Sunday, March 10, 2013

PM derhaka ...

Tanggal 8 Mac 2013 telah berlalu. Pada 8 Mac 2008, kita yang layak mengundi telah mengundi dalam PRU 12. Sama ada kita puas hati atau tidak dengan keputusannya, kita akan bersabar untuk tempoh lima tahun mendatang, iaitu mengundi semula sebelum 8 Mac 2013. Sebagai rakyat marhaen, itu kiraan yang cukup mudah. Sejak PRU 1 pada tahun 1955, rakyat marhaen cukup jelas dan faham yang rakyat akan kembali mengundi sebelum cukup lima tahun. Tetapi kebiasaan itu telah berakhir ....

Benar dan betul secara perlembagaannya tempoh lima tahun itu berakhir pada 28 April 2013, iaitu dikira pada tarikh parlimen mula bersidang selepas PRU 12 pada 28 April 2008. Itu tarikh untuk perhatian mereka yang bergelar YB sahaja. Tetapi untuk kami rakyat, tarikh itu bukan tarikh bersejarah buat kami kerana kami tidak bersama meraikan persidangan itu. Kami hanya bersama pada hari pengundian pada 8 Mac 2008. Bagi kami rakyat marhaen, kiraan lima tahun itu ialah sebelum 8 Mac 2008. Muktamad.

Kami rakyat sepatutnya telah mengundi dalam PRU 13. Tetapi hak kami telah dinafikan oleh PM 1 Malaysia. Hak mengundi lima tahun sekali telah dinodai oleh PM 1 Malaysia. Hilang segala janji-janji manis yang rakyat akan didahulukan. Mungkir kepada janji ditepati ...

Gaji YB dibayar bermula 8 Mac 2008, bukannya bermula 28 April 2008. Dengan kata lain, ketika mengundi kami yang mengundi membisikkan dalam hati, "Jikalau kamu menjadi YB, aku halalkan kudrat aku untuk membayar gaji kamu untuk tempoh lima tahun. Gaji kamu halal untuk tempoh lima tahun sahaja ....". Maknanya gaji selepas 8 Mac 2013, adalah tidak halal buat semua YB termasuklah YB PR ... Amacam YB PR?

Sama ada kome setuju atau  tidak, apabila teman sebagai rakyat yang dimain-mainkan hak mengundi setiap lima tahun sekali oleh PM kite tuuu, make teman boleh simpuikan yang PM kite itu telah derhaka kepada rakyatnya sendiri ...

No comments:

Post a Comment