Sunday, March 17, 2013

Ikut manepun, teman nak mangkah Ku Is je ...

Dr. Raja Ahmad Iskandar b. Raja Yaacob


Sebagai pengundi di Palimen Kuale Kangso dan DUN Manong, teman bukan saje ade hak untuk mengundi tetapi juge ade hak untuk menyatekan calon pilihan hati teman.  Teman nak Kuis jadi calon PR Palimen Kuale Kangso. Calon DUN Manong bagi pade oghang Manong. Teman tak mahu Idham Lim dibawak ke Kuale ato ke Manong ... Biole oghang kuale berkhidmat di kuale. Lainle kalo udah tak mandang langsung oghang kuale ... 

Thursday, March 14, 2013

Huh, getik teman nengonye ...

PRU 13 udah dekat, tapi calon belum muktamad. Sebelum ini nama deme disebut macam udah nak jadi. Tut2 macam tak jadi pulak. Penyudahnye apahpun tak menjadi. Peluang nak menang itu ade tapi kome tak gheti nak nyambonye. Sebaliknye kome masih bekela ... caghe kome ini bukan nak menang tapi nak kalah ...

Calon yang di Belanje 'bodoh sombong'. Ade kengkawan nak mantu tolong nambah undi, diheghedik. Mentang2le keme ini oghang kampung ngaji tak tinggi .. lehe sakit jee ... Gah kempen sane sini kalo menang akan cadangkan supaye ghege deghoyan ade lanta dan silingnye ... nampak bebeno tak gheti pasa deghoyan ...

Nun di Bote lain pulak pesenihnye. Kalo menang jadi MB .. belum ape2 anak buah udah jaje sane sini ... maghahle kengkawan pakatan ... kemepun nak jadi MB juge ... Usahkan sesame pakatan, sesame kawanpun udah tak beghape nak betego. Susahle nak dapat beghekat kalo macam ini ...

Pesan teman pade calon2 di ataih, bahawe bukan senang nak jadi YB. Jagele lidah kome dan juge lidah2 anak buah kome ...

Huh, getik teman ...


Monday, March 11, 2013

Ayahanda PEKIDA Parit sokong PR



Oleh : Mohd Arif Juhani

PARIT 11 MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.

“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

“Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?” katanya.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

http://www.keadilandaily.com/?p=46985

Sunday, March 10, 2013

10.3.13, Parit ... Meriah sepetang bersama DSAI

Ustaz Ismi, YDP PAS Parit bersalaman dengan Pak Mat Parit

Ahli PKR Manong setia menunggu seawal jam 3.00 petang

Hj. Usaili, Ketua Cabang PKR Parit bersama Sekretariat PR DUN Belanja

5.00 petang, rombongan DSAI sampai di Pekan Parit

DSAI berucap di Padang Tenggala

Kehadiran penyokong berlatar belakangkan bas JMR

PM derhaka ...

Tanggal 8 Mac 2013 telah berlalu. Pada 8 Mac 2008, kita yang layak mengundi telah mengundi dalam PRU 12. Sama ada kita puas hati atau tidak dengan keputusannya, kita akan bersabar untuk tempoh lima tahun mendatang, iaitu mengundi semula sebelum 8 Mac 2013. Sebagai rakyat marhaen, itu kiraan yang cukup mudah. Sejak PRU 1 pada tahun 1955, rakyat marhaen cukup jelas dan faham yang rakyat akan kembali mengundi sebelum cukup lima tahun. Tetapi kebiasaan itu telah berakhir ....

Benar dan betul secara perlembagaannya tempoh lima tahun itu berakhir pada 28 April 2013, iaitu dikira pada tarikh parlimen mula bersidang selepas PRU 12 pada 28 April 2008. Itu tarikh untuk perhatian mereka yang bergelar YB sahaja. Tetapi untuk kami rakyat, tarikh itu bukan tarikh bersejarah buat kami kerana kami tidak bersama meraikan persidangan itu. Kami hanya bersama pada hari pengundian pada 8 Mac 2008. Bagi kami rakyat marhaen, kiraan lima tahun itu ialah sebelum 8 Mac 2008. Muktamad.

Kami rakyat sepatutnya telah mengundi dalam PRU 13. Tetapi hak kami telah dinafikan oleh PM 1 Malaysia. Hak mengundi lima tahun sekali telah dinodai oleh PM 1 Malaysia. Hilang segala janji-janji manis yang rakyat akan didahulukan. Mungkir kepada janji ditepati ...

Gaji YB dibayar bermula 8 Mac 2008, bukannya bermula 28 April 2008. Dengan kata lain, ketika mengundi kami yang mengundi membisikkan dalam hati, "Jikalau kamu menjadi YB, aku halalkan kudrat aku untuk membayar gaji kamu untuk tempoh lima tahun. Gaji kamu halal untuk tempoh lima tahun sahaja ....". Maknanya gaji selepas 8 Mac 2013, adalah tidak halal buat semua YB termasuklah YB PR ... Amacam YB PR?

Sama ada kome setuju atau  tidak, apabila teman sebagai rakyat yang dimain-mainkan hak mengundi setiap lima tahun sekali oleh PM kite tuuu, make teman boleh simpuikan yang PM kite itu telah derhaka kepada rakyatnya sendiri ...

Friday, March 8, 2013

Menjelang PRU 13 : Deepak, Bala, Lahad Datu ... Saiful

Skrip sumpah laknat

Anak bapak ... Bapak kate anaknye digunekan oleh Najib. Anaknye pulak kate bapaknye telah digune2kan oleh Anwar ... semuanye salah Anwar. Mungkin esok Najib akan jawab macam ini, Anwarle yang meghancang isu liwat sehingge Najib tepeghangkap ..

Monday, March 4, 2013

Lahad Datu : Realiti ato sandiwara?

Teman tekejut bile dengo Lahad Datu dan Semporna di Sabah diseghang oleh oghang Suluk. Oghang Suluk yang datang daghi Pilipina tapi ade IC Malaysia. Tegamam teman .. dan lagi tegamam apabile lapan oghang polih kite dibunuh di deme. Gegham bebeno kome oiii ... tapi apekan daye, nak nolong kedeghat, teman idak sekuat dan segagah dulu lagi. Cume doa yang teman panjatkan ago semuanye selamat .. semuanye kembali aman.

Teman tak tahu sape sebenonye yang betui dan sape pulak yang salah. Ameno macam biasele menyalahkan DS Anwar Ibrahim yang kononnye menyokong Keghajaan Suluk di Sabah. Apabile Tian Chua membele DSAI, Tian Chua pulak disalahkan keghane kononnye menghine polih. Isu utame patutnye Lahad Datu, tapi ameno abihkan mase buat demo tehadap Tian Chua di Kolumpo .. tengin 

Dalam keadaan DSAI tengah kuat di Sabah melalui 'Ini Kalilah', amat bodole kalo DSAI menyokong dan mengajak Suluk untuk membuat kaco bilo di Sabah. Takkanle DSAI yang bepengalaman luas dalam politik boleh melakukan kesilapan yang beso menjelang PRU 13. Susah akai teman nak neghime hujah ameno ini. 

Teman juge tak beghape setuju dengan kenyataan Tian Chua yang mengumpamekan isu Suluk sebagai sandiwara politik macam Al-Maunah. Tapi sikit2 teman setuju juge .. mungkin betui sandiwara. Tapi bagi teman, yang banyaknye bukan sandiwara tetapi diluo jangkaan ameno.

Apabile membace kenyataan Nur Misuari, make teman paham macam ini ... Suluk gelisah dengan kebangkitan 'Ini Kalilah'. Suluk amat gelisah keghane IC deme melalui jalan belakang telah diketahui umum. Oghang Sabah yang betui tak dapat neghime Suluk sebagai oghang Sabah. Mase depan Suluk di Sabah nampak gelap selepas PRU 13. Keghakyatan deme mungkin dikaji balik .. mahu deme tak ngelupo ..

Suluk tak sanggup menunggu keputusan PRU 13 keghane menjangkekan keputusan itu tidak akan menguntungkan Suluk. Sebelum sesuatu yang bughuk menimpe nasib Suluk, make Suluk haghuih betindak nekad. Suluk mesti memulekan langkah membele nasib deme sebelum PRU 13 sebab ameno takkan betindak kaso. Kalo ameno betindak kaso, akan banyak lagi pemainan pintu belakang yang tededah antaghe Suluk dan ameno ... ameno sebe salah ... mungkin

Bagi teman, Suluk juge telah memikiokan nasibnye yang mungkin tidak dipedulikan ameno apabile ameno tedesak. Walopun mungkin ahenye Suluk akan kalah dalam usahanye ini, sekughang2nye deme telah mencube sebelum PRU 13 ... mungkin PRU 13 untuk Sabah dilewatkan. Kalo ini betui2 tejadi, make tindak tanduk Suluk ini meghopekan kejayaan awa Suluk untuk membentuk Keghajaan Suluk ...

Tentang sandiwara, mungkin ade betuinye .. Mungkin Sabah menjadi penentu kepade kemenangan PR dalam PRU 13. Tanpa melibatkan Sabah dalam PRU 13, ameno dan BN mungkin masih boleh menjadi pemenang. Bagi ameno, lebih mudah menghadapi PRU 13 tanpe Sabah ....
Wallahualam ...