Wednesday, July 31, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Bukti Najib takut 16-16 ...




…. Najib dikatakan mencuba pelbagai option dalam memperkuatkan kedudukannya dalam Umno. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR ditawarkan untuk menyertai kabinetnya.

Anwar ditawarkan untuk menjadi timbalan perdana menteri manakala empat pemimpin kanan PKR ditawarkan untuk menjadi menteri. Namun semuanya ditolak oleh Anwar dengan alasan tidak mahu meninggalkan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR). Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada penulis.

"Najib memang cuba berjumpa dengan Anwar di Jakarta dalam lawatan mereka berdua ke negara itu baru-baru ini, namun dielak oleh Anwar," kata Saifudin.

Anwar yang terlebih awal berada di Jakarta. Mereka sepatutnya berkongsi bilik VVIP di lapangan terbang Jakarta semasa Najib sampai dari Kuala Lumpur pertengahan Jun lalu. Namun Anwar mengelaknya dengan meminta agar beliau boleh memasuki kapal terbangnya 15 minit lebih awal.

Perkara ini disahkan oleh Dr Rahim Ghouse, pegawai kanan Anwar yang bersama-sama dengan Anwar dalam lawatan itu ….


Tuesday, July 23, 2013

Saturday, July 20, 2013

PRK 16-16 : Che Long ketinggalan ...

Undi awal ... BN : 1134, PAS : 0

Thursday, July 18, 2013

PRK 16-16 : Begego Dewan Ghakyat ...

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.

"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.
"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut.

Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.  - mk

Sunday, July 14, 2013

PRK 16-16 : Kesian Tengku Zaihan ...

Kalo le .. kalo le Tengku kalah dalam PRK, ade ke ameno nak jage Tengku? Jangan haghap. Tengku cume ahli biase-biase je. Bukan ade jawatan dalam bahagian ato dalam cawangan mane-mane ameno, baik ameno di Besut ato ameno di Putrajaya. 

Udah elok2 koje enjenear, beghenti. Kojepun tak sampa 10 tahun. Nasib baikle bini ade koje. Koje cikgu. Bolehle Tengku dan anak2 numpang gaji bini sementaghe dapat koje lain ...  itupun kalo ade. Kalo payah sesangat, baik mintak koje dengan Che Long.

Memang teman kesian pade Tengku. Dan betambahle kesian sebab peluang ameno untuk menang dalam bulan pose semakin menipih. Menipih keghane 'setan2' telah di ghanta. Setan2 tak boleh buat koje membisik dan memujuk pengundi untuk mengundi BN. Sebaliknye 'malaikat' je yang boleh kulu kelo ke daghat ke laut ngajak pengundi buat baik dengan mengundi PAS. Bab2 setan dan malaikat ini bukan teman yang kate, teman cume ngulang dan paham ape yang Tun Madey kate. Lebih kughang macam inile kate2 Tun Madey, setan itu ameno dan malaikat itu PAS.

Satu lagi, mane boleh ade dua YB Tengku dalam ameno. Cukuple soghang je di Putrajaya tu ... Ku Nan