Tuesday, December 24, 2013

Patutlah Zahid rahsiakan bukti Gred A ...

 Menteri tergantung ....

Mahkamah Tinggi Ipoh diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula petisyen Parlimen Bagan Datoh. Calon PKR mendakwa ada bukti Gred A. Dato' Zahid Hamidi  dilaporkan telah membelanjakan RM2 juta di sepanjang kempennya dalam PRU13 sedangkan ketetapan yang dibenarkan oleh SPR ialah setakat RM200 ribu sahaja. 

Walaupun agak sukar untuk Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan Dato' Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya arahan Mahkamah Persekutuan ini akan menambah rancakkan lagi sindiran bukti gred A dan bukti gred B. Oleh kerana kenyataan KDN bertaraf Gred B, maka sebutan mahkamah bolehlah diklasifikasikan sebagai Gred A.

Mat Sabu mesti senyum ...

Tambahan ;
Panel lima hakim yang diketuai oleh Tan Sri Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen. Ini membawa maksud Mahkamah Pilihanraya sebelum ini telah membuat kesalahan kerana menolak petisyen atas alasan tidak difailkan oleh pempetisyen. Mungkin selepas ini hakim-hakim berkenaan akan dituntut membayar gantirugi berganda mengikut jumlah yang dikenakan ke atas pempetisyen tempohari .... tumpo kome!


No comments:

Post a Comment