Friday, December 27, 2013

DUN Manong DUN Rungkup .. ameno temenung ameno telungkup

Kengkawan ade tanye teman macam mane boleh tak sah. Bukanke SPR udah umum yang deme itu menang. Lagipun petisyen yang dibuat oleh calon PAS udah ditolak mahkamah. Ape lagi yang tak kene?

Memang betui kalo ikut SPR dan ikut mahkamah pilihanghaye, calon ameno itu menang. Memang deme itu sah wake ghakyat. Yang penting pencadang dan penyokong mesti menjadi pengundi di DUN bekenaan. Itu je kalo ikut SPR. Tapi kalo ikut peghatoghan dewan undangan Peghak ato ade yang nyebut undang2 tubuh Peghak, wake ghakyat yang alamatnye ghaseminye bukan dalam negeghi Peghak, make dia tak layak datang untuk besidang di dewan. Kalo enam bulan tak datang besidang, kedudukannye sebagai wake rakyat gugo dengan sendighinye.

Dengo ceghite, pekaghe ini telah dimaklumkan kepade sepike dewan tapi sepike buat nohen je. Oleh keghane sepike buat nohen, pilihan yang ade ialah gunakan mahkamah yang lebih tinggi. Mintak mahkamah halang dua oghang ini daghi masuk dewan. Mintak mahkamah halang deme ini daghi datang besidang pade sidang akan datang. Sebelum ini dewan telah besidang pada bulan Nobembe yang lalu. Cukup enam bulan iaitu dalam bulan Mei 2014, otomatik deme ini gugo dan bolehle diadekan PRK untuk DUN Manong dan DUN Rungkup.

Tapi .. tapi, kalo mahkamah ambik kighe daghi taghih mengundi pade 5 Mei ato 505 dan mengistihakan yang kehadighan deme besidang di dewan tidak sah, make sahle yang deme udah telucut setatus YB deme sejak 5 Nobembe 2013 lalu. Ngelupo ameno kome ...

 Oooooo .... itu macam ka?

Tuesday, December 24, 2013

Patutlah Zahid rahsiakan bukti Gred A ...

 Menteri tergantung ....

Mahkamah Tinggi Ipoh diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula petisyen Parlimen Bagan Datoh. Calon PKR mendakwa ada bukti Gred A. Dato' Zahid Hamidi  dilaporkan telah membelanjakan RM2 juta di sepanjang kempennya dalam PRU13 sedangkan ketetapan yang dibenarkan oleh SPR ialah setakat RM200 ribu sahaja. 

Walaupun agak sukar untuk Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan Dato' Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya arahan Mahkamah Persekutuan ini akan menambah rancakkan lagi sindiran bukti gred A dan bukti gred B. Oleh kerana kenyataan KDN bertaraf Gred B, maka sebutan mahkamah bolehlah diklasifikasikan sebagai Gred A.

Mat Sabu mesti senyum ...

Tambahan ;
Panel lima hakim yang diketuai oleh Tan Sri Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen. Ini membawa maksud Mahkamah Pilihanraya sebelum ini telah membuat kesalahan kerana menolak petisyen atas alasan tidak difailkan oleh pempetisyen. Mungkin selepas ini hakim-hakim berkenaan akan dituntut membayar gantirugi berganda mengikut jumlah yang dikenakan ke atas pempetisyen tempohari .... tumpo kome!


Saturday, December 21, 2013

PM Najib ugut rakyat?

Kalau tol tidak naik, cukai akan naik ...

"Pembangkang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri sahaja dan bukannya negara. Ingat mereka kalau di tempat yang sama tidak buat tindakan yang sama?", petikan ucapan Najib pada Mesyuarat Agong MCA. 

Thursday, December 19, 2013

Antara Malaysia, Singapura & Korea Selatan

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.
Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita & Peace For All
Sumber FB

Wednesday, December 18, 2013

Chegu Bard : Tuan Guru Haji Hadi setaraf dengan Zahid Hamidi ...

Lama teman menunggu. Mesti Chegu Bard tak puas hati sebab PAS letak calon lawan ameno di DUN Sg Acheh. Dan lagi tak puas hati apabila calon pakatan yang dimusuhi PAS itu dikaitkan dengan pil kuda ato kominih. Usahkan Chegu Bard yang tak puas hati, temanpun geghamm sama ...

Memetik kata2 Chegu Bard dalam blognye di


"Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda yang sebenarnya?"

"Saya berdiamkan selama ini kerana saya gunakan pelbagai saluran dalaman malah saya terus tidak dipedulikan".

"Adakah Datuk Seri juga begitu dan hanya setaraf Zahid Hamidi?"

"Kepada semua yang lain harus diingatkan ini bukan masalah PAS atau PKR, ini masalah saya dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja".

Huh, kome pegile bace lagi di blog Chegu Bard ..

Monday, December 16, 2013

2014 .. TOL .. Tarak Otak Langsung

Jangan lupe tambah nilai yobb .. tambah banyak2

Pengundi bando yang tidak mengundi ameno akan dihukum lagi dan lagi. Minyak naik. Gule naik. Cukai pintu naik. Api naik. Tol naik. Darahpun naik ...

Teman cuba berjimat. Teman telah maklum dan cadangkan kepada emak bapak datuk nenek adik kakak saudara-mara di kampung supaya datanglah ke Kolumpo untuk mengubat rindu merindu. Nak balik kampung, teman tak cukup duit. Lagipun deme di kampung ada BR1M. BR1M itupun adalah duit keme yang tinggal di bando. Gunakanle duit itu untuk datang jenguk keme di bando ini sebab itu duit tol dan duit bulanan yang selalu keme anto ke kampung. Tapi nak buat macam mane, ameno tak suke keme. Dia ambik duit keme. Walopun ameno nampak kaso, tapi hatinye baik. Ameno bagi duit keme itu pada oghang kampung sebagai hadiah sebab ngundi ameno dalam PRU13 dulu. 

Keme mungkin akan balik kampung setahun sekali. Balik haghi ghaye. Itupun kalo beduit. Atopun emak bapak bawakle datuk nenek datang beghaye ke bando. Ce kite terai buat tahun depan. Boleh kan? 

Ameno amat sayangkan oghang2 Melayu di kampung. Ape saje yang dimintak mesti dapat. Ce mintak pengecualian tol. Pengecualian tol untuk oghang kampung senang ulang alik jenguk anak cucu di bando. Mintak TnG daghi ketua kampung ato mintak daghi wake ghakyat setempat ...  aaaaa, tak payah mintak? Oooo, patutle tak payah mintak. Ghope2nye duit BR1M makan lima tahunpun tak abih ...


Sunday, December 15, 2013

Syiah Mat Sabu : Ameno teghojun dengan labu2nye, biokan ... biokan ...

Udah seminggu Mat Sabu dikaitkan dengan syiah. Sebelum ini ada disebut2 tapi idakle ghope seminggu ini. Mungkin yang nyebut2 sebelum ini ghase kecewa keghane Mat Sabu masih boleh menang jadi oghang nombo dua PAS. Walopun mungkin ade oghang PAS yang ngaitkan Mat Sabu dengan syiah tapi bilemane isu dimainkan oleh ameno, udah tentule ini koje ameno . Ameno paling kecewa apabile Mat Sabu menang sehingga dua oghang menteghi dibeghi koje untuk meghojekan Mat Sabu. Bagi ameno, Mat Sabu mesti dilesing ato dinyahkan sebelum Mat Sabu menyahkan ameno dalam PRU14. Selagi ade Mat Sabu, selagi itule takkan jadinye muzakaghah dan keghajaan pepaduan antaghe PAS dengan ameno ... 

Wak Zahid dibeghi tugasan untuk melemahkan Mat Sabu. Oleh keghane syiah ini ade hubung kait dengan Islam, maka menteghi ameno yang ade banyak ilemu Islamnye dimintak untuk mengojekan Mat Sabu. Wak Zahid awa2 lagi tak beghape yakin yang dia boleh mengojekan Mat Sabu secaghe soghang2. Wak Zahid mintak tolong Ustaz Jame untuk nangkap Mat Sabu keghane Ustaz Jame menteghi agama dan juge satu2nye ulamak beso yang ameno ade. Ustaz Jame yang masih belum kebah daghi kalah di PRK Sg. Limo tekejut sehingge keluo daghi mulutnye "susah nak buktikan yang Mat Sabu ini syiah ..." dan yang tebaghu, "koje nangkap ini, koje jabatan ato majelih agama negeghi ..". Negeghi mane idakle pulak disebut. Senang ceghite, ghope2nye Ustaz Jame pun tak sanggup nak bantu Wak Zahid.

Wak Zahid melalui KSU KDN mulele mengeluokan setetmen dengan mangge semua repote untuk nengo 10 bukti yang Mat Sabu ini syiah. Apabile 10 bukti itu dilihat lemah sehingga ade bekas menteghi amenopun gelak, make dimaklumkan yang bukti itu gred B bukannye bukti gred A. Sebelum bukti gred A ini diumumkan, deme mintak Mat Sabu membuktikan dulu yang Mat Sabu bukan syiah. Lagile betambah gelak, ha ha ha ha he he hi hi ...

Kalole KDN ade bukti gred A untuk menyabitkan Mat Sabu dengan syiah, udah lame Mat Sabu kene tangkap dan akan dibicaghakan di mahkamah. Udah tentu kene tangkap sebelum muktamar PAS untuk menghalang Mat Sabu jadi oghang nombo dua dalam PAS. Tapi mungkin juge ameno telalu yakin yang Mat Sabu takkan menang, sebab itule tak ditangkapnye. Kalole ameno tahu yang Mat Sabu akan menang, ameno akan halang dengan caghe menangkap Mat Sabu walopun dengan menggunakan bukti gred B. Ameno teghase kesal keghane tidak menghalang Mat Sabu daghi jadi oghang nombo dua ...

Kepade yang memimpin Pakatan Ghakyat, banyak lagi isu beso. Kukuh dan kuatkan pakatan menghadapi PRK dan PRU14. Jangan biokan keme lagut dengan isu syiah. Ketengahkan isu2 ekonomi keghane sejaghah membuktikan isu ekonomi adalah isu utama yang mampu mengubah keghajaan sedangkan isu politik dan sosial hanya mampu menuko pemimpin, bukannye keghajaan.

Kepade Tuan Mat Sabu dan kepade kite yang menyokong pakatan, usah dilayan bawaan isu syiah ini. Biokan ameno teghojun dengan labu2nye .. biokan .. biokan ..