Showing posts with label relaks. Show all posts
Showing posts with label relaks. Show all posts

Friday, January 2, 2009

Bagipun salah, tak bagi, lagiler salah

Pagi kelmarin teman nyebok singgah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Belanja. Tertera 'Majlis Penyampaian Bantuan Jom Ke Sekolah' kepada anak-anak keluarga miskin dari setiap kampung di DUN Bota dan DUN Belanja. Satu kampung bagi pada sorang pelajar lelaki sahaja. Bantuan berupa baju, seluar, kasut, beg dan beg kertas sebagai bekas semua itu. Yang menyampai tentuler Penyelia DUN masing-masing. Teman difahamkan kos setiap pelajar yang dapat adalah sekitaran RM120.00. Syoknye ke sekolah pakai baju baru. Baguih betui kerajaan Perak kita ni bagi bantuan camni melalui Yayasan Perak kepada pelajar miskin. Kalo boleh, bagiler lagi. Ade sebab teman mintak dibagi lagi.

Teman duduk di belakang. Baris belakang sekali. Dekat sorang abang tu. Lebih kurang sebaya teman ler. Dia kenai teman, teman jer tak berapa kenai dia. Tak patut betui teman ni. Anak dia dah ambik beg bekas semua mende yang teman tulih tadi. Wajahnye ceria. Tapi paknye tak ceria. Ghase-ghasenye teman selalu nyebut CERIA ni. Ghupenye di sinipun ade ceria. Alhamdulillah deme magi baju, teman cuba berlabun dengan paknye. Ha ah. Tapi ..

Tapi anak teman ade empat orang yang sekolah. Yang ini darjah enam. Adiknye ade tiga lagi. Ade darjah 4, 3, 1. Demepun nak juge baju baru. Deme tak nak pakai baju lame. Mane teman nak kerobik duit beli baju deme. Teman tak nak ambik bantuan ni, tapi ketua kampung kata kena ambik. Negeri bagi. Nanti tak ambik deme kate teman sombong pulak. Kalo dibaginye duit, bolehler beli sikit sorang. Apa lagi teman nak kata bile nengor rintihan macam tu. Patutler mukanye tak ceria macam anak sulungnye itu. Nak noreh hujan. Ghege getahpun jatuh bebenor, sambungnye lagi. Majlis abih. Jom minum. Liat jer dia nak bangun.

Pernah teman suarakan pada parti suatu masa dulu. Kalo nak bagi hadiah atau bantuan kepada orang miskin, terus jer bagi di rumah. Tak payah bawak ke dewan atau buat majlis tangkap gambo taruh dalam blog. Udahler deme itu susah, kita tambahkan lagi susahnya. Tak bolehker bantuan tu kite bagi pada ketua kampung sajer. Bior dia yang bagi. Ini idak, kena tunggu orang-orang beso yang bagi. Ngangcuk waknye kome. Itu sumpah orang susah bila disusahkan lagi semata-mata untuk menglamourkan kita.

Kalo bagi duit, tak nampak besornye. Kena bagi dalam kotak atau dalam beg, baru nampak besor walaupun ghegenyer murah. Kalo bagi duit seribupun tak nampak gah. Kalo bagi duit, deme meli mende lain. Itu alasan pimpinan ...

Ntahler.

Tuesday, December 23, 2008

Rumah Kelahiran Chedet

Teman tersesat ke Seberang Perak, Alor Setar. Biasenye kalo di tempat teman, Seberang Perak tu sinonim dengan Kg. Gajah. Tapi sebenornye Seberang Perak Alor Setar ni lagi popular daripada Seberang Perak Kg. Gajah. Ini kerana di sini ada rumah asai kelahiran Tun Dr. Mahathir. Bukanler teman beria-ia nak singgah rumah ni, tapi oleh kerana dah berada di negeri PR, dan masuk pulak free serta teringatkan pengetahuan dan motivasi untuk anak-anak, temanpun singgah dan masukler keme. Keme buat macam rumah sendiri. Ghumahnye takler besor sangat. Memang ghumah kampung.

Teman bagiler sikit motivasi pada anak-anak, kalo Tun Madey yang asai usui camni boleh jadi PM, takkanaler kome tak boleh jadi SU PBB atau Presiden USker. Kome lahir-lahir jer tak peghonah main tanah, tak peghonah cari kutu tanah dalam lubang congkak kerana ghumah kite takde bawah ghumah. Kome tak peghonah turun ke bendang, tak peghonah merase lumpur bendang, tak peghonah hidu wanginye cekam. Kome cuma tengak bendang jer. Bla .. bla ..

Teman keliling rumah, ada pokok kari yang pangkainye sebesor betis teman. Sah pokok kari asai. Nak ambik daunpun kena paut batangnye atau kena gune galah. Kat tangge belakang pulak ada pokok jambu wangi. Ada galah. Nampak ada sebiji yang dah masak. Teman ambik jer. Kalo idak buat per taruh galah kat situ. Teman kira halal ler. Pak Guardpun tak marah. Buah ada sebiji, anak ada lima. Utamakan yang kecik. Teman suruh dia basuh kat paip ayor. Bila dia goncang-goncang ada bunyi. Tak disiornye makan. Teman suruh cium. Wangi. Tapi tetap dia tak mahu makan. Teman kena tunjuk cara makan kat deme. Teman belah jambu tu kepada empat, teman makan satu. Lepaih tu baru deme berani makan. Manis, sedap. Udah deme ngintai lagi kut-kut ada buah yang masak. Teman kata nanti balik kita tanam biji ni. 10 tahun lagi boleh buah. Tapi nak tanam kat mane? Takat semai dalam polybag boleh ler. Nak tanam dalam pasu, kang di mana pulak nak tanam pokok sutera?

Memang teman dah cari lama benih jambu wangi ni. Bukan per, masa kecik-kecik dulu teman selalu manjat pokok ni. Buahnyepun tak sempat wangi. Buah masak teman makan, buah kecik teman buat penggal ayam. Sekarang pokok tu udah ditebang oleh mak sedare teman sebab ghumah tu dapat kat dia. Kaloler teman tanam biji ni dan tumbuh jadi pokok, teman namakan Pokok Jambu Wangi Chedet.

Walaupun di hati kecik teman amat geram kat Madey terutama dalam kes liwat DSAI, tapi dia telah mencipta sejarahnya sendiri. Dalam bab-bab sejarah ni, teman bersikap terbuka. Kitepun ada catatan peribadi sendiri walaupun ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai sejarah.

Cukup dulu.

Sunday, December 21, 2008

UMNO Rasuah, PAS Songlap

Terima kasih kepada pengunjung ke dango saya ..

Hari ni saya di Alor Setar. Baru sahaja check-in. Isteri dan anak-anak sedang merayau di Pekan Rabu. Di bangunan UMNO, ada Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kota Setar yang bermula hari ini. Baju putih tudung merah. Tak nampak serinya. Depa lupa ka la ni semua duk pakat pakai warna hijau dan biru laut. Satu lagi, awat mesyuarat lambat sangat ni? Basi dah.

Dalam perjalanan tadi, Pengasas menalefon, memperkatakan tentang pokok sutera. Terima kasih atas kesungguhan Pengasas mahu memperkenalkan pokok sutera di bumi bertuah ini, negeriku Perak Darul Ridzuan. Taklimat sutera akan diadakan kepada ketua-ketua kampung di DUN Bukit Chandan. Maknanya Ketua Kg. Senggangpun turut serta. Baru jer teman berimaginasi, dah nak jadi?

Tetapi otak saya masih berfikir tentang cerita kelmarin dan cerita semalam. Hampir 1.00 pagi baru saya kunci pagar rumah. Ketika memandu, saya bercerita kepada isteri.

Semalam, seorang kenalan menceritakan perihal dia dapat kontrak runding terus membekalkan makanan kepada dua buah sekolah berasrama yang baru di Perak mulai Januari 2009. RM12.00 satu kepala per hari. Kalau setiap sekolah tu mempunyai 500 pelajar bermakna dua sekolah ada seribu pelajar. RM12 x 1000 = RM12,000/hari. Huh, banyak tu. Tapi kena sumbangkan RM1.20/hari kepada pertubuhan yang ditaja UMNO.

"RM1.20 banyak tu. Tak bolehker 50 sen? Atau upkan jadi RM13.00".

"Tak boleh up, kerajaan takde duit. RM1.20 muktamad".

"Kalo camtu masukkanler syarat ni dalam perjanjian".

"Tak boleh, kalo masuk, ke dalamler aku. Tapi kalo kamu yang bagi, kamu boleh declare kamu menyumbang keuntungan. Sumbang kepada NGO. Semua kita selamat".

Isteri kata, "Rasuah tu".

Kemudian saya cerita kisah banjir di Lenggong. Kerajaan negeri bagi RM150/keluarga melalui penyelia DUN. Penyelia DUN PAS bagi RM100 jer. Tapi sain RM150.00. Ada rumah yang takde penghunipun dapat. Taruh nama geng dan kroni yang langsung tiada kaitan dengan waris rumah. Lewat datang ambil, bantuan luput. Dan banyak lagi kisah yang hampir sama berlaku di tempat lain yang melibatkan PAS di negeri Perak ini.

Isteri saya kata, "Rompak, samun tu".

Saya kata, "Songlap. Bagi sampul, suruh sain. Sain RM150.00. Bila buka sampul ada RM100.00 jer. Tapi nak buat camne, udah sain".

Bila ada yang mengeluh, adaler yang memujuk, "Udahler tu, ada juge deme magi RM100.00. Kalo bawak ke ataspun kamu bukan ada bukti, kamu dah sain".

Patutler Madey kata, "Rasuah memang ada, tapi saya tidak boleh membuktikannya".

PAS mungkin kata camni, "Songlap memang ada, tapi tidak ada bukti PAS songlap duit rakyat".

Betuilah yang UMNO itu rasuah, tetapi PAS pula kaki songlap.

Saturday, December 20, 2008

Catatan di Sumpitan, Lenggong

Dalam suasana meriah kenduri kahwin, ketika menung menunggu rombongan pengantin, maklumlah isteri nak tengak pengantin mempelai, saya berbual di bawah redup pokok rambutan. Sembang politik kerana mereka sememangnya kenal saya.

"Aku nak bagitahu kamu tentang penyelewengan bantuan banjir 8 Disember lalu, baru dua minggu. Patutnya setiap rumah yang kena banjir dapat RM150.00, tapi dapat RM100.00 sahaja. Ada 36 buah rumah kena banjir. 2 rumah telah lama kosong. Tapi nama yang dapat ada 36. Nama 34 yang dapat tu memang patut dapat, tetapi yang lagi 2 tu bukan tuan rumah. Nama suku sakat dialah. Si Yajah pula tidak dapat datang ambil duit hari tu. Minggu lepas si Yajah ni datang, tetapi dimaklumkan bahawa duit telah dikembalikan kepada negeri. Tanya Penghulu, penghulu kata semua duit dah bagi penyelia. Yang menyampaikan duit tu bukannya ketua kampung, tetapi YDP PAS Lenggong", cerita seorang penduduk Kampung Sumpitan.

"Kenapa bagitahu saya, saya bukan ada jawatan dalam negeri Perak", saya berterus terang.

"Kami dah tulis surat pada MB, kami nak tahu mana lagi RM50.00, tapi tak tahulah MB baca ker idak", sambungnya lagi.

"YDP PAS adalah Penyelia DUN Kenering. Dia sampaikan bantuan tu atas nama Penyelia DUN, bukannya YDP PAS", terang saya.

"Kalau kamu nak tengak senarai tupun boleh. Nanti aku ambil", katanya bersungguh-sungguh.

"Tak payah, MB tak kenal saya. Ada tanya mana pergi RM50.00 tu?", tanya saya.

"Dia kata RM50.00 tu tabung kecemasan. Aku tak percaya. Kalau dia boleh bubuh dua nama tu, maknanya ada yang tak betullah. Kalau kamu bawa aku jumpa MBpun aku sanggup. Aku ada bukti", begitu serius kata-katanya .

"Jumpalah sendiri", usik saya.

"Kamu ingat senang orang macam kami nak jumpa MB. Sampai kat pintu pegawainya kata tinggalkan surat. Nanti kami panjangkan kepada MB", sungutnya.

"Kalau kamu panjangkan hal ni kepada kerajaan negeri, kami akan bertanggungjawab akan apa yang kami kata ini", katanya sambil menunjukkan tangannya kepada empat rakan-rakannya yang lain. Mereka anguk-angguk.

Kepada Penyelia DUN Kenering merangkap YDP PAS Lenggong, yang mereka panggil ustaz, saya boleh simpulkan begini. Macam-macam lagi mereka cerita. Entahkan betul, entahkan tidak. Jikalau cerita mereka tak betul, tolonglah jelaskan yang sebenarnya kepada mereka. Sekiranya cerita mereka betul, mohon kemaafan, dan pulangkan hak mereka. Jangan bebankan MB untuk mencipta alasan mempertahankan PAS kawasan.

"Kalau ustaz ni jadi calon lagi aku tak akan undi dia. Kalau PAS nak aku undi PAS, calonkan orang lain", tegas mereka.

Banyak lagi yang mereka adu kepada saya. Tapi siapalah saya untuk menjawab rungutan mereka. Mungkin mereka lega kerana meluahkannya kepada saya.

Tapi siapa yang nak datang baca aduan mereka kat dango saya ni. Dango yang tak macam dango ...


Friday, December 19, 2008

UMNO first, rakyat last

Geram betui teman, geram. Biter dari Selangor, biter Bukit Antarabangse. Adeker patut MB tak boleh tahu laporan tanah runtuh di negerinye. Jenih ape UMNO ni. Esok bila MB lambat bantu mula bising. Kate MB tak pekeler, mulaler kata MB pekak badak tak peduli rakyat.

JKR kata laporan kene bentang dulu pada jemaah menteri. Pasai kecemasanpun kome boleh main politik. Ape nak jadi ngan UMNO ni? Camneler teman nak nyokong UMNO?

Teman ni sibuk pasai per. Bukan ade sesape jenguk teman kat dango ni. Taraf dango, tak jadi rumah lagi. Tapi Pengasas dah datang tadi. Tima kasihler.