Tuesday, February 9, 2010

Lege bebenor apabile MB DPulau diumumkan sebagai MB Perak

Teman ghase bukan teman ajer yang lege, tapi MB Nizarpun lege. Lege keghane UMNO 1Malaysia akan bermasalah sehingge PRU 13. Sebagai pembangkang, lebih mudah untuk PR mengojerkan UMNO berbanding jikalau PR yang dibeghi kuasa.

Dunia telah melihat dan paham bagaimana mahkamah Malaysia berfungsi. Dalam keadaan sedar, rakyat di seluruh dunia telah diberitahu bahawa raja berkuasa penuh di Malaysia. Kuasa rakyat melalui pilihanraya tidak boleh melebihi kuasa raja.

Apakah pelabur berani menanggung risiko untuk melabur di Malaysia dalam suasana ketidaktentuan perundangan? Ketidakhadiran pelabur sudah tentu akan membantutkan usaha PM 1Malaysia untuk meningkatkan kembali ekonomi Malaysia.

Walau bagaimanapun, syukur ke hadhrat Illahi kerana tidak mengizinkan MB Nizar disahkan sebagai MB Perak. Ketentuan Illahi ini sedikit sebanyak telah mengurangkan beban PR menghadapi UMNO. Dan lebih penting lagi, PR diberikan masa yang cukup oleh Allah untuk memantapkan lagi keberkesanan PR dalam PRU 13.

Syukur alhamdulillah.

Demi kelangsungan UMNO, MB Nizar disahkan sebagai MB Perak

Beberapa jam lagi (itupun kalau tidak ditangguhkan) MB Perak akan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, sama ada MB Nizar ataupun MB DPulau. MB Nizar adalah amanah majoriti rakyat untuk memimpin Perak, manakala MB DPulau pula adalah amanah istana. Akibat dua amanah ini, maka berlakulah pertembungan antara kehendak istana dan kehendak rakyat. Namun begitu majoriti rakyat Perak amat mengerti yang istana telah diperangkap atau terperangkap dalam permainan licik dan helah minoriti UMNO. Dan kekalutan politik Perak ini telah memakan masa setahun.

Beberapa hari ini saya ditanya oleh rakan-rakan tentang harapan saya akan keputusan hari Selasa, 9 Februari 2010. Saya jawab mudah sahaja, saya harap MB DPulau akan disahkan sebagai MB Perak.

Melopong rakan PR dan terkejut rakan UMNO mendengar jawapan saya. Dengan nada hampir serentak, mereka bertanya kenapa? Kenapa mahukan MB DPulau dan bukannya MB Nizar sebagai MB Perak?

Saya jawab, secara emosi dan berdasarkan sedikit pemahaman perundangan saya, saya mahukan MB Nizar yang disahkan sebagai MB Perak. Namun berdasarkan pemikiran dan pengamatan politik hasil sedikit ilmu politik saya, lebih baik MB DPulau dibiarkan terus menyamar sebagai MB Perak. Mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak hanya akan mendatangkan masalah yang lebih rumit kepada masa depan PR khususnya menjelang PRU 13.

Jikalau MB Nizar yang diumumkan sebagai MB Perak oleh mahkamah, sudah tentu MB Nizar akan segera mengotakan janjinya untuk memohon perkenan istana bagi membubarkan DUN Perak. Istana dijangka akan segera memperkenankan permintaan MB Nizar. Istana tidak mahu dipersalahkan lagi oleh rakyatnya atas kemelut politik yang melanda negerinya.

Pada waktu yang sama pelbagai saman menyaman akan berlaku antara PR dan UMNO. Ketua Kampung PR sudah tentu menuntut elaun tertunggak. Ketua Kampung UMNO sudah tentu tidak mahu memulangkan elaun yang telah diterima. Dan UMNO seperti biasa dengan kerjasama agensi pusat akan menyalahkan PR melalui ‘jarum halusnya’.

Andaikata PR kekal menang dalam PRU Perak, sudah tentu kemenangannya masih ‘cupoi’. Dan lebih menarik lagi jikalau MB NIzar yang dicalonkan semula sebagai MB Perak tidak mendapat perkenan istana. Ingat, memang benar istana tidak boleh memecat MB tetapi istana amat berkuasa dalam memilih MBnya. Mungkin istana akan memilih ADUN PR yang paling lemah sebagai MB Perak. Atau istana sengaja memilih ADUN DAP sebagai MB Perak. Bukankah ini hanya akan menyumbang masalah besar kepada PR dalam PRU 13 nanti?

UMNO tidak akan berdiam diri walaupun kalah di Perak. Lihat sahaja suasana politik di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. UMNO sentiasa menggunakan segala sumber dan kuasa pusatnya untuk melumpuhkan negeri PR. Apakah Perak boleh terlepas daripada gangguan UMNO? Jangan harap. Bahkan mungkin isu MB Nizar tidak dilantik semula sebagai MB Perak akan dihebohkan sebagai kemurkaan istana kepada MB Nizar. Dan sudah tentu PR akan menghabiskan banyak masanya untuk menjawab tohmahan UMNO. Akhirnya rakyat akan bosan dengan politik kerana politik itu membuang masa rakyat.

Komponen PR juga masih belum serasi. Masih longgar. Sesama PASpun bermasalah. Keputusan JK Disiplin PASpun dipertikaikan oleh pimpinan PAS. Permasalahan dalam PKR lagi rumit. Bagaimana boleh berlaku pertembungan antara YB PKR dan YB PAS? Bagaimana boleh berlaku protes terbuka YB PKR dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Ketika DSAI sedang menghadapi fitnah liwat di mahkamah, anak buah PKRnya yang berstatus YB berperangai seperti UMNO.

Dengan semua isu yang belum selesai ini, apakah PR akan aman mentadbir Perak? Tidakkah PR terfikir, mungkin lebih banyak kepincangan PR akan berjaya direka oleh UMNO tanpa sempat PR menepisnya. Atau mungkin akan berulang lagi kisah lompatan ADUN-ADUN PR kepada UMNO.

Masa depan politik PR Perak bertambah parah jikalau UMNO yang menang dalam PRU Perak. Hasrat untuk PR menambah kerusi parlimen dalam PRU 13 tidak akan membuahkan hasil kerana negeri diterajui oleh UMNO. Segala kemudahan negeri akan digunakan oleh UMNO untuk melumpuhkan kekuatan PR dalam PRU 13.

Oleh itu biarkanlah MB DPulau dan UMNO ‘mengerjakan’ Perak sehingga PRU 13. Saya yakin yang masa depan politik PR lebih cerah jikalau MB DPulau dibiarkan di kerusi MBnya.

Saya juga terfikir yang sebenarnya pimpinan PR Perak tidak menjangka Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya hari ini. Saya berpendapat sokongan rakyat kepada PR akan terus mantap dan kuat selagi status MB Perak dipendamkan. Rakyat begitu bersimpati dengan nasib yang menimpa MB Nizar.

Setelah direnung dan dimenung demi kelangsungan UMNO, saya berkeyakinan Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan MB Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Monday, February 8, 2010

Pak Ngah Yob Kider menulih pasei enjin jet

Udoh jumpe wehhh...ateee...elok lagi ghopenye.....

Labun Deme ....(Sughat Habo Utusan)

Guna Saluran Ketenteraan Bawa Balik Enjin F5E


Labun Teman....

Itu le ghope tajuk beghite yang teman nengok dalam sughat habo utusan haghi ni. Teman ijok meli pun, sepeintas lalu teman nyeling le sekejap tepi kaki lima kedei kopi tadi.
Ho pulok doh.....ke ghope itu jadi labunnye...


Haghi itu kata ilang, lepah itu kate kena seludup di dua eko lembaga dalam TUDM sendighi, lepah itu kata kena cughi...yang tentunya 2 eko lembaga ghope oghang tu udah dikatakan kena tangkap.
Lah2...menteghinya kata udoh tau di mane dua ketoi enjen jet itu, nok bawok balik pake caghe tenteghe. Rase teman idok le caghe peghang pulok... lepah tu nak diseghohkan pada TUDM sebab itu memang hok deme dan nok ghiper balik sebab boleh digunakan semula..katanye. Aiieekkk kut saloh teman ke maca ayat soghat habo tu...rope bunyi ayat macam tolo beno bunyinye...ke wartawan yang tolo nulihnye.. Udoh memang hok TUDM memang le kena bagi pada TUDM balik. Dulu kata udoh ghosok...dah ditamatkan perkhidmatan... ni nok pulok di pakei semula...masih lagi elok katanye. Ape kebendenye oghang dulu yang nyaga dengan oghang sekarang yang nyage ghete bende TUDM ni.... ini bukan kes cughi getoh sekeghap... pake otok ke tidok deme ini...duit ghakyat oiii...teman tau oghang nogheh macam teman ni ijok cukup nok mayor cuke...tapi bior le sesuatu keputusan nak memastikan sesatu perkaghe tu dikaji masok2 dulu. Jangan hajap tak hajap je nak buat keputusan.... bukan sikit wehhh...lebih RM 100 juta tu....

Sumber : http://pakngahyobkider.blogspot.com/

Saturday, February 6, 2010

Ghase2 peghonah tengak ... di mane ye?

LEMBU + UMNO = LEMBUMNO

Ape kate kalo ...

Tak payah buang mase untuk bicara. Tak payah nyemakkan pikiran keme. Tak payah bayor duit peguam. Hakim boleh dengo kes lain. Kes lain banyak lagi yang tertunggak.

Abih, macam mane caranye? Senang je

1. Sediakan bilik tertutup di sebelah kamar hakim yang ade cctv
2. Sediakan gay atau mane2 jantan yang boleh ngojerkan jubo Epoi
3. Takkanle di Kolumpo takde jantan macam ni. Polih takkan tak boleh caghi?
4. Bincang dan tetapkanle beghape gay tu ndak untuk sekali nyucuk hingge mancut. Gay itu takkan didakwe sebab ini adalah bahan eksperimen mahkamah.
5. Hakim kene pastikan yang jubo Epoi memang sahih telah dighonjang
6. Setelah selesai, rehatkan Epoi selame dua haghi. Setiap pergerakannye dirakan melalui cctv
7. Kalo dalam tempoh dua haghi itu Epoi beghak, kes tutup.
8. Cukup 48 jam, bawe Epoi ke HKL. Epoi mesti dipekse oleh doktor pakar yang mewakili Epoi dan DSAI
9. Sekighenye jubo Epoi ade kesan dighonjang, kes tutup. DSAI bebas.
10. Sekighenye jubo Epoi takde kesan dighonjang, hukumler DSAI
11. Kes tamat. Senangkan?

18 SX

Friday, February 5, 2010

Nyeghonut ... Ngeghonyut ... Bio

Labun Epoi ...

Epoi : Teman udah tak tahan weh .. setiap kali menatang tu nyeghonut masuk, teghase bebeno ngeghonyutnye jubo teman ni ... oghang tetue kate kene bio ..

Kepade yang tahu, tolongler expelen akan makne nyeghonut, ngeghonyut dan bio

Maafle macam 18sx. Ini je yang laghat teman tulih ...

Thursday, February 4, 2010

Ulam malam Jumaat ...

Petang tadi, keghebek2, jumpa bunge ni .. jadi ulamler .. cicah pulak dengan sambei nyor.
Sape yang peghonah makan, ce khabo dekat deme ape name bungei ini?