-
Buah leletup ni (nama saintifik, Passiflora foetida) adalah kerabat rapat dengan buah susu atau buah markisa (nama saintifik: Passiflora edulis). Kalau tengokkan bunganya persis serupa. Cuma bau/aroma dari pokok leletup ni lebih keras.
Struktur isi dalam buah juga serupa, cuma warnanya je yang berbeza. Buah leletup warna putih, manakala markisa warna oren.
Buah leletup ni ada macam jerami di luo buahnya. Warna hijau. Itu sebenonya modifikasi dari sepal bunganya.
Dia ada fungsi. Setiap kejadian Allah tu mesti ada guna. Struktur yang nampak berserabut macam sabut tu, boleh menangkap serangga yang hinggap pada dia. Dia akan merembeskan sejenis enzin dan serangga tersebut akan terlekat pada enzim tu. Seterusnya enzim akan menghazam seranga tersebut hingga terurai semuanya, dan membekalkan nutrien pada pokok. (Serupa le dengan sampah sarap yang dah reput tu, kan jadi baja?)
Konsepnya serupa dengan pokok periok kera. Serangga akan jatuk dalam sturktur yang seperti kelongsong pada hujung daun pokok periok kera tu. Serangga yang jatuh kedalam 'periok ' tu akan di hazam untuk membekalkan nutrien pada pokok.
Kajian makmal menunjukkan pokok leletup ni boleh di ekstrek alkaloid dan sekurang-kurangnya 10 jenis flavonoid, yang boleh digunakan sebagai insectisid.
Banyak lagi nak cerita niiii, tapi cukup le... Mengkome ni entah minat entah tidak ape yg teman cerita ni...
Friday, July 9, 2010
Buah leletup ... ulasan ilmiah Ayah Yeop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih ayah yeop dengan info yang berguna..
ReplyDeletesalam ayah yeop,
ReplyDeletejika masa kecik dulu,pantang jumpa pokok leletop ni..habis ku makan buahnya...errr ! ada masalah ker bila makan buah tu? Jika seingat teman, tak ler mudarat..! Mana tahu ayah yeop lebih tahu lagi..tolong kisahkan yer!
Salam, ayah yeop kite ni prof tani ate dia tau senike bende yang ade kait dengan pertanian, nangke pun dimadukannye.
ReplyDeletemasa dedulu dulu memang dicari cari buah ni,kutip selagi ada untok dimakan cicah kicap.pelik tapi benar.kami makan ngan kulitnya sekali,bebudak tengah kelahap katakan!!
ReplyDeleteaku dari dulu sampai sekarang pantang jumpa buah ni. kat situ gak aku pelahap walaupun umur dah 50 tahun. hehehehehe
ReplyDeleteaku yang bingai
Mase teman kekecik dulupun macam mike juga. Sat nike bende nak di kutit nak di makan. Alhamdulillah, setakat yang teman tau, dia tak mendatangkan bahaya. Ekstraktan macam alkaloid, flavonoid tu memang selalu kita guna. Dalam kunyitpun banyak. Antara fungsi dia termasuk le untuk pengawitan. Pase tu orang tua-tua kita dulu dema nyimpan ikan supaya tahan lama dema gaui dengan kunyit.
ReplyDeleteLagi satu, untuk pengatahuan je le, dalam tongkat ali ada juga mengandungi alkaloid dengan flavonoid ni. Teman tak tau le buah leletup ni boleh ngantikan tongkat ali ke. Tongkat alipun teman tak ponah guna lagi. Masih tidak memerlukannya.
Kalo menkome nak tau pase buah-buah tropika, macam en Junid cakap ke teman ada banyak maklumat. Secara ringkas ada teman tulih kat: http://belabunsesamekite.blogspot.com/ Kalo rajin boleh le betandang kat situ. Teman pun tulih dalam bahase kita juga...
Laman teman ni cuma seadenya je le. Tak reti sangat nak muatnya. Mase teman memuda dulu, komputerpun tak mandang. Baru sekarang, dah tobin baru nak belajo. Mungkin ada natara mengkome yang boleh bantu saya organize sikit. Dah jenuh teman nak mujatnya, tak jadi-jadi, lama teman biokan je le...