkannye? Bukanke mike ade tv dan ghadio? Kalo awei2 mike bagitahu yang mike tak buat koje hagham tu, idakle ceghite ini meghebak sampei menengelamkan isu minyak nyo ato minyak sawit. Kesian teman nengok menteghi yang nyage minyak tu nak nyawab yang minyak tak naik ghege. Betuile pade haghi dia kate tu tak naik sebab ghegenye udah naik dua tige haghi sebelum itu. Setelah ghakyat tak beghape nak pecaye yang menteghinye ghogoi amah, baghule menteghi itu menidakkannye. Tapi ghakyat tetap pecaye yang minyak masak memang naik ghege dan menteghi itu memang tak naik amah ..

Dua isu utama ini iaitu isu SUK dan isu minyak masak telah bejaye melemahkan ameno dalam minggu petama tahun 2011. Mungkin menjelang minggu kedua ameno akan betindak balaih membughukkan PR demi mencaghi ketenangan di DUN Tenang. Kite tunggu ajele ...

Dan teman pulak sememangnye menunggu dan menyokong ameno tumpo ...

Tuesday, January 4, 2011

RON97 naik sekupang menjadi RM2.40

Mulai 12 malam ini, RON97 naik sekupang.
Ngapele sikit bebeno naiknye .. naikle sekughang2nye sepuluh ghinggit .. kanke senang nak kighe

Monday, January 3, 2011

Selangor : Orang UMNOpun getik pada kelaku pemimpin UMNO ...

Oleh : Aspan Alias

Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

Banyak lagi isu di Selangor yang diulas oleh penulis. Sila lawat dan baca tulisannya di blog beliau http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sunday, January 2, 2011

2011 : Ameno libang libu ..

2010 udah lebuh. 2011 udah datang. Ade yang meghameikan ade PRU dalam tahun ini. Macam2 hujah yang deme labunkan untuk memungkinkan PRU 13 pada tahun 2011. PR begitu yakin boleh menang. Ameno pulak cuak. Ameno tahu yang ameno memang lemah. Tapi ameno juge tahu yang PRpun lemah. Itu yang deme cuak. Memasing lemah. Lantak komele. Bile nengokkan hei kelaku PR di tempat teman, sebenonye PR belum cukup kuat untuk menang dalam PRU sekighenye PRU diadekan dalam tempoh empat lime bulan ni. Mun nengokan labun deme, kalah teghuk ameno weh ...

PKR paling bemasalah dalam tahun 2010 bebanding kengkawannye dalam PR. Walaupun kepincangan pemilihan MPT PKR 2010 masih dipekatekan oleh ameno dan kengkawan, PR masih utuh dan masih betenage. Sepuluh peghogeghem dalam tempoh seghatuih haghi dalam Buku Jingge telah menyebabkan ameno libang libu nak menjawabnye. PM 1 Malaysia janji nak jawab, tapi tak jawab2 lagi. TPMnye cube nak jawab, tapi jawapannye menambahkan lagi kelemahan ameno. Ameno tak sangke akan penangan Buku Jingge ...

Kite juge menyaksikan minggu2 ahe 2010 macam2 isu timbui. Isu Menteghi Waghisan ghogoi amahnye. Idak pulak menteghi itu menafikannye. Sebelum itu ADUN Selingsing daghi PAS juge dikaitkan buat peghojek dalam koc kete api. Tetapi udah dinafikannye. Yang penting ade jawapan. Bukan senyap je. Alih2 hei dalam seluo dalam bekaih Menteghi Beso nun di utaghepun di selongko. Udahle buat koje tak senonoh, dilantik pulak jadi timbalan pengeghusi pehubungan ... penyudahnye yang melantiknyepun jadi tak senonoh ..

Ameno kate nak hapuihkan ghasuah. Tetibe paka ghasuah dilantik jage Feleda. Pening ANAK dan BAPA memikiokannye. Apakah pengundi Feleda di PRK DUN Tenang akan tenang daghi ghasuah? Same2le kite nengokan labun deme nanti.

Ameno melalui PM 1 Malaysia cube mengambik ati ghakyat apabile PM besame2 ghakyat nengok bola Piala Suzuki. Tahniah Harimau Malaya sebab menang jadi johan. PM 1 Malaysia umumkan cuti. Temanpun cutile daghi nogheh getah. Lebat bebeno ujannye yop. Dalam sibuk2 teman ngumpuikan getah buku di bawah ghumah, tedengo yang Rajagopal kate jangan nak bawak pemainnye ke DUN Tenang. Kalo bawak, sat2 itu juge dia letak jawatan jughulatih. Tediam ameno wehh ..

Di Selangopun ade masalah. Entah pehak mane yang sebenonye ngikut undang2. KSU kate SUK baghu udah dapat pekenan suletan. Menteghi Beso kate KSU main lagho je. Yang teghangnye, ameno gune suletan untuk menjahanamkan PR di Selango. Begitule ghupenye kelaku ameno apabile udah tedesak. Tapi ghakyat semakin paham kenapa ameno mesti digetik. Kesian ameno ...

Itu yang teman tulih sebelum ni yang koje tuhan sape yang tahu. Dalam kite gegham dan ghiso akan nasib PR menjelang 2011, tut2 Allah beghikan kekuatan baghu. Tepulangle kepade PR untuk meneghuihkan kekuatan yang tuhan bagi ini.

Yang pasti, pemulaan 2011 sememangnye menyebelahi PR. Buku Jingge membuatkan ameno ghesah gelisah. Gelabah tak tentu kighe. PM 1 Malaysia jadi libang libu ...

Saturday, January 1, 2011

Ceghite tentang due menteghi gagah pekase ...

Beghani deme nyebut name menteghi itu dan menteghi ini. Ce kome kelih di http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1

Bacele sendighi. Tak sio teman nak ngopipesnye ..

Kalo tak boleh bukak, kome taip satu2 .. http://sabahkini.net/1/ .. enter .. kemudian kelik home .. lepaih tu keghebekle satu2 .. mesti jumpe punye