Thursday, December 31, 2009

MB DPulau pengganas? Betui.....

MB DPulau pengganas? Sape kate? Pengkalan data US kate. Nama dia ada dalam senarai pengkalan data US ketika memasuki San Francisco.

Sape yang kate yang nama dia ade dalam pengkalan data tu? Pegawai dialer. Pegawai yang pegi balik sama2 dengan dialer. Betuiker? Ntah.

Kalo ikut pahaman teman, MB DPulau bukannye pengganas di US. MB DPulau adalah pengganas di Perak. Perampas kuasa itu sendiri membawa maksud pengganas. Mengambil hak orang lain secara kasar adalah penyamun. Penyamun adalah pengganas. Memang sah yang MB DPulau adalah pengganas.

MB DPulau tidak berbahaya kepada US walaupun dia salah seorang daripada pengganas dunia yang bebas. Jikalau dia mendatangkan bahaya kepada US, sudah tentu dia akan ditahan dan dibicarakan di US. US menghalau MB DPulau pulang kerana US tidak mahu berurusan rasmi dengan pengganas dunia. Ini menandakan bahawa US begitu simpati dengan PR Perak yang telah dirampas haknye oleh pengganas.

Tindakan US yang tidak membenarkan pelaburan dibawa ke Perak sudah tentu mampu mendatangkan kekecohan ekonomi Perak. Dan tindakan US ini akan ditiru oleh pelabur lain. Pelabur menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk melabur di Perak selagi MB DPulau ada di Perak.

US berfikiran jauh iaitu sekiranya misi mencari pelaburan oleh MB DPulau berjaya, bermakna US mengiktiraf usaha pengganas. Dan pengganas akan mewarwarkan bahawa US menerima baik dan mengesahkan bahawa MB DPulau adalah MB Perak. Sayang sekali yang usaha pengganas ini telah dapat dihidu oleh US.

Kekecewaan MB DPulau mencari dan menarik pelabur melabur di Perak bukan sahaja gagal, malah dicemuh pula sebagai pengganas. Majoriti rakyat Perak mengistilahkan MB DPulau sebagai perampas. US pula mengistilahkan MB DPulau sebagai pengganas. Bukankah ‘perampas’ itu pengganas dan ‘pengganas’ itu perampas. Satu sindiran yang khusus untuk MB DPulau. Dan juga satu sindiran pedas untuk PM 1Malaysia dari Barack Obama.

Terima kasih US kerana mengesahkan yang MB DPulau adalah perampas kerajaan Perak ...

Wednesday, December 30, 2009

Mohler kite puji RELA

Sebentar tadi teman lepak sorang2 minum teh o limo panaih gelas besor di kedai mamak depan rumah teman sambil nengak gusti. Malam ini takde bola. Yang ade ialah dua tiga orang Cina tengak gusti. Empat lima orang Melayu sebaya teman. Deme berlabun sambil mata tengak gusti. Dua orang India sedang makan nasi. Lapor bebenor nampaknye. Mungkin deme ni drebar lori berdasarkan ade dua buah lori trailer kuning di tepi jalan. Di meja belakang teman terdapat sekumpulan anak muda lebih kurang 10 orang sedang bising bersembang hei2 pompuan dan motor. Ade di kalangan deme ni baru abih SPM.

Teh o limo teman udah abih. Cecadang nak balikler. Maklumler mase teman kuor tadi, teman sengaja bukak pintu pagor. Senang masuk dalam porch kalo hujan. Kelihatan tiga buah keter berenti. Satu Kancil, satu Wira dan satu Kembara. Drebar Kancil dan Wira pakai vest ijo bertulih RELA di belakangnye. Lebih kurang 10 orang bebudak muda keluor dari Kancil dan Wira. Semuanye lelaki. Deme sendiri menyusun dan merapatkan empat meja. Betui2 sebelah dengan meja anak2 muda di belakang teman.

Kemudian kelihatan dua orang yang dibaju deme ade lambang negeri Perak. Sorang pompuan rambut panjang lepas dan sorang lelaki. Yang pompuan berseluar jeans dan kepit fail. Yang lelaki memang seluor RELA. Banyak poket. Deme salam dan tegur sape ketika berjalan menuju ke meja deme. Yang lelaki salam dan senyum dengan teman. Yang pompuan angguk dan senyum.

Teh o udah abih, tapi gusti tak abih lagi. Yang pompuan duduk di hujung meja. Macam pengerusi majlis. Bebudak muda order macam2. Ade mee goreng. Ade roti canai. Ade mee maggi. Pompuan dan tiga lelaki yang RELA tadi sekadar order teh tarik jer.

Teman tangguh dulu untuk balik. Pasang telinga bionic. Tapi tak berapa nak dengor sebab volume tv begitu kuat.

Satu demi satu makanan dan minuman yang deme order sampai ke meja deme. Takde apapun yang menarik. Teman bangun untuk balik. Gusti tak abih lagi. Teman lalu ikut tepi meja deme. Baruler teman perasan salah sorang yang pakai vest tu adalah orang kuat UMNO cawangan taman sebelah. Dia salam teman. Temanpun salam. Awai balik? Haah. Gusti kat rumah lagi syok.

Teman masuk keter. Tak jadi start. Pompuan tadi dengan failnye bangun dan menuju ke meja bebudak muda. Lelaki yang bersamanya dalam Kembarapun bangun. Lelaki itu mengelilingi bebudak muda sambil menepuk dan memicit bahu deme. Pompuan itu berceramah sambil tangan pegang fail. Teman turunkan tingkap keter kut2 boleh dengar buah butir cakapnye. Tapi tak berapa jelas sebab jarak teman dengan pompuan tu lebih tiga depa. Lagipun suasana masih bising dengan siaran gusti astro.

Dalam tak berapa dengor tu terdengorler juge perkataan elaun dan faedah apabila jadi RELA. Ghupernye sampai ke kedai mamak tetengah malam RELA mencari ahli baru. Usaha RELA ini patut diberi pujian. Teman start keter teruih balik.

Dalam keter teman terfikir, betuiker sampai ke tahap ini RELA mencari ahli? Tidakkah ini merupakan antara usaha UMNO untuk menarik anak2 muda melibatkan diri dengan program2 UMNO. Dan seterusnye menjauhkan anak muda daripada mendekati PR.

Kepada pimpinan PR, kome boleh pikio sendiri. Pengundi saluran tiga yang bersedia mengundi kome, kome biorkan. Akhirnye deme disambor oleh UMNO.

Ituler, kome lehe berceramah di markas jer ..

Tuesday, December 29, 2009

Dua Angin

Huh lega. Udah lama tak labun politik dengan kengkawan politik. Dekat sebulan teman celum celam jer jumpa deme. Itupun takat salam kiri kanan sebelum angkat ponggong. Kekadang tu cuma sempat angkat tangan jer.

Angin 1

Dijangka MB NIzar akan disahkan kembali sebagai MB Perak oleh Mahkamah Persekutuan. Sebelum ini dalam blog kengkawan telah heboh diperkatakan bahawa keputusan 3-2 yang memihak kepada MB Nizar akan diumumkan sebelum genap dua tahun PRU 12. Berita yang teman dengar ini pulak mengatakan bahawa keputusannya ialah 4-1. MB DPulau telah dimaklumkan akan keputusan ini. SUK Perak akan dibawa pulang ke Putrajaya sebelum diberikan jawatan yang sesuai dengan kedudukannya.

UMNO Perak amat mengharapkan agar MB Nizar mengotakan janjinya untuk membubarkan DUN Perak sebaik diistiharkan semula sebagai MB Perak. UMNO telah bersedia untuk PRU Perak sekiranya DUN Perak dibubarkan. Itupun jikalau dibubarkan dalam tempoh sebulan MB Nizar kembali menerajui pentadbiran Perak. UMNO yakin akan menang semula di Behrang, Kuala Kurau, Changkat Jong dan Lubuk Merbau disamping mampu mengekalkan 27 kerusi yang sedia ada.

Tetapi jikalau DUN Perak dibubarkan melewati sebulan daripada tarikh penyerahan semula jawatan MB Perak, peluang UMNO untuk menang semakin mengecil. Inilah yang amat dibimbangi oleh PM 1Malaysia. Dan lebih parah lagi kepada UMNO jikalau hanya tiga kerusi lompat sahaja yang diistiharkan kosong.

Semasa PM 1Malaysia merencana rampasan kuasa dengan membelakangkan undang-undang, mereka yang berkerjaya dengan UMNO ketawa girang. Maklumler poket udah kering hampir setahun. Harapan mereka semoga poket kembali penuh. Tetapi poket mereka tetap kosong, bahkan semakin lusuh dan berlubang tampai sana sini walaupun MB mereka telah menjadi MB hampir setahun. Bahkan sesama UMNO telah mula mengutuk akan tindakan PM 1Malaysia yang hanya membantu melingkupkan lagi UMNO Perak.

UMNO yang alim pulak kata, takde berkatnye ngambil hak orang. Baikler kome pulangkan balik...

Angin 2

Seorang ketua AMK peringkat cabang di Perak dijangka mengumumkan keluar PKR sedikit masa lagi. Dimaklumkan juga bahawa beliau sedang berada di Sabah bersama Ezam. Tindakannya mungkin tidak banyak mendatangkan kemudaratan kepada PR. Walau bagaimanapun jikalau pengumumannya dibuat dalam tempoh kempen PRU, sedikit sebanyak jentera PKR setempat akan lumpuh.

Teman tak boleh tulih lebih2. Karang kena saman pulak. Mana teman nak kerobek duit mayor saman.

Anggapler dua angin ini sekadar angin kedai kopi...

Sunday, December 27, 2009

Teman berehat di Kelantan

Udah lebih seminggu teman tak menulih. Teman jalanler kulu kelo ke darat ke baroh. Maklumler kojer tak berjenih teman tu udah abih. Upahnye tak mandang lagi.

Sebaik teman dengor Kelantan bah lagi, teman sekeluarga tuaih ke sana. Pekan Rantau Panjang dinaiki ayor. Ayor Sg. Golok melimpah tebing. Empat kali Rantau Panjang bah pada tahun ni. Teman pulak dua kali ke Kelantan dalam bulan ni. Raya Aji dulu ngantor mempelai iaitu adik teman yang nikah dengan ustazah berasai dari Kuala Krai. Merasaler teman ngesot ataih jalan raya berejam2. Dari Machang ke Kuala Krai yang jaraknye tak sampai 30km boleh dekat dua jam baru sampai. Memang ituler ghupernye suasana di Kelantan kalo musim raya aji.

Dalam berita tv malam Senayan 21/12 ade menyebut yang Pekan Rantau Panjang telah dinaiki ayor lagi. Teruih teman kerah bini dan anak2 bersiap nak ke Kelantan. Bini teman memang paham yang teman ni suka nengak ayor bah. Bukannye nak membantu, tapi nak nengak jer. Empat lima tahun dulu masa Pahang bahpun, teman pegi sana. Merasaler keter teman ngarung ayor bah. Nasib baikler bah tu tak ngepung keter teman. Kalo idak bermalam dalam keterler. Begitu juga masa bah besor di Johor, teman ade di sana. Tapi kejap jer. Balik ari.

Lepaih Bukit Bunga, teman tojah masuk ikut Kg. Bayu walaupun udah terpantak notis melarang kenderaan kecik daripada pegi ke Rantau Panjang. Ikut ini dekat. Cuma 25km jer. Lagi 15km nak sampai ade polis tahan. Tak boleh lalu. Hanya lori jer yang lepaih katanye. Okler, teman patah balik. Ikut Tanah Merah menghala ke Pasir Mas. Kemudian ke Rantau Panjang. Memang betui Pekan Rantau Panjang udah berayor ataih jalan. BIni teman nak shoping. Lantak komeler. Teman hanya nak harung ayor bah ini jer.

Temanpun jalan kakiler dengan anak jantan teman yang baru seminggu masuk jawi tu. Masuk jawi guna laser dengan Dr. Khairuddin calon PAS Kuala Kangsor. Cepat segornye walaupun dikatakan bute. Lima hari udah boleh pakai suor tapi tak pakai sependa. Dua jam teman nengak ayor Sg. Golok. Walaupun ayornye sebak, bot sangkut tetap ulang alik nyeberang sungai bawak penumpang. Takde ditakut dideme naik bot kecik tu. Kalo ler tenggelam, memang tumpo yeop.

Maghrib baru teman sampai ke Kota Bharu. Cari hotel dekat dengan Pasar Siti Khadijah. Hotel Juita udah penuh. Hotel Flora tinggai satu bilik jer lagi. Tiga katil bujang. Teman tujuh beranak. Malam ini sumbat jer semua dalam satu bilik. Esok baru ambik dua bilik.

Malam itu teman ke Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh adalah pasar malam setiap hari. Teman dipahamkan yang Wakaf Che Yeh telah dibukak pada bulan Mac 2009. 8 hingga 1 pagi, juai kain dan macam2ler yang dijuai sama macam di pasar malam di tempat kite. Lepaih tu sambung juai ikan dan sayur hingga 7 pagi. Pengunjungnye pulak tak putuih2. Teman ghase pelancong luor takler ghamei sangat. Sebab bila teman dengor akan labunnye, demo kecek Kelate. Keter yang parking tupun majoritinye plet D. Besor yeop pasar malam deme ni. Temanpun jenuh cari jalan keluor. Pukui 1 pagi baru teman balik ke hotel.

Esoknye bini teman ke Pasar Siti Khadijah. Teman ngekor kejap jer. Lepaih tu teman balik bilik. Mengholoh. Oleh kerana teman setiap tahun ke Kelanatan, teman akui yang Kota Bharu semakin bersih. Kempen “Jumpa sampah, kutip” memang berjaya.

Petang Selasa teman round ke muzium di belakang Pasar Siti Khadijah. Pukui 4 udah tutup? Ape ke heinye? Encik boleh datang pagi esok. Terkejut teman, tutup pejabat pukui 5. Tapi pukui 4 udah siap nak balik. Memalukan Kelantan jer kome ni. Hilang sedikit respek teman pada Kelantan.

Malam Rabu, sekali lagi ke Wakaf Che Yeh. Dua malam berturut2. Takde teman sior ngekor bini teman. Baik teman berlabun dengan bebudak jaga parking depan Pasaraya CERIA. Projek CERIA teman entah mana ghupernye. Udah sebulan tak jenguk.

Bini teman ni bukannye meli sangat. Kalo melipun, meli tudung jer. Jalannye berejam, tapi yang dibawak balik buat teman gelak jer. Mana tak gelak, semalam meli tudung, malam inipun meli tudung. Lantaknye ler. Janji dia seghonok.

Rabu kena balik. Anak teman udah ngelejat nak balik. Esok result PMRnye keluor. Sebelum balik sempatler nengak khazanah dalam muzium Kelantan. Teman kalo dimuzium memang lama. Bini teman pulak hilang. Hilang kembali ke Pasar Siti Khadijah. Balik bawak akok jer.

Khamis ke Taayah. Tahniah kepada anak teman kerana dapat 9A dalam PMRnye.



Friday, December 18, 2009

Iyer bebenor MSK

Teman petik kata2 MSK dalam Perakex di http://perakexpress.com/www/

“... Parti politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat, bukannya rakyat yang perlu menyelesaikan masalah parti politik. Kalau parti politik gagal menyelesaikan masalah sendiri, bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat?...”

Tepat dan bersahaja tulisan MSK dalam Perakex. Tapi besar maknanye kepada YB yang mahu mengerti. Kepada YB yang bagi makan anak bini dengan kerjaya politik, elokler usah jadi YB. Ataupun mana2 yang berhajat nak jadi YB supaya dapat duit gaji untuk nanggung keluarga, lebih baik lupakan hasrat tersebut. Kalo kome yang jadi YB, tentu kome takkan pedulikan nasib rakyat yang mengundi kome. Kome akan sibuk dengan anak kecik dan adik2 yang masih sekolah.

Tengakler pada Si Lompat Behrang yang asainye hidup sengket. Lepaih berenti posmen, pegi sekolah juai alat2 sains. Setiap tahun berebut tender kantin sekolah. Nak dapat tender kena jolok sana, jolok sini. Idup tak tentu hala. Sebab itu bila jadi YB dan exco, rakyat tak dipedulikan. Yang dia ingat betapa susahnye dia cari duit nak nangung anak bini dulu. Gelap mata. Boleh dapat juta2 kalo lompat. Lebih baik lompat. Dosa haram tolak tepi.

MB Nizar dan MB Khalid lain. Deme memang udah berduit sebelum jadi YB. Sebab itu deme tak pedulikan duit lagi. Deme berkhidmat semata2 untuk rakyat. Tetapi berapa orang YB PR yang macam deme? Ghiso teman nengak YB2 PR yang muda belia ni. Ini kerana YB2 yang masih muda ini amat berpeluang untuk jadi YB yang tak guna kepada rakyat. YB yang muda tu kena tiru cara YB Simpang Pulai dan YB Teja. Bila disuruh tiru, YB Melayu kata mudah menjaga orang Cina daripada menjaga orang Melayu? Ah, alasan!

Dalam keadaan politik Malaysia yang akan menyebelahi PR, udah kedengaran ade pimpinan politik muda dan tua nak jadi calon. Di mulut bersembor kata2 nak berkhidmat untuk rakyat. Bedaah betui kome ni. Di hati lain cerita. Aku takde kojer tetap lagi. Aku baru kawin. Bini ngandung. Aku duduk rumah mertua. Mertua udah mula bising. Duit lauk dan duit minyakpun bergantung harap pada kengkawan dan mertua dengan jaminan bila aku jadi YB nanti, masing2 yang membantu akan dapat pangkunye. Bila tidak dipilih, mengamuk keluar parti.

Yang tuapun begitu. Iniler masanye nak merasa bawak Mercedes. Iniler masenye nak tunjukkan pada kengkawan bahawa akupun boleh kaya. Pak Cik kaya. Biorler perabih dan berutang bank hari ni asaikan boleh jadi calon. Ketohorpun takper. Esok bila udah jadi YB, boleh perabih duit rakyat. Lepaih sepenggai jadi YB, boleh dapat pencen. Senang masa depan sementara nunggu mati.

Ade juga yang nak jadi YB. Tapi tak duduk diam dalam negara. Kulu kelo ke darat ke baroh buat bisnes nak mantapkan ekonomi diri. Baguihler tu. Mantapkanler dulu ekonomi diri tu. Tapi tetap nak jadi YB juga. Banyak peluang dan ruang bisnes jikalau jadi YB. Sudahnye esok rakyat menyumpah dan menyampah kerana terpaksa mengemih dan menunggu di pintu Pusat Khidmat nunggu YBnye balik. Entah bila baliknye.

Teman tak nakler nyebut nama2 deme yang nak jadi YB jenih ni. Ghiso juge teman kut tersalah sebut. Karang kena saman pulak. Kome pikioler sendiri.

Benar seperti kata MSK ...