Sunday, October 11, 2009

PR menanti gol ke-8

Teman mengikuti dari jauh akan suasana kempen dan pilihanraya di PRK Bagan Pinang yang sedang berlangsung hari ini. Teman menjangkakan yang PR berpeluang cerah untuk memenangi PRK ke-sembilan selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008. PR sedang mendahului 7-1. Ketika ini PR dalam usaha mendapatkan golnya yang kelapan, manakala BN terkapai-kapai mencari gol keduanya.

Teman tidak begitu selesa menguatkuasakan perkataan PAS atau PKR atau DAP dalam pertarungan menentang BN. Menggunakan perkataan PAS atau PKR atau DAP hanya akan menggembirakan BN. Pimpinan parti komponen PR tidak perlu menyebut nama-nama partinya dalam PRK atau PRU. Biarlah pengundi yang menyebutnya. Pengundi sememangnya memahami bahawa bendera PAS, PKR dan juga DAP adalah bendera PR. Oleh itu tidak perlulah pendokong PR mengulang-nyebut nama partinya dalam setiap kali adanya PRK atau PRU.

Ada beberapa faktor yang teman dan pembaca sedia maklum yang telah memberi ruang untuk PR memenangi PRK DUN Bagan Pinang pada hari ini. Antara faktor-faktornya ialah,

1. Tun Madey telah mengingatkan UMNO supaya tidak mencalonkan tokoh rasuah UMNO demi maruah UMNO. Sedikit sebanyak pengundi veteran UMNO yang setia sehidup semati dengan Tun Madey tidak akan mengundi Isa Samad ataupun tidak keluar mengundi.

2. Isa Samad dilihat sebagai seteru politik MB Hassan. Penyokong-penyokong MB Hassan seboleh mungkin akan menggagalkan usaha penyokong Isa Samad untuk menobatkan semula Isa Samad sebagai ADUN . Kehadiran Isa Samad walaupun bukan sebagai exco atau MB NS, tetap akan membuatkan MB Hassan sentiasa bermasalah dalam pentadbirannya.

3. Dijangkakan lebih 80 peratus Pengundi Cina dan India akan mengundi PR. Ini berdasarkan perkembangan masalah dalam parti politik MCA dan MIC. EGM MCA tidak menyelesaikan masalah, bahkan menambah-kusutkan lagi masalah BN.

4. Lokasi Bagan Pinang yang tidak begitu jauh dari pusat bandar yang merupakan kubu kuat PR memberi kelebihan kepada PR. Pengundi yang tinggal atau berulang alik ke Seremban, Nilai dan Kuala Lumpur akan mempengaruhi semula pola pengundi tradisi UMNO. Mereka akan besama PR pada kali ini.

5. Tekanan dan pendedahan yang tidak putus-putus oleh pimpinan PR terhadap kelemahan undi pos membuatkan SPR perlu berhati-hati mendominasi undi pos untuk BN. SPR kelihatan telah hilang arah tujunya untuk memenangkan UMNO melalui undi pos. Dijangkakan anggota tentera akan lebih berani mengundi PR pada kali ini.

6. Peranan media alternatif seperti laporan ikhlas para blogger dalam pelbagai bahasa telah merancakkan suasana dan keberkesanan setiap kali adanya PRK. Golongan muda yang melayari internet akan memaklumkan isu-isu terkini kepada pengundi berusia.

Gollllllllllllllll .....

PR : 8 BN : 1



Tuesday, October 6, 2009

Altantuya mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia. Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini. Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu. ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.
Yang ikhlas, daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia: Dr Shaariibuu Setev.

Sumber : http://merdekareview.com/bm/index.php



Tuesday, September 29, 2009

Mohd Isa Samad .. calon kitar semula

Sudah terang lagi bersuluh. UMNO telah tidak ada calon yang lebih baik di Bagan Pinang selain calon kitar semulanya, Mohd Isa Samad. Itulah calon terbaik yang UMNO ada. Jikalau di Permatang Pasir, keburukan calon UMNO berjaya diselongkar oleh pihak lawan dan kawan sebaik sahaja calon itu dicalonkan. Dan kali ini calon UMNO Bagan Pinang telah diperkatakan keburukannya lebih awal lagi. Tun Madey telah menempelak dan mengherdik UMNO sekiranya Mohd Isa Samad dijadikan juga calon UMNO. Menurut Tun Madey, kemenangan Mohd Isa Samad nanti hanya akan menyusahkan UMNO dalam PRU 13. Maksudnya, antara punca kekalahan UMNO pada PRU 13 nanti ialah kerana UMNO mencalonkan Mohd Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang.

Kebiasaannya UMNO adalah parti yang berjaya menyembunyikan salah laku pemimpin-pemimpin utamanya. UMNO seboleh mungkin akan menafikan penyelewengan kuasa oleh pimpinan tertingginya. Tetapi dalam kes rasuah Mohd Isa Samad, UMNO tidak terdaya untuk menyembunyikannya. UMNO pasrah terhadap nasib yang menimpa Mohd Isa Samad. Pimpinan UMNO yang lain amat berterima kasih kepada Mohd Isa Samad kerana begitu sabar untuk tidak mendedahkan perilaku mereka yang lebih buruk daripadanya. Mohd Isa Samad sedar bahawa beliau tidak cukup tinggi untuk menatap wajah Altantuya dan Altantuya juga tidak pernah terperasan akan batang tubuh Mohd Isa Samad ...

Tun Madey telah mengingatkan UMNO akan bahana yang bakal melanda UMNO 1Malaysia sekiranya UMNO tidak mengenengahkan calon-calon mudanya di setiap PRK. Pengundi muda akan berpersepsi bahawa UMNO tidak memerlukan sokongan orang muda. UMNO hanya mahu memenangi hati orang-orang tua yang entah hidup atau mati menjelang PRU 13 nanti. UMNO hanya parti untuk orang tua. UMNO sedang meniti jalan ke Muzium Negara. UMNO telah tidak lagi relevan kepada rakyat 1Malaysianya. UMNO sedang mengira hari akan baki kuasanya sebelum menerima nasib yang sama seperti rakan tuanya LDP di Jepun.

Tidak mustahil kemungkinan Tun Madey sekali lagi akan mengumumkan keluar daripada UMNO setelah nasihatnya tidak dipedulikan oleh anak didiknya sendiri. Tun Madey tidak sampai hati melihat pengundi UMNO Bagan Pinang dihina dengan memaksa mereka mengundi Mohd Isa Samad. Tun Madey akan gembira jikalau pengundi UMNO tidak mengundi calon UMNO untuk PRK ini. Kemenangan hanya akan melalaikan UMNO. Kemenangan UMNO di Bagan Pinang akan menambahkan lagi kusut masai UMNO Negeri Sembilan.

Biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya ..



Monday, September 28, 2009

PRK di 28 DUN Perak?

MB DPulau sudah mula menyebut tentang Sidang DUN Perak yang akan diadakan sebelum 7 November 2009, iaitu tidak melepasi tempoh enam bulan selepas 7 Mei 2009. Menurutnya, Sidang DUN ini akan mengikut kebiasaan iaitu mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak. Semua ADUN PR Perak telah memaklumkan tidak akan hadir pada Sidang DUN tajaan UMNO ini. MB DPulau secara spontan menjawab, pedulikan ADUN PR ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau, beliau begitu gelisah dengan ketidakhadiran 28 ADUN PR ke Sidang DUN Perak nanti. Bagi ADUN PR, kehadiran mereka ke dewan hanya akan mengesahkan kedudukan Ganesan sebagai speaker. Bermakna permainan MB DPulau supaya ADUN PR mengiktiraf Ganesan telah lebih awal dihidu oleh PR.

Secara mudahnya, UMNO boleh berbuat apa sahaja di dalam dewan sidang kerana tidak diganggu oleh ADUN PR. UMNO boleh meluluskan apa sahaja bajet negeri tanpa dibangkang oleh ADUN PR. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan mereka walaupun mengikut kebiasaan dengan perkenan istana adalah tidak sah kerana menggunakan khidmat Speaker Ganesan yang entah dari mana asal usulnya.

Perak akan terus tenggelam dalam persada ekonomi Malaysia kerana kehuru-haraan politiknya. Tidak ada pelabur yang sudi melabur di Perak. Pegawai-pegawai kanan kerajaan di Perak tidak lagi seberani dahulu meluluskan perbelanjaan kewangan negeri tanpa mengikut prosedur yang betul dan sah. Sudah tentu pegawai-pegawai ini tidak sanggup berhadapan dengan inkuiri siasatan seperti SELCAT di Selangor.

Sememangnya 28 ADUN PR yang tidak hadir ke Sidang DUN Perak Tajaan UMNO ini mengharapkan status ADUN mereka terlucut dengan sendirinya kerana telah tidak hadir tanpa sebab ke sidang melewati tempoh enam bulan. Soalnya beranikah UMNO menghadapi PRK di 28 DUN Perak? Sekiranya tidak ada PRK di 28 DUN itu, bermakna Sidang DUN Tajaan UMNO ini memang tidak mempunyai kuasa yang sah walaupun UMNO mengatakannya sah.

Walau apapun rumusan dan andaian, PR Perak harus bersedia menghadapi kemungkinan wujudnya PRK di 28 DUN Perak. Ingat, UMNO itu parti gila. UMNO boleh melakukan apa sahaja kehendaknya. Peduli apa UMNO pada pembaziran wang rakyat selagi pembaziran itu boleh menguntungkan UMNO. Di kala inilah UMNO akan bermuka manis walaupun lidahnya bercabang dengan rakan MCA, Gerakan dan MICnya. Rakan-rakan UMNO mungkin agak sukar memenangi 21 DUN bukan Melayu yang ditandingi oleh mereka. Namun UMNO dijangka mampu memenangi satu atau dua DUN kampung yang ditandingi oleh mereka.

Persoalannya, apakah PR mempunyai calon lapisan kedua? Apakah PAS mempunyai calon sehebat MB Nizar? Siapakah calon PKR untuk mengisi tempat YB Yunus Jamhari di Kuala Kurau? Dan mampukah DAP menyediakan 17 calon pelapis secemerlang yang sedia ada?

PR Perak begitu yakin yang DUN Perak akan dibubarkan pada November ini. Yakin tanpa kerja-kerja yang meyakinkan. Awas, UMNO tidak akan mengikut rentak dan lenggok PR. UMNO hanya mahu merampas satu atau dua kerusi PR melalui PRK di 28 DUN sahaja. Jikalau UMNO yakin menang di 31 DUNnya termasuk Behrang, Jelapang dan Changkat Jering, sudah lama DUN Perak dibubarkan.

Selepas itu PR Perak terus menggigit jari.

Sunday, September 27, 2009

Tun Madey menghina pengundi UMNO Bagan Pinang

Kenyataan Tun Madey dalam blognya ..

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

Kenyataan Tun Madey ini merujuk kepada bakal calon UMNO di PRK Bagan Pinang. Sah dan jelas sekali bahawa Tun Madey menghina pengundi di Bagan Pinang. Bubuhler sape sajer calon, UMNO gerenti menang. Pengundi Bagan Pinang tidak begitu kisah dengan peribadi calon. Pengundi hanya mahukan UMNO walaupun calonnye jelas kotor.

Huh, kalo tetibaler DSAI kata macam Tun Madey tu di tempat teman di Manong yang PR gerenti menang walaupun kelaku calonnya kotor, tobat lahum teman nak ngundi PR lagi. Tapi pengundi UMNO Bagan Pinang boleh pulak nelan bulat2 apa yang Tun Madey kata. Bagi teman, Tun Madey mengandaikan pengundi UMNO di Bagan Pinang adalah spesis yang tak gheti berpikio. Tapi teman yakin pengundi UMNO pada PRU 12 di Bagan Pinang sudah lebih matang dan boleh berpikio secara rasional. Mengundi calon yang kotor adalah bermaksud mengangkat calon yang banyak dosanye dengan UMNO.

Tapi pengundi UMNO di Bagan Pinang masih ada masa. Boleh pikio sedalam2nye hinaan Tun Madey tu. Wajarkah kata2 sedemikian dilemparkan kepada pengundi UMNO di Bagan Pinang? Beranikah Najib 1 Malaysia membantah dan membentes kata2 Tun Madey. Seingat teman, Pak Lah lebih berani melawan Tun Madey berbanding Najib 1 Malaysia.

Mudah bebenor Tun Madey melabelkan pengundi UMNO di Bagan Pinang sebagai pengundi yang tak tahu membezakan calon kotor dan calon bersih. Tun Madey menginginkan calon yang bersih bukan untuk keperluan UMNO di Bagan Pinang, kerana di Bagan Pinang letakler sapepun, UMNO gerenti menang. Tapi di tempat lain, di tempat ramai pengundi UMNO ade otak untuk berpikio, calon yang kotor di Bagan Pinang akan menyusahkan UMNO di tempat lain. Lihatler contoh calon UMNO di Permatang Pasir yang bukan sajer melingkupkan UMNO Permatang Pasir tetapi melumpuhkan terus UMNO di sebelah utara.

Tun Madey sedar bahawa bilangan pengundi tegar UMNO semakin berakal dan berotak. Pengundi UMNO hari ini tidak seperti pengundi UMNO pada zaman Tun Madey jadi PM. Dalam diam2 pengundi UMNO mula getik dan malu dengan resam masakini UMNO dan pemimpinnya. Pengundi UMNO udah berani untuk tidak mengundi UMNO. Ini yang dimaksudkan oleh Tun Madey.

Ternyata sikap terus terang dan niat baik Tun Madey untuk UMNO telah dengan sendirinya menghina pengundi UMNO di Bagan Pinang.




Saturday, September 26, 2009

Syukur, salam dan rindu

Sedih dan sayu apabila dango tempat teman bersantai ghaib sebelum raye. Kena sorok dek antu. Tapi bulan pose mane ade antu. Kalo adepun antu kepala itam. Jenuh teman gherodi ikut ilmu teman, tapi dango tak tahu dimane ilang cicornye. Ngelisor teman tak tentu hala. Teman tima hakikat yang dango teman udah lebuh ditelan maya.

Teman bina satu lagi dango. Teman namakan Menara Dango Mamamat. Tapi teman sendiri tak ceria di dango baru ini. Teman tak ghase rindu pada dango baru ini. Teman sentiasa teringat pada dango lama teman. Walaupun dango baru lebih luas, lebih lebar, tapi dango lama yang sempit tetap menyamankan. Teman jadi malaih untuk menulih.

Ghuper2nye sahabat teman Sham Gerik telah menyediakan satu dango baru untuk teman. Teman masuk dan teman kuar tanpa menganggap itu dango teman. Dangonye cukup cantik dan lengkap dengan pelbagai asesori sehingga teman tak berani nak ngusik barang2 di dalamnye. Walaupun dango itu dango teman yang dihadiahkan oleh Sham Gerik, tapi teman tak ghaser yang dango tu dango teman. Memang teman ni keras hati.

Sham Gerik seolah2 tahu yang teman tak selesa di dango baru yang teman bina sendiri. Sham Gerik menawarkan khidmat bomohnye untuk mencari antu yang menyorokkan dango lama teman. Ntah aperler jampi yang dibacenye sehingge antu yang nyorokkan dango lama teman tu terpaksa mengalah. Tima kasih khas kepada sdra Sham Gerik. Budi dan jasa mike tidak mampu teman nak membalasnye. Paling tinggipun segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Itu jer. Itupun ntah bile boleh ditunaikan. Semoga niat baik sdra Sham Gerik akan diberi pahala setimpalnye oleh Allah s.w.t. Yang penting kita semua berniat baik sesama kita dan sesama pembaca.

Dengan terjumpanya semula Dango Mamamat, teman umumkan bahawa Menara Dango Mamamat dan DANGO MAMAMAT mungkin akan menjadi blog terbiar. Teman tak sanggup nak menjaga dua tiga dango sekaligus.

Oleh kerana dangopun teman tak sanggup nak jaga, agaknye ituler sebabnye ngape sehingga ke hari ini teman belum terpikio nak nikah lagi. Teman nak ikut jejak nabi. Nikah kali kedua selepas bini pertamanye Siti Khadijah bt. Khuwailid meninggal dunia. Tapi janganler bini teman meninggal ... biorler teman yang pergi dulu.

Sape yang kawin dua tiga sementelah isteri pertama masih idup, itu bukan ikut sunah nabi. Itu sunah sendiri. Betui ker?